Friday, October 7, 2011

Belog Mama To Be....

http://nurgallery-story.blogspot.com/
Untuk lebih segar, apa kata rajin2 singgah di blog ini.... Ape contentnye? click lah dulu.... Jom sama2 share pengalaman dan tip2 ye...

Wednesday, October 5, 2011

Bercuti di Cameron Highland part 1

Salam..

Sape kata kalau cuti sekejap tak boleh pi makan angin jauh2? alaahh...boleh je, tapi cuma  mungkin rasa tak puas hati jelah sebab sekejap je kan... Apa yang berlaku kat kami macam tu lah, tapi sbb dah mind set aku kata takpelah sekejap pun sekejaplah janji dapat keluar daripada  Bangi sekejap ..( mood nak ambik angin luar ). Dalam kepala mikirkan nak duk kat tempat dalam hutan, sejukkk...

Hari Sabtu mybucuk kena keje sampai petang. Saya pulak  join Wan Mahathir dan Razim shoot enggagement kat Klang, sampai petang jugaklah duk kat sana tapi belum sempat rombongan lelaki sampai saya dah blah pun sebab dah janji ngn suami nak balik awal harini.. ( angkara join team photographer lelaki saya kena marah ngn suami saya bila dia dapat tahu, berdebar saya ...huhu.. ampun saya akan buat lagi...eh, ampun tak buat lagi... ingatkan takpe...)

Sesampai di Bangi saya gi ambik suami di tempat keje dan kami terus pulang rumah. Kami solat Asar bersama, kelakarnya masa ni kami belum decide lagi nak pergi mana.. Lalu terlintas di fikiran aku nak naik Cameron Highlands, suami setuju. Kami pun packing2 barang dan baju yang perlu saja sebab nak kurang kos petrol kalu muatan kete yang berat. 


Keluar dari tol Bangi, kami lalu Highway KESAS, exit selepas tol Awan Besar ( tol RM2.20 )dan kami exit signbord Ipoh, melalui highway PLUS pulak. Masa tu kete kami isi RM30 petrol. Kami berhenti di R&R Sungai Buloh untuk singgah beli makanan untuk kunyah2, habis dalam RM29 termasuk topup Maxis RM10.

Kami teruskan perjalanan dan hari makin senja, masa ni dah dalam jam 6:30 petang sebab kami keluar rumah dalam jam 5:30 ptg. Akhirnya sampai lah kami di tol Tapah. Sebenarnya aku confuse mana satu exit ke Cameron yang betul ( maksud aku jalan nye ok ). Aku tanya kakak tol tu dia "kata sini pun boleh lalu tapi jalan gelap lah sebab jalan lame kan." aku tanya balik, so jalan yang elok kt mana kak? dia jawab " adik kuar balik tol ni exit kat Simpang Pulai" owh.. "thanks kak".. Masa tol ni aku kena lebih kurang RM19.80. Aku kuar balik tol ni dan exit Simpang Pulai, tol dalam RM 5 kot sebab jauh jugak jaraknye dengan Tapah tadi kan.

Sebelum exit Simpang Pulai, aku refill lagi petrol kete kat Petronas RM50. Aku tanya kat gadis toll ni, "dik berapa jauh lagi agaknya jarak dari sini ke Cameron ye?" " owh, dalam sejam jugak lah kot".. Erkkk.... terkejut boboy... Aku masa tu dah letih jugak, dari hentian mana entah aku dah tukar drive ngan suami sebab kesian kat dia letih drive, lagipun dia baru balik keje tadi kan. Aku bagi can dia tidur jelah kat tepi..( bukan senang nak dpt isteri yang independent cam aku ni tau...hehehe) 

Memang betul, jarak dari bawah ke atas tanah tnggi Cameron dalam sejam lebih skit je. Sampai sana memang kete dah tak buka aircond, dan Alhamdulillah kami selamat sampai. Sampai di Brinchang kami cari kedai makan dulu baru nak cari hotel. Makan2 kat kedai Siam kami oder Tomyam Campur 1, nasi putih 2 pinggan, teh tarik 2 dan Kue teow tomyam 1. habis lah dalam RM20. 

Bila dah kenyang kami mulakan operasi mencari hotel, kalau kat Brinchang toksah carilah memang sume hotel awal2 lagi dah letak depan reception kertas tulis FULL HOUSE... Huuhu.... Round2, tepon sana tepon sini, singgah hotel tu, hotel ni, masuk resort tu, resort ni sume penuh... Naik Tanah Rata pun cmtu jugak. Bajet aku dalam RM 150 ke bawah ok lah untuk tdo semalaman je pun... Last2 jumpe satu hotel ni Hill View Inn tanya harga RM120 semalaman, okeh pa, kita duk hotel ni.. Memang cantik biliknya...











Bersambung ye....huhu..






Majlis Convocation 2011 UKM

Fauzan Yusof. Jutaan tahniah buat adik senior aku masa sekolah menengah di Darul Anwar Pulau Melaka dulu. Terima kasih jugak sebab jadikan akak ni jurugambar rasmi awak sepanjang majlis bersejarah awak ni, dan semoga baby dalam kandungan pun sihat2 jugak ye.