Monday, May 17, 2010

Kerja and everything....

Hari-hari kerja... Kerja hari-hari... kerja-kerja tiap hari...
Sedar tak sedar, hampir 80% kehidupan kita dihabiskan untuk bekerja. Walau nampak kerja tu tak berapa busy, tapi sebenarnya apa yang kita lihat tu tak semestinya seperti yang sebenarnya berlaku. dan aku?.....hmmmm.... masih macam ni jugak! bekerja tu memang bekerja. Tapi aku tak nampak lagi improvement yang berlaku dalam diri aku dan juga kerja aku... Hari hari yang berlalu terasa begitu hambar.... Semangat aku entah hilang ke mana.... Apa yang aku buat semuanya seperti memeningkan kepala. Apa je yang aku rancang dan aku buat selalu je akan berlaku masalah. Aku dah mati kutu! Sebenarnya terdetik juga kerisauan di hati sebelum postkan luahan hati kat blog ni, yerlah, kot2 bos aku baca ( mampos aku! ampun bossss )... Tapi, aku dah tak dapat nak fikir waras dah sekarang ni. Entah apa yang telah jadi pada diri aku ni....Hidup ni dah terasa tak ada apa yang menarik dah. Semuanya terasa pudar dan tawar. Menangis tak, gelak pun tak.... Gembira pun tak riang, sedih pun tak duka.... Semuanya biasa-biasa je... Buat itu tak best, buat ini tak menarik, buat yang macam ni dah biasa, buat yang macam itu ntah ape-ape.... hmmmm.... what happenned to me huh?

Ya Allah.... berat betul dugaan-Mu ya Allah.... Aku akui banyak benar dosa yang kulakukan... Ampunkan aku ya Allah.~

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!