Showing posts with label Kalimah Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Jiwa. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

I Love You Forevermore~

Saje menggatai nak posting jiwang-jiwang skit selepas semalam ade berlaku beberapa sesi dialog yang meruntun jiwa..huhu.... Cinta dan kasih itu makin utuh dan kukuh apabila rasa hati itu diluah dan diterjemah bagi merungkai persoalan demi persoalan yang meragukan hati dan menggugat cinta yang telah sekian lama terbina dan terhias cantik..

Adakalanya cinta tidak mampu termiliki oleh keegoan mahupun keterpaksaan. Tetapi ianya akan lahir sendiri dan kekal cinta itu membajai hati yang dulunya pernah kering dan teracun oleh nista dan kekakuan... Hati yang kini telah temui baja cintanya yang serasi membuahkan kedamaian dan ketenangan, dan makin hari ianya terus membesar dan subur mengeluarkan wangian-wangian mendamaikan.... 

Benar cinta itu bukan mudah untuk diraih hanya kerana cinta itu datang dari hati, bukan dengan paksa, bukan dengan ego, bukan dengan rayuan tetapi ia lahir jauh disudut hati bersama getaran cinta...
Dan lagu ini kutujukan buatmu teman dihatiku.. kau menjadikan aku sebagaimana aku dengan cinta sucimu...Pengorbanan dan kasih syangmu menjadikan aku tidak mengapa menjalani kehidupan yang sukar ini...Segalanya menjadi mudah dengan dukunganmu di sisi... Setiap apa yang kulakukan aku ingin kau bersamaku, menemaniku selamanya...
by Celine Dion - Because You Loved Me..

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


Terima kasih cinta kerana memberiku segala yang kumahu..I will love you forever and evermore~

Sunday, November 21, 2010

Tempoh pertunangan adalah tempoh yang mencabar ~

Salam...

Sebelum ni aku selalu dengar orang kata tempoh bertunang itu adalah tempoh yang sangat mencabar. Aku terfikir2 apa maksudnya tu, apa yang mencabar sangat tu... Mungkin cabaran maksiat kot, tak pun gangguan dari orang ketiga. Mungkin....

Ayah aku pulak pesan camni, dah tunang nnt jangan selalu keluar jumpe. Setakat berhubung tu takpe, tapi jangan berjumpa. Tunggu kahwin dulu baru lah nak gi honeymoon ke ape, lantaklah... Sebabnya dia tak bagi jumpa tu katanya dalam tempoh pertunangan ni lah banyak akan berlaku perselisihan faham yang membuatkan hubungan jadi goyah. 

Sekarang ni aku dah faham dah, memang betul kata2 ayah aku tu... Betul2 faham dah...

Dan aku juga pernah dengar orang kata, dalam perhubungan ni akan ada 3 peringkat yang akan kita lalui, peringkat pertama him akan selalu mengalah dengar her, kemudian her pulak terpaksa mengalah dengan him. Peringkat ketiga pulak him dan her masing2 tak mahu mengalah. Kalau dah lepas ketiga2 peringkat ni barulah hubungan akan berlangsung dengan bahagia insyallah... 

Itulah sahaja coretan ku untuk kali ini.... ( sabarlah wahai hati, sebab aku sekarang ni tengah melalui peringkat yang ke berapa entah, kompius... sebab aku yang tak pernah nak mengalah...huhu ).

Thursday, November 11, 2010

Cinta~

Cintaaaa......
Ramai yang suka berbicara tentang cinta..
Ramai yang sering berbahagia dengan cinta..
Ramai juga yang sedang tercari-cari cinta...
Walau apapun keadaan anda, pastikan anda berbahagia dengan cinta yang berbalas....



