26 Jan 2010
6:58 pm
Semalam aku balik ke Gombak... Perasaan masa tu bercampur baur.. ade sedih, ade insaf, ade semangat dan ade kelesuan... Banyak perkara yang bermain di fikiranku... Semuanya kerana dia. Arghhh.... tak payah cerita pasal dia, buat menyakitkan hati aku je... dah lama aku tak rasa marah seperti yang aku rasa semalam. Oleh sebab dia, habis mood aku hilang. Aku jadi tak keruan. Ni lah padahnya, sbb bahagia aku selalu bergantung padanya. Jadi bila jadi macam ni aku pulak yang sakit memanjang.... erm.. biasalah, siapa bercinta dgn aku memang menderita lah.. Entahlah, aku sndiri tak paham dengan perangai aku sendiri...ego sokmo... ( nak salahkan siapa ek? salahkan diri sendiri lah...)
Aku balik ke Gombak atas alasan untuk hantar set herba sauna kat mak aku n tambah lagi ade reason lain plak ( nak hilangkan stress ). Berhadapan dengan kesesakan jalan raya dah biasa bagi aku. Jadi sekang ni aku dah dpt mengatasi stress aku berada di dalam jem ( aku dah tak stress dah).
Jalan sekitar Gombak. Hadapan Medan Idaman Gombak.
Sunset from my mirror..
27 Jan 2010
8:22 am
Pagi ni aku agak kelewatan sikit bergerak dari rumah ke ofis di Bangi... Jalan pun macam biasa, jem sokmo... Tapi macam aku cakap, aku kurang tension dah bile berhadapan dengan jem.. Sebab tu aku suka keadaan kereta yang kemas dan bersih, ianya mempengaruhi mood aku untuk berada dalam tu dengan tenang dan bahagia. Bayangkan kalu kereta berhabuk, busuk dan bersepah, mood yang baik pun akan jadi hangin. Lagi satu cara aku motivate diri sendiri ialah aku fikirkan bahawa kalau aku sampai cepat ofis dalam keadaan marah pun ape guna. Baik aku tenang je dalam kereta sambil makan, minum dan dengar lagu.. ahaks!
Muka tido tak cukup... Dah berapa malam aku tido lewat sebab ade broadband kat umah yang laju plak tu memang seronoklah aku mengupdate blog dan melayari internet tanpa senpadan.
Keadaan traffic di Jalan Sentul. Jem jugak tapi masih bergerak wp slow. Ade bezanya jem waktu pagi pergi keje dan jem waktu balik dari keje. Pagi, orang memang rush berkejar waktu ofis jd dorang tak main2 bawak kete, n time balik keje org tk rush sangat. So bila tk rush diorang memain je bawak kete tu... yerlah, nak kejar ape lagi, dah waktu balik ni, bukan ade punch card pown..relakslah..