Monday, August 2, 2010

BAHAGIA...

Bahagia itu kita yang cipta...

Bahagia itu berbeza penilaiannya. Tidak semua orang akan merasa bahagia dengan perkara yang sama, dan tidak semua akan merasa bersyukur dengan rasa bahagia... Aku? urmmm.... terlalu bahagia. Tapi sekadar mana ukuran bahagia itu aku tak pasti. Aku bahagia didampingi, disayangi dan dicintai. Penat merasai kepedihan dulu, lalu sekarang aku mula tahu bagaimana menghargai bahagia itu.. dan aku tahu bagaimana untuk mencipta bahagia itu... Aku tahu bahawa untuk merasa bahagia itu kita harus membahagiakan orang terlebih dahulu.. Kini kutemui dia yang benar boleh membahagiakan aku. Namun aku tidak pasti setakat mana akan aku rasai bahagia ini bersamanya... Semoga Allah akan kekalkan rasa kasih dan sayang ini antara kami, kerana sesungguhnya aku kini sudah mulai merasa takut untuk kehilangannya.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!