Sunday, November 21, 2010

Tempoh pertunangan adalah tempoh yang mencabar ~

Salam...

Sebelum ni aku selalu dengar orang kata tempoh bertunang itu adalah tempoh yang sangat mencabar. Aku terfikir2 apa maksudnya tu, apa yang mencabar sangat tu... Mungkin cabaran maksiat kot, tak pun gangguan dari orang ketiga. Mungkin....

Ayah aku pulak pesan camni, dah tunang nnt jangan selalu keluar jumpe. Setakat berhubung tu takpe, tapi jangan berjumpa. Tunggu kahwin dulu baru lah nak gi honeymoon ke ape, lantaklah... Sebabnya dia tak bagi jumpa tu katanya dalam tempoh pertunangan ni lah banyak akan berlaku perselisihan faham yang membuatkan hubungan jadi goyah. 

Sekarang ni aku dah faham dah, memang betul kata2 ayah aku tu... Betul2 faham dah...

Dan aku juga pernah dengar orang kata, dalam perhubungan ni akan ada 3 peringkat yang akan kita lalui, peringkat pertama him akan selalu mengalah dengar her, kemudian her pulak terpaksa mengalah dengan him. Peringkat ketiga pulak him dan her masing2 tak mahu mengalah. Kalau dah lepas ketiga2 peringkat ni barulah hubungan akan berlangsung dengan bahagia insyallah... 

Itulah sahaja coretan ku untuk kali ini.... ( sabarlah wahai hati, sebab aku sekarang ni tengah melalui peringkat yang ke berapa entah, kompius... sebab aku yang tak pernah nak mengalah...huhu ).

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!