Monday, February 22, 2010

Kehidupan Tidak Seperti Yang Kita Minta....

Hidup...
Terlalu banyak yang tidak diduga dan dijangka. Soal takdir, jodoh, kerjaya, keluarga dan apa2 yang ada disekeliling... Semua yang berlaku bukan mudah untuk kita atur dan kita paksa untuk menjadi itu dan ini seperti yang kita mahu. Semua berlaku dengan penuh keajaiban yang kadang tidak terjangkau dek akal mengapa ia menjadi begitu dan begini. Namun keadaan yang berlaku ini adakalanya kita dapat melihat kembali setelah beberapa lama ia berlalu. Setelah itu barulah tersedar, ooohhh.... begitu puncanya, begitu sebabnya, begitu yang sebenarnya.

Kalau kita renungkan kembali terlalu banyak perkara di dunia ini yang kita lalui dan lakukan itu banyak yang sia-sia. Kehidupan ini ibarat hanya tempat untuk bermain dan bersuka ria. Berhibur ke sana, berhibur ke sini, kononnya mencari kebahagiaan dan kepuasan diri katanya. Membeli itu, membeli ini kononnya apa guna duit gaji yang kuperoleh dari hasil titik peluhku kalau tidak digunakan untuk memenuhi keinginanku ini.

Kalau kita renungkan kembali sikap dan tindak tanduk, tingkah laku kita pada insan sekeliling kita. Apa dan berapa banyak sumbangan kita pada insan2 yang kita sayang ni? Adakah mereka bahagia dengan kita? adakah mereka merasai kewujudan dan kepentingan kita kepada mereka? Ibu, ayah? berapa banyak sumbangan yang kita berikan kepada mereka sebagai seorang anak? Berapa banyak perasaan kebergantungan mereka kepada kita? atau kita ini tidak langsung memberikan apa2 makna kepada mereka?

Kalau kita terungkan sejenak persoalan tentang jodoh pula. Adakah anda pernah melalui rasa sakitnya akibat kekecewaan pada cinta yang terputus di tengah jalan? Saya pasti, memang ramai antara kita yang pernah merasainya... Betapa sakitnya rasa itu... Sakit yang tidak mungkin dapat dihuraikan dengan kata2. Amat senang untuk mendengar dan menasihati mereka yang putus cinta, tapi kebenarannya ialah hanya mereka sahajalah yang boleh mengubatnya sendiri. Sedar tak sedar, setelah masa berlalu lalu bertemu pengganti dan insan itu lebih baik barulah kita tersedar bahawa inilah hikmahnya Allah memutuskan ikatan dengan insan lalu kerana ingin menemukan dengan insan yang baik.... Insan ini lebih baik daripada yang lalu. Lalu hati yang lalu hancur, kini kembali berbunga.

Rupanya banyak perkara dan asbab yang selalunya menjanjikan terbaik kepada kita, tanpa sedar kita seolah meragui kekuasaan Allah atas apa yang telah ditakdirkan. Beringatlah tatkala musibah melanda, jangan terlalu cepat syakwasangka kepada Allah dan berputus asa atas ujian...kerana pastinya ada sinar yang menanti di sana jika ada kesabaran dan kekentalan yang menjadi tunjang diri....


* nurya: Selalulah bersyukur dengan apa yang ada..

Saturday, February 20, 2010

Climbing Broga Hill, Semenyih by Nurya

Mendaki bukit di Broga, Semenyih memang menakjubkan.. kepenatan berbaloi apabila berada di atas sana dapat melihat ke sekeliling iaitu pemandangan yang sangat indah. Tidak rugi rasanya bangun awal2 pagi harini setelah dapat melihat pemandangan yang indah ini.Subhanallah.. Bersama Sharah, Hadi dan Razlan mendaki bukit ini menjadi satu kenangan yang tak mungkin dilupakan! Ada siapa2 nak ikut?


















Thursday, February 18, 2010

Adobe Tutorial [ Adding Photo in One Layout ]

Hai!.... Kali ini buat anda yang ingin belajar adobe tutorial seterusnya, ikutilah ye...
first step, pilih 2 gambar kegemaran. Saya pilih sunflower n love wallpaper. Guna Rectangular Marquee Tool (M) seperti yang ditunjuk anak panah. Select seluruh gambar dgn menggunakan tool ini.


Selepas gambar di select, gunakan Move Tool untuk alihkan gambar flower itu ke layer Love wallpaper. Grab gambar sunflower itu ke Love wallpaper. Ini adalah kaedah adding layer.


Sekarang, Flower sudah berada di Love. Boleh adjust samada mahu dikecilkan atau besarkan. Di wallpaper Love akan mempunyai 2 layer seperti di bawah.