Sunday, August 22, 2010

Cemburu Itu Kadang-Kadang OK ~

Cemburu itu kadang-kadang Ok, Tapi kadang-kadang tak Ok langsung.... Sebabnye?....
Memang ada orang suke kekasihnya seorang pencemburu. Ya, memang seronok punya kekasih yang cemburu, yelah orang kata cemburu itu tanda sayang. Lagi kuat dia cemburu, lagi kuat perasaan cintanya itu.. (Tak dinafikan lagi). Tapi tolong beringat sikit ye wahai manusia, jangan hanya kerana tak dapat tahan perasaan cemburu tu, mulut melantunkan kata-kata yang menghina dan melukakan hati dan perasaan orang! Walau dalam marah sekalipun jangan sesedap mulut nak menghina orang tau, nanti dah baik mood tu kan dah malu... Mulalah reti nak minta maaf. 
Lelaki Pencemburu by Dewa 19

Detak di setiap detik..jantung di dada ini..semakin..
Cepat..saat kamu ucapkan...kata kata yang mungkin...
Tak masuk akal..tak harus jenius..untuk hanya
Mengendus..konspirasi tak mulus..hatiku yang hangus..
Ingin terus meringkus..akal bulus yang rakus

Chorus:
Aku tak kan peduli..siapa yang berani..
Mendekati kamu..akan kubunuh
Aku hanya lelaki..yang sedang cemburu..
Terbakar asmara..mencintai kamu

Jangan sampai terbius ..lelaki yang tak becus..
Yang berwajah seperti tikus..aku sangat serius..
Merebut cinta yang tulus..meski aku (yang) terhunus

Psssttt: Berdasarkan lirik ni, aku sedar bahawa realiti lelaki pencemburu memang begini... dan semestinya dia akan menjadi seorang pemarah dan agresif apabila api cemburunya membakar....hmmm... pempuan punye cemburu camne plak ye?

Monday, August 16, 2010

Bila terasa susah~

Apabila melihat dunia ini aku terasa seakan takut pula....macam2 yang berlaku itu diluar pemikiranku. Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan. Allah menguji sesiapa sahaja yang dia mahu, dan aku bukanlah insan yang terkecuali. Allah mengaturkan dia itu akan jadi begitu dan begini. Aku tahu kadangkala bila kita berada di situasi yang sukar, otak kita akan terasa seperti ingin pecah untuk memikirkan penyelesaiannya. Kita akan jadi seolah hilang punca dan arah tuju. Bayangkan tatkala kita kehilangan arah dan berasa keputus-asaan, tiada sesiapa yang hadir menghulurkan tangan memimpin dan membantu. Bukankan terasa alangkah sukarnya hidup ini? Namun janganlah kita merasakan keputus-asaan, sbb Allah tidak akan membiarkan hambanya berada di dalam kesusahan jika selalu memohon pertolongan.

Monday, August 2, 2010

BAHAGIA...

Bahagia itu kita yang cipta...

Bahagia itu berbeza penilaiannya. Tidak semua orang akan merasa bahagia dengan perkara yang sama, dan tidak semua akan merasa bersyukur dengan rasa bahagia... Aku? urmmm.... terlalu bahagia. Tapi sekadar mana ukuran bahagia itu aku tak pasti. Aku bahagia didampingi, disayangi dan dicintai. Penat merasai kepedihan dulu, lalu sekarang aku mula tahu bagaimana menghargai bahagia itu.. dan aku tahu bagaimana untuk mencipta bahagia itu... Aku tahu bahawa untuk merasa bahagia itu kita harus membahagiakan orang terlebih dahulu.. Kini kutemui dia yang benar boleh membahagiakan aku. Namun aku tidak pasti setakat mana akan aku rasai bahagia ini bersamanya... Semoga Allah akan kekalkan rasa kasih dan sayang ini antara kami, kerana sesungguhnya aku kini sudah mulai merasa takut untuk kehilangannya.

Wednesday, July 7, 2010

Hati yang sakit ada penawarnya....

