Thursday, March 4, 2010

Adobe Tutorial ( Delete unNeeded object on photo )

Ok, kali ni mesti ada yang nak belajar macam mana cara untuk membuang atau menyembunyikan objek atau kotoran yang tidak diperlukan di dalam gambar. Berikut adalah sedikit tutorial mengenainya.

Gambar asal.

Di dalam gambar ni, saya tidak perlukan tuala tangan yang kelihatan agak mencacatkan keseluruhan gambar ini.

Click Clone Stamp Tool (S) di tab sebelah kiri seperti dalm gambar.

Click Clone Stamp Tool (S) + Alt dan apply di tempat kawasan yang ingin ditiru. Biasanya saya apply pada kawasan sekeliling tuala itu ( batu ).
Selepas di clone, anda click sahaja pada tuala itu, jadi objek batu itu akan ditiru di situ dan tiada lagi objek tuala yang kelihatan.

Inilah hasilnya, saya dah buang semua sekali termasuk tulisan menggunakan cat sembur di batu tersebut. Jadi gambar saya kelihatan natural dan bersihkan? Cubalah, senang je!

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!