Monday, June 7, 2010

Hidup Seperti Khayalan ~


Dipermulaan langkah, ianya baik-baik saja...
Melangkah dengan penuh yakin dan tenang...
Langkah diatur dengan segala harapan yang tinggi..
Segala yang berlaku masih dalam kawalan...

Namun makin lama ku berjalan,
Makin goyah langkahku...
makin pudar sinaran destinasinya..
Mencari sinar yang seakan kelam..
Dalam gelap hitam tiada bersuluh...

Kadang terjatuh dan tercalar,
ku cuba bangun dan teruskan langkah,
Kadang ku tergelincir dan terbaring,
Namun ku gagahi untuk terus melangkah,
Kerana ku lihat jaraknya masih jauh...

Semakin hari ku melangkah dan melangkah,
Namun oleh kerana kesakitan dan kelukaan yang sering menimpa itu,
Aku sering juga kepenatan dan kelesuan...
Lalu tertidurku di tepian laluanku...
Hadirlah mimpi2 indah yang melegakan sedikit kesukaran hati ini...
Aku terus membiarkan mimpi2 ku itu menerokai alamku...
Aku gembira dan bahagia dengan mimpi2 yang kuciptakan....

Namun setelah tersedar dari mimpi itu,
Aku mula menangis...
Aku kesal dengan mimpi2 yang kucipta itu...
Ia telah merosakkan hidupku...
Ia mencalari dan makin menggelapkan laluanku...
Aku menangis tiada henti...
Bilakah bisa jalanku indah dan bahagia yang abadi.....


Nukilan Ilham: Nurya 2010

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!