Wednesday, March 3, 2010

Did I Have Better Focus?

Harini mesyuarat di SUK Shah Alam. Tatau kenapa tumpuanku tak sepenuhnya pada penyampaian tu, tp bukanlah pada semua penyampaian... ada maklumat yang agak menarik tu aku akan bagi tumpuan penuhlah.. Dalam kepala ni macam2 yang ku fikir...hmmm...entahlah..

For better focus, hp should be silent beb!


Haaa.. jgn fikir yang bukan2 pada lukisan di atas ye. Itu adalah lakaran kasarku bagi game yang di sampaikan oleh konsultan yang aku lupa namanya. Agak menarik objektif game ni, oh ye.. game ni dinamakan 'Egg Passing'.

Telur ni akan di pass kepada orang belakang dan orang terakhir yang dapat telur tu akan kata horrayyy... Kemudian telur itu akan di pass kembali ke hadapan.. Moral game ni adalah kerjasama kumpulan, dan synchronization dalam organisasi menjamin keseragaman dan kekemasan dalam pengurusan.


Kalau lihat di lakaran ku di atas ni ialah 3 gelas yang mewakili 3 jenis air. 1) Air mineral 2) Air kopi 3) Air teh susu. Bahan lain2 yang diperlukan untuk sesi ni; paket gula dan straw.


1) Air mineral: mewakili hati yang bersih. Gula pula ibarat dosa2 kecil yang kita lakukan. Gula itu dituangkan masuk ke dalam gelas air ini dapat dilihat objeknya. Itulah rupanya dosa2 kecil yang dilakukan oleh orang yang berhati bersih, dapat dilihat.


2) Air Kopi: mewakili hati yang sakit. apabila gula dimasukkan, gula kurang jelas dapat dilihat. maksudnya hati yang sakit tidak menyedari dosa2 yang dilakukan. Melakukan dosa itu adalah perkara biasa baginya dan dia tidak rasa bersalah melakukannya.


3) Air teh susu: air ini ibarat hati yang mati. Apabila melakukan dosa tidak rasa bersalah langsung. dan tidak pernah merasa teringin untuk beribadat dan mengamalkan kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!