4 - 5 hari ni aku sengaja cari pasal dengan dia, dia yang mula2 keluarkan kata2 yang menyakitkan hati aku dan aku takkan melenting tanpa sebab. Walaupun kecil puncanya, tapi aku tetap ada reason kan?. Aku bukan tak bersabar, tapi dah banyak kali cube bersabar, namun aku tak boleh nak lawan tahap kesabaran dia... Dia memang sangat3X penyabar... salute lah.... ( tak tau lah kot2 depan aku je dia bersabar). Neway, ceritanya mudah... Walau seteruk mana pun aku buat kat dia memang dia akan sedia sudi memaafkan aku ( paling teruk pun aku tak jawab mesej dia 2 hari ). Sebab tu aku dengan beraninya akan buat apa yang aku nak buat, tak kira lah apa dia rasa... sakit hati ke..sedih ke... Aku ni tak pernah nak fikirkan hati orang atas tindakan aku, seolah2 aku ni tak punya hati dan perasaan. Namun, walaupun macam tu aku tetap sayangkan dia dan semua orang. Cuma caraku yang agak kasar ni membuatkan orang memikirkan aku ni hati keras cam batu.... ( sebenarnya tak pun, cuma makan masa untuk aku memaafkan kesalahan seseorang tu )

Walau apapun aku harap dia sudi maafkan aku untuk kesekian kalinya ( dah tak tau untuk kali ke berapa )...

Saturday, June 19, 2010

Kata itu benar2 menghiris.....

Mulut yang berbicara... hati tidak mengiyakan..
Mulut melantun keras isi hati..
Walau hati tidak membenarkan kata di bibir...
Namun mengapa dalam diri penuh curiga...
Mengapa dalam hati sering gusar....
Kasih terima, hati memberi...
Namun kadang termungkiri...
Kerana peristiwa silam, dendam mengeliru...
Fikiran merasuk mengamuk...
Pemulih dendam itu tiada ubatnya...
Kau juga tidak bisa ubatinya...
Hati Tuhan menarik ketenangannya...
Hati Tuhan beri kekusutan padanya....

Apa lagi kau mahu...
Kau takkan pernah sedar pada aturan ini...
Kelam sudah pendirian...
Jauh sudah sasarnya pada destinasinya..

Putih awan itu takkan jadi hitam lagi...
Hitam malam itu takkan cerah seperti siang..
Kasih itu telah hilang dalam hatimu...
Kerana selamanya ianya begitu...

Lafaz itu....

Kenapa wanita suka meminta cerai daripada suaminya?
" Abang, ceraikan saya!"
itu istilah biasa yang meniti di bibir isteri...
Wanita itu dalam perasaannya, bila dirasakan cinta dan kasih sayang dari suaminya seakan berkurangan, maka dengan ugutan cerai itu dia ingin meraih kembali kasih yang dirasakan hilang itu...
Di situ bila dia memohon cerai, maka dia mengharapkan suaminya akan merayunya untuk tidak meneruskan perceraian itu. Apabila suaminya itu merayu, maka keyakinannya akan meningkat apabila dirinya menyedari cinta suami padanya masih ada. Wanita tidak memerlukan lebih daripada suaminya melainkan kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada suaminya.. Wahai suami, tidak sayangkah kau pada isterimu. Jagalah sebaiknya hati dia....

Tuesday, June 8, 2010

Love Is Full Of Happiness...


Begitu banyak cerita...
Ada suka ada duka...
Cinta yang ingin ku tulis...
Bukanlah cinta biasa....

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya...ohhh

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin, Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawabnya...

Janji terikat setia
Masa mengubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata..ohh

Andai ku mampu mengulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu
Jawapan...

Bak kata Siti Nurhaliza dalam Bukan Cinta Biasa...
Memang benar cinta itu tak pernah biasa....
Biasanya ia akan berbeza2 terhadap setiap orang...
Tidak mungkin sama pengalaman yang dilalui...

Memang cinta itu juga indah..
Seindah pelangi terbit dek rembesan hujan disinari mentari,
Seindah subuh tika mentari terbit...
Seindah fajar menyinsing...

