Wednesday, January 20, 2010

TOT AZAS

Lokasi: PULAZ, Akademi Zakat Selangor, Wisma MAIS Shah Alam.
Tarikh: 19-20 Januari 2010
Peserta: Para konsultan yang dilantik oleh AZAS.

Alhamdulillah, aku baru pulang dari kursus TOT di akademi zakat. Bersyukur sangat diberi peluang menghadiri kursus ni.. Allah telah memilihku untuk menghadiri kursus yang amat berguna padaku... Ya Allah, besar sungguh kekuasaan-Mu... Ruh kursus dan objektif penganjur benar-benar dapat kurasai... Begitu banyak ilmu yang masih kurang dan perlu di top-up... dengan menampilkan ustaz-ustaz dan ulama'2 yang begitu berkaliber, berwibawa dan bertaqwa benar-benar membuatkan hampir 90 peratus objektifnya tercapai.
Rinduku pada suasana redup di dalam majlis ilmu itu, seolah-olah di kelilingku ditemani malaikat2 yang merahmati majlis itu... Baru aku sedar akan betapa selama ini aku terlalu leka dan lalai pada segala suruhan Allah... ya Allah.... rinduku bersujud pada-Mu...

Tazkirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Zamri ( Mari Mengaji )

Ustaz Dr. Badrulamin bin Baharom.

Ustaz Abd. Ghani bin Samsudin bagi slot Uslub Dakwah dan transformasi.
Banyak lagi ustaz-ustaz yang hebat-hebat yang tak sempat aku nak ambil gambarnya. Gambar-gambar ni pun aku ambil dengan hp murah aku yang tak berapa tinggi kualiti pixelnya.



No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!