Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Jalan-jalan: Times Square, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur

Hai..hoi...
di sini aku hidangkan gambar2 yang telah ku snap sekitar Times Square sempena sambutan krismas di hari minggu.. Orang? memang takyah cakap lah tipah oiii.... memang bersusun lah.. berpeluh2 aku cari parking kat bawah dowh... Banyak betul pertembungan di hari minggu kali ni ( sebab tu ramai orang );  hari krismas, cuti sekolah, orang dapat gaji dan juga YES dah nak abih...

Yang ini adalah lunch aku di McD Bangi.. Nampak meriah dan melazatkan kaannn....
Aku suka kemeriahan dan melihat gelagat manusia di tengah2 bandar KL
Sweet kan?
Merah punye...
Aku terfikir satu idea bile melihat kerusi ni....haaaa, ape dia ek?
Mek ni mencuba neck shawl... hmmmm.... not really nice!
Haaa...this one is really suit to u n very colorfull...
Kalau orang kelantan panggil mende ni jokong... tapi orang kalalumpur panggil batu bata..
Erk, terbalik pulak! No hal lah kan.... bukan dapat markah pun kan...

Makan-makan: Kedai Air Buah Gelas Besar, Jalan Datuk Keramat KL

Tadaaaaa.... Haaaa.... dah lama rasanya tak pekena air buah yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran aku. Lantaran kesibukan, aku jadi jarang untuk dapat singgah ke kedai air buah paling best ni... Rasa buahnya meriah dolll.... Paling best dan menjadi regular order aku ialah air buah durian belanda.... 
Lokasinye tak jauh, sekitar KL. dekat je dengan stesen LRT Datok Keramat. 

Aku jugak pernah cuba minum air buah di Gelas Besar, Trengganu tapi takleh lawan yang ni lahhhh.... (sory ore ganu deh) memang pure punye rasa buah... boleh cube ye..






Monday, September 6, 2010

Berbuka Puasa Buffet di Islamic Kitchen, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor

Aliya merengek sebab tak cukup tido. Apa taknye, pagi2 lagi dah kena kejut sbb kitorang nak keluar awal gi shopping raya kat jalan Tar. Nasib ko lah aliya dapat mama yang suke bershopping..hehe
Aliya malu2 ngan uncle Hadi...
Add caption

Thursday, October 29, 2009

Santai di Saba' Restaurant Cyberjaya

Barbican Strawberry Flavour.

Seronok boleh merasa kembali makanan Timur Tengah.

Lamb Kabsah


Shish Tawouk

Friday, October 9, 2009

Bersantai Di Pizza Hut

Lokasi: Pizza Hut, Alamanda Putrajaya.
Tarikh: 8 Oktober 2009
Masa: 9:30 - 11:00 pm
Mood: Ceria, Tenang dan Gumbira.

Tambahan Cerita: Sebenarnya aku berasa sangat bosan berada di rumah sewaku di Bangi.. Aku merasa seperti sudah tiada kawan-kawan yang boleh di ajak untuk berhibur menghilangkan segala tekanan dan bebanan fikiran sewaktu bekerja. Jadi, adik aku ( kakwe ) yang inilah yang menjadi mangsanya, menemani aku mengambil angin luar daripada Bangi. Dia bertolak dari Nilai menaiki KTM, berhenti di KTM stesyen UKM dan terus menuju Alamanda dengan keretaku. Seronok sangat ada adik-adik yang sekepala dan sporting ni. Tapi kalau diingatkan masa zaman kecil dulu, pantang jumpa asyik nak bergaduh je. Tapi alhamdulillah, lepas besar ni kami adik-beradik jadi sangat rapat dan saling memahami antara sesama sendiri. Mungkin dah matang sikit kot.

Haha.... barulah aku sedar rupenya aku sudah terlalu gemuk dulu, walaupun sekarang aku tidaklah berada dalam kategori kurus tapi perbezaannya memang jelas ketara. Patutlah adik aku suka ngutuk aku gemuk, padahal masa tu aku tak rasa pun yang aku ni dah gemuk... huhu...

*nurya: Antara masalah yang paling besar ialah apabila kita gemuk tapi kita tak menyedari yang kita gemuk... Anda pula macamane?

Wednesday, August 26, 2009

Makan2 Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt..