Namun, sekali kau alpa pada cinta itu,
Punah segala keteguhan..
Punah segala pendirian dan pegangan...
Benar cinta itu menghanyutkan..
Benar cinta itu melalaikan....

Semoga kita masih diberi kekuatan untuk terus bertahan...
Insyallah...

Monday, June 7, 2010

Hidup Seperti Khayalan ~


Dipermulaan langkah, ianya baik-baik saja...
Melangkah dengan penuh yakin dan tenang...
Langkah diatur dengan segala harapan yang tinggi..
Segala yang berlaku masih dalam kawalan...

Namun makin lama ku berjalan,
Makin goyah langkahku...
makin pudar sinaran destinasinya..
Mencari sinar yang seakan kelam..
Dalam gelap hitam tiada bersuluh...

Kadang terjatuh dan tercalar,
ku cuba bangun dan teruskan langkah,
Kadang ku tergelincir dan terbaring,
Namun ku gagahi untuk terus melangkah,
Kerana ku lihat jaraknya masih jauh...

Semakin hari ku melangkah dan melangkah,
Namun oleh kerana kesakitan dan kelukaan yang sering menimpa itu,
Aku sering juga kepenatan dan kelesuan...
Lalu tertidurku di tepian laluanku...
Hadirlah mimpi2 indah yang melegakan sedikit kesukaran hati ini...
Aku terus membiarkan mimpi2 ku itu menerokai alamku...
Aku gembira dan bahagia dengan mimpi2 yang kuciptakan....

Namun setelah tersedar dari mimpi itu,
Aku mula menangis...
Aku kesal dengan mimpi2 yang kucipta itu...
Ia telah merosakkan hidupku...
Ia mencalari dan makin menggelapkan laluanku...
Aku menangis tiada henti...
Bilakah bisa jalanku indah dan bahagia yang abadi.....


Nukilan Ilham: Nurya 2010

Monday, May 31, 2010

Kata hatiku ~


Hati ini betul2 serba tidak kena...
Hati ini benar2 dilanda kerinduan yang gila...
Hati ini jadi lemah kerana rindu ini terlalu kuat...
Mengenang insan yang jauh dari mata...
Sudahlah hati....
Tenangkan dirimu....
Buangkan jauh fikiran terhadapnya...
Yakinlah dia selalu ada dalam hatimu...
dan dirimu selalu ada dalam hatinya...

I Miss You So Much......Hope to see U as soon..
( sory ye untuk sesiapa yang rasa meluat dengan posting ni..hehe )

Tuesday, May 25, 2010

Workload~ Stress Up!

Ade orang kata, kerja ni kena fokus, barulah apa yang kita buat tu menjadi... So, aku sekarang ni dalam kategori yang tak fokus lah ye sbb banyak yang aku buat asyik tak menjadi jep... Neway, thanks for the good statement! Ok, sekarang ni aku cuba buka kotak memori aku kenapa aku jadi tak fokus ni... ting...ting...ketak ketung.... ermm.... memory dah recheck... so, the result is there's something yg buatkan fikiran aku bercelaru, jadi tak fokus. That is B'cos of somebody n thingsbody (perkataan yang aku reka sndiri) made me feel troubled.... no point to mention here what is or what are the things made my focus been disrupted... Hmmm... banyak nak kena repair balik minded and attitude aku ni.... dah rosak n punah ranah habis ni... Dah macam tak nampak haluan lagi nak bawa ke mana ~ seolah-olah dah hilang arah tuju. Hmmmm.... nampak macam teruk, tapi aku yang merasa ni lagi menderita. Ape yang buatkan aku jadi teruk gini ni? entahlah.... Motivasi jadi downnn segiler2 nya... Pegangan dah jadi layu ~ Memory seperti dah lost ~.... I need some inspiration!

