Monday, March 8, 2010

Bibir Yang Cantik Untuk Kata-kata Yang Indah...

Bibir dan mulut ini adalah kurniaan Allah, Pencipta seluruh alam dan manusia...
Apa salah jika kata-kata yang dilontar daripadanya kata2 yang indah dan penuh hikmah. Bibir yang sempurna ini akan kelihatan lebih menarik apabila ianya hanya mengeluarkan kata2 yang baik dan berisi.
Bibirmu akan bertambah indah pabila.....
  • Jenaka yang keluar darinya menghiburkan dan mengurangkan tekanan.
  • Tuturnya membuatkan hati yang resah bertambah baik.
  • Sengketa mereka menjadi saudara.
  • Musuh menjadi sahabat.
  • Orang jahil menjadi celik..
  • Orang yang buntu mendapat cahaya..
Namun mengapa selalunya bibir ini mengakibatkan:
  • Musuh menjadi seteru.
  • Saudara menjadi berpecah-belah...
  • Kejayaan yang hampir ditempa hancur musnah sekelip mata.
  • Kata-kata yang keluar darinya menjatuhkan keyakinan, bukan memotivasikan.
  • Kata-katanya ibarat pedang yang menghiris lengan.
  • Tuturnya membuatkannya jauh dari masyarakat, lalu dibenci.
Nurya: Anda adalah apa yang anda lakukan!

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!