Monday, August 16, 2010

Bila terasa susah~

Apabila melihat dunia ini aku terasa seakan takut pula....macam2 yang berlaku itu diluar pemikiranku. Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan. Allah menguji sesiapa sahaja yang dia mahu, dan aku bukanlah insan yang terkecuali. Allah mengaturkan dia itu akan jadi begitu dan begini. Aku tahu kadangkala bila kita berada di situasi yang sukar, otak kita akan terasa seperti ingin pecah untuk memikirkan penyelesaiannya. Kita akan jadi seolah hilang punca dan arah tuju. Bayangkan tatkala kita kehilangan arah dan berasa keputus-asaan, tiada sesiapa yang hadir menghulurkan tangan memimpin dan membantu. Bukankan terasa alangkah sukarnya hidup ini? Namun janganlah kita merasakan keputus-asaan, sbb Allah tidak akan membiarkan hambanya berada di dalam kesusahan jika selalu memohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!