Saturday, May 22, 2010

Ma

Pagi ni ( bukan pagi sangat dah pun ) aku bangun tido agak leawat skit sbb hujan yang membutkan aku terasa masih pagi lagi wp hari dah menjelang tengahari. Enak betul rasanya waktu tido tadi, nikmatnya ya Allah, memang takkan dapatlah kat mana2... bangun2 je, msauk dapur. mak aku ada belikan kuih n nasi lemak. aku makan dengan mak aku berdua je.Sebenarnya banyk menda yang berbuku di hati aku dan mak aku. Entahlah, gerak hati ku mengatakan itulah yang terjdi. Banyak menda yang disimpan dalam hati... lantas bibir ku menuturkan "ma... ma ada benda tak yang nak bebelkan kat akak?" tanyaku selamba dan sedikit gusar. mak aku macam terkejut dengan soalan aku. dia tanya " knapa tanya macam tu?" aku jawab.."entah, rasa macam ma ada banyak menda je yang nak bebelkan kat akak". Seriusly aku memang suka dengar bebelan mak ayah aku daripada diorang diam membisu, sbb kadang2 aku tak sedar kesilapan aku. aku alpa. so, bila dengar bebelan tu aku rasa lega sbb diorang pun tk berat kepala dengan perasaan tak puas hati kat aku, aku pulak boleh baiki kesilapan aku tu. Ma aku jawab " banyyyaaakkkkk......".. adoiii, kan betul aku cakap. Aku dh dapat baca semua tu dari gerk laku diorang.

Sambil2 buat air teh, aku tanya lagi.."ma, cepatlah bebel".... mak aku jawab " tak payah bebel, semua dah besar dah tahu mana baik mana buruk"adoii.... ni yang lemah lagi. Wp dah besar tapi pemikiran aku pun belum matang sepenuhnya, banyak lagi yang aku perlukan teguran dan bimbingan drpd kedua ibubapa aku. aku desak lagi mak aku untuk cakap apa yang dia tak puas hati dengan aku, dari sikap aku, perbuatan aku, perangai aku... mak aku cakap mana nak ingat dah... So, aku cakap " kalau ma ada nak marah apa2, ma marah terus je. sbb akak tak sedar kesilapan akak tu".... Mak aku pun cakap nak gi masak, nak ubah topik. SO, our conversation berakhir kat situ... Dalam hati aku mengharapkan mak aku dapat tegur aku secara direct sbb aku memang jenis orang yang macam tu.... sindir2 tak main, sbb aku takkan faham. Kalau ada orang tegur aku dengan bagitahu Nuriah....yang ini tak betul, yang ini salah...baru lah aku akan faham dengan jelasnya. Kias2 aku tak masuk k...


Tuesday, May 18, 2010

Sesaje ~

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).


*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

Monday, May 17, 2010

Kerja and everything....

Hari-hari kerja... Kerja hari-hari... kerja-kerja tiap hari...
Sedar tak sedar, hampir 80% kehidupan kita dihabiskan untuk bekerja. Walau nampak kerja tu tak berapa busy, tapi sebenarnya apa yang kita lihat tu tak semestinya seperti yang sebenarnya berlaku. dan aku?.....hmmmm.... masih macam ni jugak! bekerja tu memang bekerja. Tapi aku tak nampak lagi improvement yang berlaku dalam diri aku dan juga kerja aku... Hari hari yang berlalu terasa begitu hambar.... Semangat aku entah hilang ke mana.... Apa yang aku buat semuanya seperti memeningkan kepala. Apa je yang aku rancang dan aku buat selalu je akan berlaku masalah. Aku dah mati kutu! Sebenarnya terdetik juga kerisauan di hati sebelum postkan luahan hati kat blog ni, yerlah, kot2 bos aku baca ( mampos aku! ampun bossss )... Tapi, aku dah tak dapat nak fikir waras dah sekarang ni. Entah apa yang telah jadi pada diri aku ni....Hidup ni dah terasa tak ada apa yang menarik dah. Semuanya terasa pudar dan tawar. Menangis tak, gelak pun tak.... Gembira pun tak riang, sedih pun tak duka.... Semuanya biasa-biasa je... Buat itu tak best, buat ini tak menarik, buat yang macam ni dah biasa, buat yang macam itu ntah ape-ape.... hmmmm.... what happenned to me huh?

