Monday, May 31, 2010

Kata hatiku ~


Hati ini betul2 serba tidak kena...
Hati ini benar2 dilanda kerinduan yang gila...
Hati ini jadi lemah kerana rindu ini terlalu kuat...
Mengenang insan yang jauh dari mata...
Sudahlah hati....
Tenangkan dirimu....
Buangkan jauh fikiran terhadapnya...
Yakinlah dia selalu ada dalam hatimu...
dan dirimu selalu ada dalam hatinya...

I Miss You So Much......Hope to see U as soon..
( sory ye untuk sesiapa yang rasa meluat dengan posting ni..hehe )

Sunday, May 30, 2010

Aktiviti Me~


Purple season ~


Awwww...

My Design....

Kursus di Excel Training ~

My Style ~


Group yang Sporting ~

Tuesday, May 25, 2010

Workload~ Stress Up!

Ade orang kata, kerja ni kena fokus, barulah apa yang kita buat tu menjadi... So, aku sekarang ni dalam kategori yang tak fokus lah ye sbb banyak yang aku buat asyik tak menjadi jep... Neway, thanks for the good statement! Ok, sekarang ni aku cuba buka kotak memori aku kenapa aku jadi tak fokus ni... ting...ting...ketak ketung.... ermm.... memory dah recheck... so, the result is there's something yg buatkan fikiran aku bercelaru, jadi tak fokus. That is B'cos of somebody n thingsbody (perkataan yang aku reka sndiri) made me feel troubled.... no point to mention here what is or what are the things made my focus been disrupted... Hmmm... banyak nak kena repair balik minded and attitude aku ni.... dah rosak n punah ranah habis ni... Dah macam tak nampak haluan lagi nak bawa ke mana ~ seolah-olah dah hilang arah tuju. Hmmmm.... nampak macam teruk, tapi aku yang merasa ni lagi menderita. Ape yang buatkan aku jadi teruk gini ni? entahlah.... Motivasi jadi downnn segiler2 nya... Pegangan dah jadi layu ~ Memory seperti dah lost ~.... I need some inspiration!

Saturday, May 22, 2010

a PEACE oF mE~

Ma

Pagi ni ( bukan pagi sangat dah pun ) aku bangun tido agak leawat skit sbb hujan yang membutkan aku terasa masih pagi lagi wp hari dah menjelang tengahari. Enak betul rasanya waktu tido tadi, nikmatnya ya Allah, memang takkan dapatlah kat mana2... bangun2 je, msauk dapur. mak aku ada belikan kuih n nasi lemak. aku makan dengan mak aku berdua je.Sebenarnya banyk menda yang berbuku di hati aku dan mak aku. Entahlah, gerak hati ku mengatakan itulah yang terjdi. Banyak menda yang disimpan dalam hati... lantas bibir ku menuturkan "ma... ma ada benda tak yang nak bebelkan kat akak?" tanyaku selamba dan sedikit gusar. mak aku macam terkejut dengan soalan aku. dia tanya " knapa tanya macam tu?" aku jawab.."entah, rasa macam ma ada banyak menda je yang nak bebelkan kat akak". Seriusly aku memang suka dengar bebelan mak ayah aku daripada diorang diam membisu, sbb kadang2 aku tak sedar kesilapan aku. aku alpa. so, bila dengar bebelan tu aku rasa lega sbb diorang pun tk berat kepala dengan perasaan tak puas hati kat aku, aku pulak boleh baiki kesilapan aku tu. Ma aku jawab " banyyyaaakkkkk......".. adoiii, kan betul aku cakap. Aku dh dapat baca semua tu dari gerk laku diorang.

Sambil2 buat air teh, aku tanya lagi.."ma, cepatlah bebel".... mak aku jawab " tak payah bebel, semua dah besar dah tahu mana baik mana buruk"adoii.... ni yang lemah lagi. Wp dah besar tapi pemikiran aku pun belum matang sepenuhnya, banyak lagi yang aku perlukan teguran dan bimbingan drpd kedua ibubapa aku. aku desak lagi mak aku untuk cakap apa yang dia tak puas hati dengan aku, dari sikap aku, perbuatan aku, perangai aku... mak aku cakap mana nak ingat dah... So, aku cakap " kalau ma ada nak marah apa2, ma marah terus je. sbb akak tak sedar kesilapan akak tu".... Mak aku pun cakap nak gi masak, nak ubah topik. SO, our conversation berakhir kat situ... Dalam hati aku mengharapkan mak aku dapat tegur aku secara direct sbb aku memang jenis orang yang macam tu.... sindir2 tak main, sbb aku takkan faham. Kalau ada orang tegur aku dengan bagitahu Nuriah....yang ini tak betul, yang ini salah...baru lah aku akan faham dengan jelasnya. Kias2 aku tak masuk k...


Tuesday, May 18, 2010

Sesaje ~

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).


