Wednesday, September 30, 2009

Tuhan Kirimkanlah aku Kekasih yg Baik hati..

Aku suke kekasih yang baik hati...
AKu suka kekasih yang boleh mejadi teman buatku...
Aku suke kekasih yang menghargaiku...
Aku suke kekasih yang tidak menyakiti hatiku...
Aku suke kekasih yang memanjaiku...
Aku suke kekasih yang memimpinku....

Ya Allah...
Aku pohon berilah aku kekasih yang rapat dengan-Mu,
Aku mohon kurniakanlah aku kekasih yang beramal dengan suruhan-Mu,
Aku minta kau kurniakanlah aku kekasih yang beriman dengan agama-Mu...

amiiin...

Manipulation by nurya design blog

Assalamualaikum wbt....

Last night aku seolah-olah disekat daripada melentokkan kepalaku bertemu di atas permukaan bantal yang sangat empuk dan diselitkan dengan bauan yang harum menusuk hidung.... Lalu aku menggunakan sebaiknya waktu-waktu itu dengan menghasilkan design yang terbaru... Akhirnya pada jam tepat 4:00am aku tewas juga, dan dengkurku pun berbunyi menghiasi malam yang dingin dan sunyi...zzzzZZZ




Aku suka dengan hasil kerja ku yang ini.. menarik..

Saturday, September 26, 2009

Selected Photo's on Eid 2009 by nurya

Suasana raya di kelantan sungguh meriah dan menggembirakan... Kemeriahan dan kebingitan suara kanak-kanak yang berlari dan bermain kegembiraan begitu mengasyikkan dan mendamaikan jiwa yang rindukan suasana kampung. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi satu kenangan yang indah untuk dikenang....



Meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta adalah satu nikmat yang tidak dapat dibayar walau dengan wang berjuta.


Keluarga datuk saudara, tempat aku dan adik-adik bermain sewaktu kecil dahulu...

Sepupuku yang begitu berdikari walaupun masih kecil. Beraya tanpa ibu yang menyediakan persiapan dipagi raya kerana tugas sebagai jururawat benar-benar membuatkan aku kagum dan simpati dengan 3 beradik ini...

Sahabat-sahabat sewaktu bersama meng'eksplore' zaman remaja yang begitu menyeronokkan.. huhu.. Bersama Hajar, Adam ( anak Hajar ), sharah dan Watie.


Sharah dulu teringin nak jadi model tapi tak kesampaian sbb tak cukup ketinggian.. hehe.. ( ampun buk)


Bersama anak angkat ibu saudaraku yang begitu ceria.. seronok bermain dengan Adlan. ( tak sabar nak bermain dengan anak sendiri...huhu.. )

Adik-adik ku yang giler berposing... Kakaknye pule gile menangkap gambar.. sesssuaiii..

Hahaha.... speachles.... Tapi seronok sangat...

Main korek pasir ni mmg seronok kan, seolah-olah telah kembali ke zaman kanak-kanak dulu.

Friday, September 18, 2009

Torn Mime feat Natalie Imbruglia

Bagaimana bakat dan potensi seseorang itu boleh menjadikannya seorang yang terkenal. Begitulah seorang insan yang mempunyai bakat sebagai penghibur seperti David Armands,31 dilahirkan di England yang merupakan pelakon komedi Inggeris, pelakon dan penulis. Dia telah mendapat pendidikan di St Catharine's College, Cambridge dan di London Academy of Music and Dramatic Art. Bakat beliau semakin menyerlah selepas melakukan mime bagi lagu Torn yang dipopularkan oleh Natalie Embruglia. Saksikanlah bagaimana dia menterjemahkan satu persatu perkataan dalam bentuk perbuatan yang begitu mengasyikkan dan menghiburkan. Jadi, apakah bakat kita?

Tuesday, September 15, 2009

Semuanya Berkaitan Dengan Design ( It's All About Design )

Persian Puzzle Rug

Top Floor Ethereal Rug

Modern Rug

Liquid Lamp

Liquid Pour Lamp


Teddy Bear Lamp

Rim Clock

Rim Clock



Fly Clock

Shelf Modern Design


Laguna Pearl Wooden Bathtub

Hand Gesture Candle & Fried Egg Candle


Cappuccino Coffee Candle
Creative Wooden Benches 1
Creative Wooden Benches 2

PeliK | LucU | JeliK | AjaiB

Assalamualaikum wbt.. Kali ini aku rasa berminat pula nak posting gambar-gambar pelik dan lucu yang aku dapat melalui email dan websearch. Rasa seronok pula jika dapat berkongsi dengan anda mengenai gambar-gambar yang begitu menarik.

Tembikai yang membesar di dalam acuan square... menarik kan!

Sedia untuk dipasarkan.

Selain daripada tembikai, timun dan sayur-sayur lain juga boleh di acu mengikut bentuk-bentuk yang menarik dan seperti dikehendaki.

Mat rempit kampung dusun.... hehehe...
Mau lawan ke?


Berselerakah anda untuk makan di restoran yang berkonsepkan hiasan dalaman tandas begini? Namun mungkin ada segelintir yang tidak kisah seperti mereka yang anda dapat lihat di atas.

Aiskrim ini mungkin nampak enak, tapi cuba lihat rupa bentuknya, seperti apakah ia? Lihatlah juga bekas yang digunakan itu, bolehkah anda menelan makanan yang ada di dalamnya?

Sekali pandang nampak seksi gitu... awww....

Tapi, bila di close up jer.. hahaha.... Budak lelaki ini sangat menjaga adab dan tatasusila, mungkin juga untuk menjaga dan melindungi bahagian-bahagian sulitnya itu daripada terdedah kepada umum....

Bayi kembar dengan kepala sahaja.

Thursday, September 10, 2009

MINI T-SHIRT UNTUK DI BAWA TRAVEL

Assalamualaikum wbt..

Anda mempunyai masalah memuatkan pakaian-pakaian yang banyak di dalam beg apabila ingin berjalan jauh? Jika diikutkan hati, semua pakaian ingin dibawa tetapi ruang beg dan kenderaan membataskan anda. Nah, sekarang ni dengan teknologi terkini anda mampu membawa seberapa banyak pakaian yang anda inginkan tanpa perlu risau ruang untuk memuatkannya... Namun begitu, t-shirt mini ini belum lagi berada di pasaran Malaysia melainkan di negara luar khususnya China.

Inilah t-shirt mini, sebesar tapak tangan.


Bahagian belakang t-shirt

Plastik yang membalut t-shirt di buka.


t-shirt di rendam di dalam sebekas air.

t-shirt mulai mengembang apabila air meresap ke dalamnya.

Nah! inilah rupanya setelah ia mengembang.

Perlukan sedikit masa untuk di keringkan.

Sedia untuk di pakai. Senangkan?...hehehe..