Ya Allah.... berat betul dugaan-Mu ya Allah.... Aku akui banyak benar dosa yang kulakukan... Ampunkan aku ya Allah.~

Wednesday, May 12, 2010

Kalau dah selalu buat menda yang sama je...

Inilah istilah baru bagi aku bila melihat kepada keadaan aku skarang.... dah tak rasa passion nak bekerja. Aku rasa dah macam muak jep... haissshhhh... teruknya aku ni. Tapi itulah realitinya. Aku dah tak rasa kewujudan aku diperlukan lagi di sini... Setakat nak urus kursus, semua orang boleh buat, semua orang ada bakat. Aku tetiba rasa nak mencari pengalaman baru ( memang dah lama sebenarnya rasa camni). Aku rasa macam otak ni beku je nak bagi idea2 baru dalam sistem pentadbiran dan kursus. Kenapa motivasi aku dah macam down je? I need something new beb!

Thursday, April 22, 2010

Ada apa dengn 27 April 2010 ?

Kalau ditanya, memang malu nak bagitau orang.. Yelahkan, dah jadi tradisi bahawa menyatakan atau memberitahu tarikh lahir kita ni sesuatu yang menyegankan ( erk, btul ke word aku ni?) takut nanti orang kata mesti nak perhatian lebih, pastu mesti mengharapkan hadiah... Hmmm.... bagi aku semua tu bukanlah menjadi keutamaan lagi, sebab dengan umur sekarang ada banyak perkara lagi yang perlu aku ambil berat dan tumpukan... Walaubagaimanapun dalam hati kecil ni memang benar2 mengharapkan insan2 yang teristimewa dan terbaik dalam hidup aku ni dapat mengingati tarikh lahirku, kerana hanya dengan ingatan tu lah aku dapat yakin dan percaya bahawa kewujudanku dihargai di sisi mereka. Aku benar2 menghargai insan2 yang lama bertakhta di hati ini, namun mungkin mereka tidak perasan.

Sabtu ni masuklah umur aku 27 tahun. hmmm... agak berusia dah tu. Orang lain dah bawak anak ke hulu ke hilir dengan umur ni, tapi aku jugak yang masih belum berkepastian bila akan berakhirnya episod hidup solo ni. Memang kadangkala datang juga perasaan cemburu melihat orang lain berbahagia memiliki anak, namun aku tidak boleh mengeluh tentang itu sebab aku yakin jodoh akan datang bila2 masa saja mengikut ketentuan Allah. Nasib setiap orang tidak akan mungkin sama walaupun dibesarkan dan dididik dalam kelompok yang sama. Allah telah tentukan bahawa jodohku lambat lagi, dan aku terima semua itu. Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Memiliki keluarga yang baik, teman yang memahami dan si dia yang begitu menenangkan jiwaku... Cukuplah aku rasa semua tu.... Aku bersyukur sangat2...


Tuesday, April 13, 2010

Mentariku ~ nurya


Wahai Mentariku...
Perjalanan ini indah kerana ada kamu menemani....
Hidupku tenang kerana kamu selalu di sisi...
Berterusanlah wahai sang mentari menyinari jalanku..
Kau yang kusayang kerana menyuburkan bumi hati ini...
Hati yang dulunya ketandusan dan kekeringan...
Kau menyinar selamanya...
Tatkala kau hilang hidup ini terasa hiba,
Kerana tiada kelihatan cahayamu...
Kau Memberi terbaik dalam hidupku..
Aku amat bersyukur kerana kau selalu ada...
Akan ku jaga kasihmu sebaiknya....

Teruslah bersinar wahai matahariku..
Ku akan selamanya bersamamu...
Melakar kehidupan yang lebih bahagia...
Melayang di udara seperti burung2 beterbangan...
Bebas dan bahagia!