Wednesday, July 29, 2009

Baby Scared of Snoring

My|Last|night|HangOut|KLIA

Really don't know what to do when i'm falling in love with u every time i'm thinking of you..
Telah kulalui keindahan senja-Mu ya Allah, benar-benar membuatku bersyukur dan menghargai segalanya...


Tuesday, July 28, 2009

[Nurya Punye Design]

Alhamdulillah, design style ni adalah yang pertama bagiku setelah penat aku berfikir bagaimana nak menghasilkan design sebegini... Last-last aku dapat idea dan aku meminta staff di opisku Iwah, to become my model. Dengan sportingnya Iwah terus berposing sebagaimana kehendak aku, dan inilah hasilnya. tak sampai 5 minit pun aku menyiapkan gambar ni.. huhuhu.. aku puas hati sangatlah... Cara yang aku guna ialah, mula-mula kita catch 3 photo dengan posisi kamera yang sama dan tidak bergerak, yang berubah hanyalah objeknya. Kemudian dengan menggunakan adobe photoshop aku tindan ketiga-tiga gambar tadi tu dan aku erase 2 background gambar tu, kemudian aku touch up sikit-sikit daripada segi lighting dan extra design. Jadi inilah hasilnya....



Tatkala kau ingin meluah rasa yang terbuku di hatimu, TERUSKANlah.... Mungkin darinya kau kan merasa sedikit lega...



Sesekali kau tertawa menghilang segala resah dan duka di dada tiada salahnya... dan bergembiralah dengan cinta yang kau rasa...

Monday, July 27, 2009

Kem Remaja SPIES siri 5 di Excel Training Resorts,Lenggeng Negeri Sembilan.




Assalamualaikum wbt...
2 hari berada di Excel Training Resorts, Lenggeng Negeri Sembilan untuk menguruskan Kem Remaja SPIES siri kelima bagi DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan. Peserta yang hadir seramai 138 orang menggegarkan kem, sudah semestinya menjadi 1 cabaran yang sangat hebat kepada kami fasilitator yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Fasilitator yang hebat dan berpengalaman memudahkan lagi pengurusan peserta daripada segi disiplin dan pengawalan masa.

Jangkaan sebenar peserta adalah seramai 100 orang, namun kerana sambutan yang hebat terhadap program ini, maka kehadiran seramai ini agak membebankan aku yang selaku pengurus SPIES untuk mengurus dan meng'ejas' kembali keperluan dan peralatan peserta yang hanya disediakan untuk 100 orang. Perasaan aku saat pertama kali mendapat tahu jumlah keseluruhan peserta itu memang mengejutkan, dan tiba-tiba juga otak aku seakan berhenti untuk berfungsi. Namun aku gagahkan juga ia untuk bertugas memikirkan apakah tindakan selanjutnya untuk aku lakukan bagi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar. Semasa itu aku berada di dalam kereta selepas menempatkan wakil fasi di dalam setiap bas, lalu aku membelok ke pejabat, mengambil bahan-bahan tambahan dan fotostet borang-borang yang perlu.

Fasilitator seperti Helmi, Yusoff, Hanafiah, Hadi, Sidqi, Sarah dan Hanan benar-benar banyak membantu menjayakan program ini. Terima kasih kepada kamu semua, semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang. Aku di sini hanya untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan selagi aku masih berkhidmat di Fitrah Power ini. Semoga apa yang aku lakukan ini akan memberatkan lagi timbangan pahalaku di akhirat nanti, insyaallah..

Friday, July 24, 2009

Coretan Senja

Menanti dalam suasana senja yang agak tenang ini begitu indah, cuma ku diselubungi sedikit perasaan yang agak kelam kabut memandangkan tugasan yang perlu disegerakan dan diutamakan... Tugas yang memerlukan ketekunan dan pembahagian masa yang sistematik dan teratur... Ku memerlukan sedikit masa yang ringkas untuk bertenang dan menarik nafas dalam kerana seolah ku kekurangan oksigen sehari ini, semoga tugas seterusnya dapat dilaksanakan dengan baik dan kemas.



Kepuasanku adalah dapat melaksanakan tugas dengan jaya dan cemerlang. Bonus adalah perkara kedua yang menjadi matlamatku, asal aku tidak semput belanja dan dapat menyimpan sedikit sudah baik bagiku. Istilah gila kerja memang menjadi sindiran 'teman'ku... ku bukan tiada masa untuk diri sendiri tapi aku membahagikan sebaiknya masa dan kualiti hidupku dengan perancangan yang ku atur bersama demi masa depanku bersamanya... Masa depanku itu ku impikan cerah dan bahagia, semoga dia menerima kehidupanku ini... Hidupku dan kerjaku adalah kepuasanku... Mengikuti perjalanan yang indah ini sudah cukup memuaskan hatiku.