Gambar ni adalah hari-hari terakhir aku dan family aku makan-makan sebelum bermulanya puasa. Abah membacakan doa kesyukuran sempena kenaikan pangkat aku.. alhamdulillah... aku ingin berkongsi kejayaan ni dengan keluarga aku, dan aku lihat wajah ma dan abah yang bahagia dengan kejayaan aku. Walaupun mungkin kejayaan ini tidaklah seberapa bagi orang lain, tapi bagi aku ia satu penghargaan dan kepercayaan yang besar yang telah diberikan bos kepada aku atas usahaku selama ini.. Apabila kita meraih sesuatu dengan usaha kita percayalah bahawa kejayaan itu benar2 bermakna dan bernilai sangat-sangat.. Bekerjalah dengan penuh minat dan tekun... Usahlah terlalu memikirkan kepada ganjaran yang bakal diperolehi, kerana dengan pemikiran itulah kau tidak akan memberi lebih daripada sepatutnya terhadap apa yang kau lakukan...

My lovely father, yang sanggup memberikan apa sahaja kepada anaknya demi keselesaan tetapi amat kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk rawatan kesihatannya sendiri. Aku harap aku dapat menyumbang kepada abahku ini yang terlalu banyak berjasa kepada aku... Ya Allah, bantu aku...

Inilah ibuku yang tercinta, seorang yang mempunyai kesabaran paling maksima... teguh dan tabah melalui kehidupan yang penuh cabaran membahagiakan dan membesarkan anak-anak yang penuh dengan kehendak dan kemahuan... Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan mu menjadikan aku insan yang berguna...


Nurya tidak akan melupakan semua orang yang telah berjasa kepadanya... Nurya mesti ingat semua tu, sbb nurya rasa sangat menghargainya... Nurya ingin mereka gembira dan berbahagia walaupun kadangkala sikap Nurya yang tidak terlalu caring. Nurya bukan tak mau caring tapi nurya tak pandai sbb nurya jarang sakit dan jarang merasakan kesusahan sendiri, jadi nurya tak pandai nak treat orang untuk rasa selesa dengan nurya... Kalau Nurya sakit atau rasa susah Nurya hanya mengadu dengan Allah sbb daripada situ Nurya rasa tenang. Nurya pernah dengar ustaz cakap, kalau kita selalu mengadu masalah kita kepada manusia nanti masalah kita akan lebih rumit, tetapi bila kita mengadu kepada Allah insyallah di situ Allah akan memberikan dan membuka jalan kepada penyelesaian masalah...

Wednesday, August 19, 2009

Lepak2 Kat Hartz Chicken @ Times Square

Last day, balik dari SUK Shah Alam, aku, Uop dan Iwah singgah jap kat Times Square untuk celebrate Hanapiah nye kejayaan dalam Imtihan dia kat Mesir, Alhamdulillah semuanya najah... tapi makan sendiri bayarlah..huhu.. tunggu punye tunggu, last2 budak2 ni sampailah jugak.. borak2 dan gelak2 sambil makan, dah lama tak rasa friendship yang mcm ni... agak lama juga aku tak merasa suasana meriah ngn kengkawan gini sbb terlalu sibuk ngan kerja, lagipun almaklumlah dah semakin dewasa ni, kuranglah sikit melepak ngn kengkawan. [ lagipun ramai yang dah kawen].. yang paling tak tahannya bebudak ni suke nyakat si hanan, sbb muke hanan katanya muka sedih...lawak gile.. kat sini sekali kita masuk bayar RM 19.50, makan lah berapa banyak ko nak makan n minum tapi untuk tempoh masa 2 jam jerlah, kalau nk kuar ke tandas lak kena 10 minit jer...hahah..

3 ekspresi wajah yang berbeza...

tak tahan nengok hanan kena buli ngan budak2 ni...haaha


Sidqi sampai lambat, so makan sorang lah ek...tapi Helmi dah speachless sbb dah sooo full....hihi

ucop merajuk ke korek idung?!!!.. kompius...

jom minum!....

Ucop ajuk gaya n ekpresi wajah hanan.. lawak giler...

Ini lah antara fasi penggerak SPIES 09... Iwah pula sbgai pemantau gitu.. Smoga kite jumpe lagi di lain program k...