Sunday, March 28, 2010

LightRoom + Photoshop = Very Da marVellous by Nurya


Aftra...


Befra...


Kau Umpama Bunga Yang Mekar Di Hatiku.....
[ Ku Kan Sentiasa Ada tika Kau Memerlukanku....]


* nurya: Seronok bila boleh bermadah cinta ni wp kadang2 buat orang menyampah jugak...hehe.. Tp just do it as ur pleasure... It's ur life kan! U yang buat hidup u rasa seronok...


Saturday, March 27, 2010

Menghabiskan Sisa Stock Photos....

Gambar-gambar ni adalah gambar simpananku yang aku ambil di kg ku bulan lepas. So, skarang aku baru sempat upload dalam blog ni... Very da nice kan.... Pemandangan belakang umah nenek aku dikala mentari pagi baru menyinari...







CintaMu Mekar Di Hatiku ~ May



Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku

Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya


*nurya: Kuharap Cintamu Mekar Selama-lamanya, semekarnya cintaku padaMu...

Barang Baru Lebih Dihargai... Yang lama jangan Dilupa

Tadi aku bertolak dari Gombak ke Bangi, singgah jap di Jalan TAR Masjid Jamek.. macam biasalah kalau gaji dah masuk ni, otak aku akan ligatlah berputar untuk membeli apa yang aku perlukan.(kadang2 tak perlu pun ).. Tapi kalau takde duit pandai pulak otak aku ni duk diam... Sebenarnya niat aku untuk beli tudung, biasalah org pompuan ni tak pernah cukup dengan tudung yang dah ade, asyik nk beli baru je...termasuklah aku...ngeee... tapi bila dah masuk kat gerai2 tu nampaklah pulak beg2 yang cantik, lalu terfikir aku beg yg ku pakai sekarang ni yang dah agak lusuh... Lalu apa lagi, aku sambarlah 1... Aku pasti, beg pilihan aku ni memang menarik, unik punya...( bagi pendapat akulah )





Ego Itu Apa??????


Ego...biasa dengar istilah ni.. dan sefahamku ego ini bersifat dalaman..
Ada yang rendah ego, ada yang tinggi egonya...
Namun aku yakin orang yang ego tinggi ini orang yang rasa dirinya terbaik dan sering rasa takut dan tergugat...
Apa yang kufaham lagi, orang yang punya ego ini biasanya orang yang punya rupa yang cantik dan menawan.. selain itu dia punya kelebihan2 tertentu yang membuatkan dia rasa bangga dengannya. Dan aku faham juga bahawa ego ini dimiliki oleh orang yang sering takut untuk dipandang rendah dan diperlekehkan...

Tapi mengapa takut untuk dipandang rendah? ooohhh... semestinya perlu takut untuk itu..
Aku tak suka orang memandang rendah padaku...
Tapi sekarang bukan kerana takut dipandang rendah tapi aku taknak mengalah....
Kenapa degil sangatlah aku ni...
Nape taknak mengalah? Susah ke untuk kau lafazkan maaf? susah ke?
(aku dah mohon maaf ok...) tapi maaf aku yang tak diterima.... Knapa susah sangat nk maafkan aku? Knapa ego sangat kau ni? Macamlah besar sangat kesalahan aku tu.. Ataupun mungkin kerana kau sayang sangat kat aku sampai kau benar2 terkilan dengan kesalahan aku tu.... tapi kesalahan aku tu pun berpunca dari kau. Kau yang menyakitiku dengan gurauanmu yang agak sinis.... Biasanya aku takkan cepat terasa dengan gurauan melainkan gurauan itu memang sebenar2nya memang bertujuan untuk menyindir dan menyakitiku...

Aku tak betah berkeadaan begini.. aku buntu memikirkan kesudahan cerita ini.... Ya Allah... lembutkan hatinya memaafkan aku walaupun berat benar mulutku menegurnya dan berbicara mesra seperti selalu... tapi aku rindukan suasana itu...


Abstract Cinta ~ Penuh Syahdu.....

Cinta penuh dengan warna..
Pelbagai corak dan rupa...
Adakala indah, adakala derita.
Namun cinta tetap indah dan didamba..
Kerna itu cinta perlu pelbagai rupa dan situasi..


Cinta itu bukan itu sahaja....
Cinta tercipta bersama seribu perasaan..
Cinta itu adalah kesabaran, pengorbanan, kesetiaan, pengharapan...
Cinta juga penyerahan, pengikatan dan pengabdian..