Sekarang gunakan Rectangular Marquee Tool (M) untuk select layer Love untuk di copy. Selepas select area yang dipilih Click Ctrl+J untuk copy. Kaedah ini adalah untuk copy layer backgroud (Love). untuk pengetahuan anda, layer background adalah limited untuk ditukar / edit. Jadi saya copy menggunakan Ctrl+J untuk menduplicate gamabr yg sama dengan background dan memudahkan saya memperbesarkan lagi saiz gambar tersebut.

Gunakan Move Tool untuk memperbesarkan layer Sunflower.( pastikan setiap kali anda ingin edit layer tertentu, anda click dahulu di bahagian layer tersebut seperti di sebelah kiri)

Saya besarkan gambar Sunflower.

Guna Polygonal Lasso Tool ( L ) untuk select area yang tidak mahu digunakan ( unneed area ) seperti gambar di atas. Selepas seluruh area itu di select, tekan tab delete di tab keybord anda. Jadi area itu akan hilang, yang tinggal hanyalah sunflower itu semata-mata.

Inilah hasilnya... boleh cuba nanti ye! Selamat Mencuba...

Wednesday, February 17, 2010

Various Effect

Last night hang out dgn sis, di Jalan TAR KL....






Dah lama cuba nak buat effect ni.... last2 jadi jugak.

Tuesday, February 16, 2010

Monday, February 15, 2010

Sunday, February 14, 2010

Adobe Photoshop Lightroom


Aku baru mencuba Adobe Photoshop Lightroom yang baruku download dari satu laman web. So far, banyak yang belum explore habis lagi penggunaan adobe ni sebab belum ada masa yang banyak. So, ni saja gambar hasil experimentku dari belajar secara online di banyak laman web yang menyediakan tutorial Lightroom ni... Bagi pandanganku, Lightroom ni is quite complicated skit kaedah penggunaan dia berbanding dengan Adobe Photoshop, tapi kesan editting pada gambar dia agak halus dan smooth jer. I like it!

Atas: Selepas di edit menggunakan Lightroom

Bawah: Sebelum diedit.

Saturday, February 13, 2010

Kuning | Pink | Biru...





Itulah color pilihan kitorang kali ni... Lepas maghrib tadi kitorang 3 beradik keluar ke pasar malam Jalan TAR, KL. Jalan punya jalan, tetibe hujan. Berlari dan berteduhlah kat depan MYDIN. Adik aku punya idea beli baju hujan, harga RM 1.50 jep. Nak beli payung mahal sgt, lagipun dah ada payung kat kete. Cantik punye control, jalan pun orang bagi perhatianlah sebab warna warni.. haak3.. aku punya gelak besarlah sbb kelakar giler pakai menda tu, ( first experince ) lagi pulak masa tu dah tak hujan sangat. Dah berhenti pun....kehkeh...

Gajah Ke Panda ni?

Gajah kahwin dengan panda ke ni? Boleh ke panda kahwin dengan gajah? takkan panda nak kat gajah kot? Gajah pulak takkan lah selera dengan panda yang garang tu? iiiissssshhhh...

haha.... itulah soalan2 dalam minda aku bila pertama kali tengok rupa gajah-gajah ni. Sebenarnya, badan2 gajah ni telah dicat kepada rupa bentuk panda untuk menarik perhatian pengunjung2 persembahan ni. Persembahan ni dekat Royal Elephant Kraal, Bangkok Thailand pada 26 Jun 2009.

Comel pulak gajah2 ni bila dah berupa bentuk panda.

"Gembiranye korang semua ye?...aku pijak korang semua baru tau" kata gajah dalam hati...

" ibu... penatlah.." anak gajah..
ibu jawab " sabarlah nyahhh.... Dah nasib kita"

kecil..... Kecik..... BesaQ...

"Dulu2 mak pernah bercita2 nak jadi artis terkenal... akhirnya tercapai jugak impian mak...iskk3" Ibu gajah.
Anak gajah: " errmm.... perasanlah mak aku ni, baru jer tukar jadi panda, fikir diri dah glamer"
( Gajah ni buat2 gembira.... layankan jerlah )


" korang suke lah ye aku jadi panda?"
" nanti aku sumpah korang semua jadi katak baru padan muke korang"....


" Abg Long, adakah selamanya kita akan kekal berupa panda ni? " achik tanya.
Abg. Long jawab: " entahlah labu.... " ( dah terlalu pasrah )




nurya: sekali tengok kesian jugak si gajah2 ni.. hilang identiti gajah diorang. Seperti juga manusia kalau dipaksa menjadi orang lain, mesti memberontak punya lah...
email from sally...thanks sally..mmuahh....