Thursday, February 11, 2010

Aktiviti petang Khamis..... by nurya..tweet2..

Memandangkan cuaca sekarang ni sekejap hujan, sekejap panas, so keretaku pun cepatlah kotor lagipun sebab kaler putih, mudah sangatlah nampak kotoran tu... Bagiku kereta adalah aset paling berharga selain laptopku tercayang.. Jadi, bila kereta kotor dan bersepah ni hatiku pun turut berserabut juga. Tak tenang rasa berada dalam kereta yang tak kemas dan berkarat jer. Tapi bukanlah menjadi rutin bagiku untuk hantar kat carwash every week, tengok keadaan jugaklah. Kalau dah kotor sangat dan mataku pun turut sakit memandangnya barulah akan ku hantar cuci..
Tempat biasa aku hantar cuci ialah di car wash area rumahku, seksyen 4. Boleh tahanlah dia punya servis, puas hati. Dia punya bersih tu sampai berkilat-kilat dan boleh sampai sebulan gaklah. Memang aku puas hati, sebab biasa pergi cuci tempat lain tapi tak sampai 3 hari dah kotor balik. Mungkin kat sini guna pencuci yang berkualiti dan mungkin juga penggunaan kain pengelap dia tu yang serap air dan kotoran menyebabkan bersih dia tu tahan lama.




Sambil-sambil tunggu kereta dicuci, ku punya aktiviti biasa ( feveret ) ialah taking photo ler.. Dahlah panas giler tempat menunggu dia takde bumbung. Just ade kerusi je untuk duduk. Air-air pun tak disediakan...hik3...( banyak cantik muke aku ).


Agak-agak bila lah aku akan dapat memiliki kamera photographer sendiri ni... Asyik duk tengok kamera orang jep, pastu asyik duk amik gambar dengan hp jer.. Teringin sangat nak ada kamera sendiri. Insyallah, kalau ada rezeki aku akan milikinya juga...
My last... ini pula merupakan perfume kegemaranku, Gucci Envy. Rasa bertenaga je bila setiap hari diiringi bauannya... dan beg floral tu pulak adalah gift dari my best fren; watie... nice sangat kan! daa....
nurya: selalu je punyai kehendak dan keinginan, tapi bagus ke andai ku telah memiliki semuanya?hmmm

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!