Usah kau lafaz cinta jika tanpa hatimu...
Usah kau sebut cinta jika kau belum tahu apa itu cinta...
Jangan kau kata kau arif tentang cinta
Jika Kau tidak bersedia menghadapi kerenah cinta...

Cinta itu selalu berubah...
Menjadi baik dan jahat..
Kau berhak corak cinta itu..
Kerna kau yang ingin merasa bahagia dengan cinta itu..
Kau yang ingin tenang dengan cintamu itu..
Kau adalah apa yang kau corak...
Cinta menjadi seperti apa yang kau abstract kan....

*nurya: Sesekali bermadah cinta dikala malam hari menjelang pagi... irama lagu di radio menyucuk perasaan kesyahduan pada cintaku yang sedang diulit lena.


Friday, March 26, 2010

Saturday, March 20, 2010

Broadband..... broadband..

3, 4 hari ni problem btul dengan broadband ni. Nak upload gmbar masuk kat blog ni bukan main susah lagi... Ntah knapa! tak dapat aku nk share photo2 yang taken ni...huhhh!

Friday, March 19, 2010

Kisah Yang Sempurna

Hati terluka memang menyakitkan...
Terluka hatimu lebih menyakitkan daripada terluka jarimu..
Menyintai seseorang perlukan pengorbanan terlalu agung..
Menyintai seseorang pula tidak boleh dipaksa2...
Ia hadir sendiri tanpa sedar...

Menyedari cinta itu indah,
membuatkan hati takut untuk terluka lagi..
Biarlah selamanya bersama dan bertaut hati...
Agar hidup dapat dijalani dengan tenang dan bahagia..
Memiliki cinta terindah membuatkan hidup lebih berkualiti...
Membuatkan kerja jadi cemerlang..
Membuat wajahmu bersinar dan bercahaya...

ANdai kau miliki cinta yang membahagiakan,
peliharalah dan jagailah ia dengan sebaiknya..
Usah kau sakiti hati insan yang kau cintai itu...
Kerana kesakitannya itu akan terasa jua olehmu..
Kesedihan dia rasa, menyerap juga dalam rasamu...
Kerana dengan cinta itu nyawa dan jiwa bersatu..
Kau merasa apa yang dia rasa, dia menelan apa yang kau telan....
Berusahalah membahagiakan dia, kerana bahagianya adalh bahagiamu...

Kenangan Pahit Di Lem _ _ H _ z _ _ n, Hulu Langat Selangor

Assalamualaikum..

Semalam aku berkursus di ......., Hulu Langat. Sasaran peserta adalah dari kakitangan kerajaan sekitar Selangor. Pendaftaran bermula hari Rabu lepas 17 - 18 Mac 2010. Peserta dijangka seramai 90 orang tetapi yang hadir adalah 83 orang. Kira ok lah tu, walaupun sepatutnya 100 orang. Boleh diperbaiki lagi kelemahan tu.
Banyak perkara yang tidak memuaskan hati sepanjang berada di sana, terutamanya perkhidmatan dan kemudahan di penginapan. Entah apalah yang ada dalam kepala otak diorang sampai sanggup layan kami macam tu sekali.hmmm.... Memang aku teramat sangat kecewa.. Walaupun kursus yang dikendalikan kami agak memuaskan hati tapi kerana pengurusan resort yang agak mengecewakan menyebabkan mood peserta terganggu... Bos aku apa lagi, memang marah betul dengan pengurus tu... Nampak gaya yang 'ekk' tu, macam bagus sangat...huuuuhhh!! NYESAL BT KT SITU!

Tuesday, March 16, 2010

New Born 2

Hari-hari aku duk membilang rakan-rakan yang melahirkan baby sulung mereka. Tapi aku bila lagi? hmmm...sabarlah nak, akan tiba juga masa yang bahagia tu nanti..(pujuk hati sendiri)

Berita kelahiran baru seorang anak adam adalah berita yang paling bahagia, begitulah buat kedua ibu bapa kepada si bayi kepada Salma dan Asrul yang bernama Nur Irdhina Asrulnizam yang selamat dilahirkan pada 16 Mac 2010, jam 11:30 pagi dengan berat 2.7kg. Aku tumpang gembira dengan berita ni, nanti irdhina bolehlah main kejar2 ngan cik yah kat ofis...eeiii seronoknye..(itu pulak yg aku fikir)
Inilah ibu bapanya...hihi.. (skema ayat)