*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

Monday, May 17, 2010

Di mana2 saja Cinta Itu Ada.....p



Cinta? memang seronok....
Tapi aku dah rasa muak... entah kenapa terasa begitu muakkkk....
yerrrrkkkkk.....
angin itu kadang2 kuat, kadang2 tidak bertiup....
Segala dalam pemikiran aku ketika ini begitu negatif sekali....

Berdating, meluah perasaan rindu, berjanji setia...arrgghhhhh.....
Hidup aku terasa kosong.... Ya Allah..... rindunya aku pada-Mu... Jauhkan hatiku dari maksiat....

Kerja and everything....

Hari-hari kerja... Kerja hari-hari... kerja-kerja tiap hari...
Sedar tak sedar, hampir 80% kehidupan kita dihabiskan untuk bekerja. Walau nampak kerja tu tak berapa busy, tapi sebenarnya apa yang kita lihat tu tak semestinya seperti yang sebenarnya berlaku. dan aku?.....hmmmm.... masih macam ni jugak! bekerja tu memang bekerja. Tapi aku tak nampak lagi improvement yang berlaku dalam diri aku dan juga kerja aku... Hari hari yang berlalu terasa begitu hambar.... Semangat aku entah hilang ke mana.... Apa yang aku buat semuanya seperti memeningkan kepala. Apa je yang aku rancang dan aku buat selalu je akan berlaku masalah. Aku dah mati kutu! Sebenarnya terdetik juga kerisauan di hati sebelum postkan luahan hati kat blog ni, yerlah, kot2 bos aku baca ( mampos aku! ampun bossss )... Tapi, aku dah tak dapat nak fikir waras dah sekarang ni. Entah apa yang telah jadi pada diri aku ni....Hidup ni dah terasa tak ada apa yang menarik dah. Semuanya terasa pudar dan tawar. Menangis tak, gelak pun tak.... Gembira pun tak riang, sedih pun tak duka.... Semuanya biasa-biasa je... Buat itu tak best, buat ini tak menarik, buat yang macam ni dah biasa, buat yang macam itu ntah ape-ape.... hmmmm.... what happenned to me huh?

Ya Allah.... berat betul dugaan-Mu ya Allah.... Aku akui banyak benar dosa yang kulakukan... Ampunkan aku ya Allah.~

Friday, May 14, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Kalau dah selalu buat menda yang sama je...

Inilah istilah baru bagi aku bila melihat kepada keadaan aku skarang.... dah tak rasa passion nak bekerja. Aku rasa dah macam muak jep... haissshhhh... teruknya aku ni. Tapi itulah realitinya. Aku dah tak rasa kewujudan aku diperlukan lagi di sini... Setakat nak urus kursus, semua orang boleh buat, semua orang ada bakat. Aku tetiba rasa nak mencari pengalaman baru ( memang dah lama sebenarnya rasa camni). Aku rasa macam otak ni beku je nak bagi idea2 baru dalam sistem pentadbiran dan kursus. Kenapa motivasi aku dah macam down je? I need something new beb!

Bercuti di Kelantan memang Best lah!

Hai... hmmm..rindunya pada blog ni... Ada masa aku update! takde masa aku lawat je blog ni...hehe.. Terasa masa berlalu begitu pantas kan? hmmm... mmg pantas sangat, sbb sekarang ni dah bulan 5. tup tup dah bulan 12 kan. Anyway selagi ada masa ni nikmatilah hidup ni sepuas-puasnya.... Lakukan yang terbaik dan terbest!


The gift 4 my Birthday....huhu... Love u so much baby...


Dah banyak yang aku ternak kat rumah ni.... sweet sangat!


Pasar Besar Khadijah ~ ( aku terima cadangan dpd si dia untuk snap gambar kat pasar ni, tapi time ni tak ramai dah orang menjual, mungkin sbb dah tghari kot )


Keunikan pasar ni sukar untuk didapati di tempat lain tau ~

On the way to Jerteh, aku lalui Padang Luas, Kedai Menanti Kelantan.
Suasana sunrise memang indah sangat...

Di jambatan Lata Tembakah


Suasana yang indah di Lata Temabakah


Menikmati breakfast di Pekan Jelawat Bachok Kelantan...
( I am Kelantan Mania.. haaaa... dah mengaku! )


Sambungan photo di Padang Luas...







Tak sah kalau balik Kelantan tak singgah kejap kat Pantai Irama...


Anyway, aku suka dan rindu sangat dengan keadaan dan suasana di Kelantan....
Adakah suatu hari nanti aku akan menetap di sana? hmmm....

Saturday, May 1, 2010

My Birthday Celebration ~ On 1st May Midnight...

My best thing in this World is celebrating my best day with beloved person ever ~ Love u all beb....





Sharah ~ Happiest fren of mine.




Mak Hantu & Pak Hantu ~ haha


Kalau bkan kontrol ayu bkan wati namanya tuu...

Kuat bergosip dak baju hitam tu...