Sunday, January 24, 2010

Sauna Mudah Alih...

Hai... Aku dengar ramai yang dah berminat nak menggunakan khidmat sauna ni kan? haaa... memanglah sebab sauna ni boleh membakar lemak. So, bila lemak dah terbakar, jadi kuruslah... Aku pun dah berlemak ni haa sbb lame dah tak bersauna... Skang ni dah tak payah pergi ke saloon untuk sauna2 ni, sbb dah ada set sauna bleh buat di rumah je sambil menonton tv tau... Hanya bermodalkan RM 410 - RM 650 korang dah boleh beli dan buatlah seberapa banyak kali pun sauna ni sampai korang termuntah...Murah kan?.. Yang bestnye, alat ni boleh dilipat dan disimpan dan boleh dibawa ke mana saja suka. flexible..

Aku bukan cakap kosong saje ni, sebab aku sendiri dah beli sauna set ni. Kedai dia dekat je ngan ofis aku. Memanglah dulu rasa berat badan 'melambung' naik tapi sekarang boleh lah merasa badan kurus balik cam muda2 dulu sejak bersauna ni...ngeee... (kurus ke?)


Haaa.. ni adik aku tengah bersauna... FYI, orang pompuan boleh buat sauna ni 4 kali seminggu tau. Tapi orang lelaki tak boleh selalu ye bang, nanti rosak pulak fungsi tuuuttt....(faham-faham sendiri deh)


Alat ni korang boleh set berapa lama masanya; 20 , 40 or 60 minit. dan temperature pulak Low, Med & High.... Tapi untuk anda yang baru2 lagi nak guna boleh guna temp Med dan time 40 minit. Nanti terkejut plak badan tu. (nnt badan kata, kat mana pulak tuan aku duduk ni, panas semacam je....cam nak demam ) Tapi sebelum tu kena lah minum air banyak2, dan tambah sikit dengan air gula... Nanti badan jadi lemah tau sebab habis tenaga.
Kalu berminat nak beli ( cam nak promote lak ni) boleh datang kat Banda Baru Bangi seksyen 3, belakang Petronas je. Trylah ye.. Aku tak sabar2 nak kuruskan lagi badan ni.... haha... perasan... Nanti kalo ade yang dah guna and dah jadi kurus jgn lupa share ngan aku tau...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!