Thursday, March 11, 2010

Cabaran Besar

Selalu terhimpit dengan situasi dan desakan?
Memang dalam bidang kerja, aku selalu sahaja terhimpit. Bukan tidak cukup merancang, tetapi sistem yang mengekang membuatkan kerja tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Mungkin juga kerana kurangnya pengalaman yang ada membuatkan sikap proaktif itu belum dapat berfungsi dengan baik. Aku buntu dan kaku, entah kenapa perasaan itu berlaku walaupun sudah 3 tahun aku berkhidmat dalam bidang training ini.


Walaupun aku sukakan cabaran, namun kadangkala aku hampir tewas untuk melawan perasaan putus asa. Putus asa untuk memikirkan jalan penyelesaian dan menghadapi kerenah manusia. Tapi, nasib baik aku reset balik minded aku untuk tidak terus jatuh. Berkat bantuan dan dorongan rakan sepejabat dan bos, membuatkan kerunduman perasaan ini tak lama, sekejap je.


Aku yakin, setiap kesukaran dan halangan yang dilalui ni adalah sebagai pengalaman mematangkan fikiran. Walau apapun, i'll never give up!

Wednesday, March 10, 2010

New Born.....

Alhamdulillah... Kelahiranmu ke dunia ini dengan menggalas amanah Allah sebagai khalifah memakmurkan bumi. Semoga besarmu berjasa kepada ibu bapa, bangsa dan agamamu... Jadilah anak yang baik ye sayang.... ( nama masih belum diberi ) Lahir pada 8hb Mac 2010 di Hospital Kajang Selangor.




Inilah ibunya Norhasliza Alias, sahabat baikku semasa menuntut di SMU Darul Anwar, P. Melaka Kelantan. Semoga persahabatan akan terus berkekalan ye....

Mudah Terpesona...

Sesiapa yang seorang yang rajin membaca, boleh click di sini http://www.fitrahpower.com/informasi/terpesona-kepada-sesuatu untuk meneruskan bacaan tulisan saya tentang pesona yang seharusnya dimiliki oleh setiap insan. Pastinya anda puas hati dengan bacaan ini, dan boleh tinggalkan cadangan atau pandangan anda. Bubai!

Monday, March 8, 2010

Bibir Yang Cantik Untuk Kata-kata Yang Indah...

Bibir dan mulut ini adalah kurniaan Allah, Pencipta seluruh alam dan manusia...
Apa salah jika kata-kata yang dilontar daripadanya kata2 yang indah dan penuh hikmah. Bibir yang sempurna ini akan kelihatan lebih menarik apabila ianya hanya mengeluarkan kata2 yang baik dan berisi.
Bibirmu akan bertambah indah pabila.....
  • Jenaka yang keluar darinya menghiburkan dan mengurangkan tekanan.
  • Tuturnya membuatkan hati yang resah bertambah baik.
  • Sengketa mereka menjadi saudara.
  • Musuh menjadi sahabat.
  • Orang jahil menjadi celik..
  • Orang yang buntu mendapat cahaya..
Namun mengapa selalunya bibir ini mengakibatkan:
  • Musuh menjadi seteru.
  • Saudara menjadi berpecah-belah...
  • Kejayaan yang hampir ditempa hancur musnah sekelip mata.
  • Kata-kata yang keluar darinya menjatuhkan keyakinan, bukan memotivasikan.
  • Kata-katanya ibarat pedang yang menghiris lengan.
  • Tuturnya membuatkannya jauh dari masyarakat, lalu dibenci.
Nurya: Anda adalah apa yang anda lakukan!

Sunday, March 7, 2010

Sejiwa by SPRING ( Jiwang Karat )



Pada irama ku berpesan,
Lagu ini ditujukan padanya yang tersayang,
Kasihku kau pernah dipersia,
Lalu kubawa cintaku sebagai penawarnya,
Biar lukamu masih terasa...
Sesaat engkau tidak ku temu,
Bulan seakan pilu tiada dapat beradu,
Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan tiada ketepian,
Sebegitu cintaku padamu...

Usahlah cinta dibawa bersama,
Ditenggelami mentari di timur...
Gelap gelita tiada bercahaya,
Ku tiada berdaya...

Ku ingin selalu di sampingmu...
Tiap waktu siang melambai malam.
Bagaikan senja denyutan cinta kita,
Penyambung hadirnya...