Asam garam, liku-liku dan kerenah yang kulalui akhirnya manis bila ku kenang kembali... Aku tiada punya impian lain selain memiliki kerjaya yang memberikan aku kepuasan dan kebebasan bergerak dan bersosial, selain memiliki lelaki merangkap suami yang memahami dan menyayangi aku seadanya... Memiliki keluarga yang tenteram dan hormat menghormati sesamanya adalah segalanya bagiku... Tanpa kusedar rupanya ini adalah segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku demi kerjaya aku ini membangun spiritual dalam jiwa remaja yang ketandusannya... Alhamdulillah....

Wednesday, July 22, 2009

Kelahiranmu Membahagiakan Ibu dan Ayahmu.....

Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada sepasang suami dan isteri benar-benar dinantikan dan ditunggu-tunggu... Kelahiran yang bakal menyemarakkan lagi cinta dan mawaddah yang melingkari perasaan dan ketenangan dalam perkahwinan yang telah terikat dengan satu lafaz dan kalimah yang menyatukan hati dua insan..

Lahirmu menjengah dunia yang penuh dengan pelbagai warna ini dengan semangat dan harapan yang menggunung daripada insan yang telah melahirkanmu supaya suatu masa kelak kau akan mampu menjadi khalifah yang mentadbir alam ini dengan segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah... Insyallah...

Dengan lahirnya insan kecil yang telah diberi nama Nur Imanina binti Mohd. Nasrul Hadi ini, yang telah menlengkapkan sebahagian daripada hidup pasangan Mohd Nasrul Hadi dan Siti Khadijah binti Lee, maka di sini ingin aku melahirkan kegembiraan dan melafazkan tahniah buat kedua sahabat baik aku ini.... Semoga kalian tidak mensia-siakan amanat dan tanggungjawab yang telah dipikulkan ke bahumu itu...

Tuesday, July 21, 2009

Kepunyaanku Tersayang...

Menyayangi dan mencintaimu sesuatu yang penting bagiku.... menyatakan segala yang terpenting dalam hidupku setelah kau tiba menjadi terutama buatku.. Terima kasih atas segala yang terbaik kau beri padaku... ooohhh myVIVA...Love u so Much..muahhh3x...

Friday, July 17, 2009

Tensionnnnnnnn......

Hari ni lah aku rasa tension sgt.. ya Allah.. permudahkanlah urusan aku ni ya Allah...
Aku berhubung dengan berbagai orang dan berbagai kerenah dan berbagai komitmen... adoii... sukarnya aku rasa ya ALlah.. apa pun aku takkan patah semangat.. aku akan cube yg terbaik... cuba yang terhebat yang aku bleh lakukan... ya Allah, rindunya aku untuk bersujud pada-Mu... rasa kosong benar hati ini... aku rindu untuk bermunajat pada-Mu... aku sibuk dengan urusan duniaku... Ya Allah... aku ingin meraih cint-Mu ya Allah..

Thursday, July 16, 2009

Kem Remaja SPIES Siri 4- DUN Teratai dan Dusun Tua







Assalamualaikum wbt

Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.

Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa yang gemilang dan terbilang.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kem Remaja SPIES ini di masa akan datang boleh mendaftar kepada Nuriah di talian 017 2192502 atau pejabat 03 89256725. Ataupun kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, anda boleh menghantar resume ke alamat info@fitrahpower.com.

Sekian Wassalam...

Monday, July 13, 2009

My Try to manipulate the photo...

Design yang dihasilkan ni adalah cubaan aku yg pertama untuk menggunakan teknik duplicate and layout second photo to background untuk hasil sebegini. Anyway, aku puas hati dengan cubaan ni walaupun sblm ni aku pernah tengok orang yang manipulate gmbar gini tapi tk terlintas pula nk tiru.. hasilnya pun oklah tu.... aku harap you'll pon bleh cuba k. senang je cuma bnyak step skitlah proses nk menghasilkan gambar ni..

p/s: Muke aku nmpk stress n penat skit sebab penat berkursus tak abis lagi...hehehe...

Thursday, July 9, 2009

Selamat Harijadi Ke- 27- @@@6. [ 9 Julai 2009 ]

Happy birthday....
To my lovely friend...
To My lovely memories...
To My Lovely history...

Thanks for everything u gave me...
Also thanks for giving me a good memories...

Monday, July 6, 2009

Night Walk at KLCC



Aktiviti yang kuraNG Bermoral...ekeke...

Ke mana lagi aku nak menghala?

Aku masih DALam Pencarian yang tak sudah....

Thursday, July 2, 2009

Program 3K Belia Bestari

SenamaN RingKas...

pOCO-pOCO & cHICKEN dANCE

lOVEABLE mEMORY WITH U ALL gUYS..

kHOTIB sOLAT jUMAAT

kESUKARELAAN mENDIDIK jIWA bERSYUKUR..


pERSEMBAHAN dIKIR bARAT

sENI aRKITEK...FUUHH... cAYALAH..