Akan kubina istana bahagia,
Menjadi lambang kasih berpanjangan,
Hentikan airmata pedih kenangan.
Yang mencakar perasaan..

Mekarlah bunga cinta seharum wangi kemboja,
Mekarlah bunga cinta di taman kita sejiwa...

Warna-warni Hidupku...

Warna warni kehidupan... Hidup ini penuh dengan pelbagai warna. ada putih ada hitam, ada merah... Terpulang kepada kita untuk meletakkan simbol warna pada cerita dan kisah yang dilalui. Sepertinya meletakkan warna merah jambu sebagai simbol cinta yang berbunga2, hijau tanda cemburu dan bermacam2 lagi... Itu adalah hanya teori dan tak ramai yang boleh menerimanya. Tapi bagi aku, aku percaya dengan teori ini, ianya ada kaitan dengan aura manusia. Tak pelik kalau aku suka warna pink sekarang, sbb aku seolah dilamun cinta dengan kehidupanku sekarang ini... Hidup yang lebih tenang dan menggembirakan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah..

Thursday, March 4, 2010

Nurya Through Roses....

Adobe Tutorial ( Delete unNeeded object on photo )

Ok, kali ni mesti ada yang nak belajar macam mana cara untuk membuang atau menyembunyikan objek atau kotoran yang tidak diperlukan di dalam gambar. Berikut adalah sedikit tutorial mengenainya.

Gambar asal.

Di dalam gambar ni, saya tidak perlukan tuala tangan yang kelihatan agak mencacatkan keseluruhan gambar ini.

Click Clone Stamp Tool (S) di tab sebelah kiri seperti dalm gambar.

Click Clone Stamp Tool (S) + Alt dan apply di tempat kawasan yang ingin ditiru. Biasanya saya apply pada kawasan sekeliling tuala itu ( batu ).
Selepas di clone, anda click sahaja pada tuala itu, jadi objek batu itu akan ditiru di situ dan tiada lagi objek tuala yang kelihatan.

Inilah hasilnya, saya dah buang semua sekali termasuk tulisan menggunakan cat sembur di batu tersebut. Jadi gambar saya kelihatan natural dan bersihkan? Cubalah, senang je!

Wednesday, March 3, 2010

Did I Have Better Focus?

Harini mesyuarat di SUK Shah Alam. Tatau kenapa tumpuanku tak sepenuhnya pada penyampaian tu, tp bukanlah pada semua penyampaian... ada maklumat yang agak menarik tu aku akan bagi tumpuan penuhlah.. Dalam kepala ni macam2 yang ku fikir...hmmm...entahlah..

For better focus, hp should be silent beb!


Haaa.. jgn fikir yang bukan2 pada lukisan di atas ye. Itu adalah lakaran kasarku bagi game yang di sampaikan oleh konsultan yang aku lupa namanya. Agak menarik objektif game ni, oh ye.. game ni dinamakan 'Egg Passing'.

Telur ni akan di pass kepada orang belakang dan orang terakhir yang dapat telur tu akan kata horrayyy... Kemudian telur itu akan di pass kembali ke hadapan.. Moral game ni adalah kerjasama kumpulan, dan synchronization dalam organisasi menjamin keseragaman dan kekemasan dalam pengurusan.


Kalau lihat di lakaran ku di atas ni ialah 3 gelas yang mewakili 3 jenis air. 1) Air mineral 2) Air kopi 3) Air teh susu. Bahan lain2 yang diperlukan untuk sesi ni; paket gula dan straw.


1) Air mineral: mewakili hati yang bersih. Gula pula ibarat dosa2 kecil yang kita lakukan. Gula itu dituangkan masuk ke dalam gelas air ini dapat dilihat objeknya. Itulah rupanya dosa2 kecil yang dilakukan oleh orang yang berhati bersih, dapat dilihat.


2) Air Kopi: mewakili hati yang sakit. apabila gula dimasukkan, gula kurang jelas dapat dilihat. maksudnya hati yang sakit tidak menyedari dosa2 yang dilakukan. Melakukan dosa itu adalah perkara biasa baginya dan dia tidak rasa bersalah melakukannya.


3) Air teh susu: air ini ibarat hati yang mati. Apabila melakukan dosa tidak rasa bersalah langsung. dan tidak pernah merasa teringin untuk beribadat dan mengamalkan kebaikan.