Friday, December 31, 2010

About Wedding ~ Nurya & My Lovely Man..

Banyak blog yang membicarakan tentang persiapan perkahwinan dan juga cheklist diorang menjelang hari perkahwinan.. Aku suka baca diorang2 ni punye blog... Lagi2 yang sangat kreatif untuk Do It Yourself ( DIY) barang2 dan kelengkapan diorang ni, memang aku respect lah dengan hasil kerja seni diorang tu... Contohnya satu blog yang aku selalu follow ni Love Is Sayang yang hampir separuh daripada kelengkapan perkahwinannya dia buat sendiri! Aku bagi 5 bintang wey..huhu... Tapi aku tak dapatlah nak buat sendiri sebab kekangan masa dan tugas yang tak tertanggung banyaknya.., Tapi untuk perkahwian aku nanti segala hiasan barang2 hantaran aku mau buat sendiri termasuk juga doorgift, itu semestinya. Yang lain, tempah saje...Yeaayyy!



Thursday, December 30, 2010

Perlawanan Bola, Piala AFF Suzuki, Malaysia vs Indonesia, Dataran Merdeka

Ribuan penonton membanjiri dataran Merdeka. Bukannya tak best tengok bola kat rumah, tapi bila tgk ramai, di tempat terbuka ni lagi meriah dan hangat tau.

Hai kak, masam je muka. Jangan ingat orang DBKL tak tgk bola tau.


Ek eleh, semangat pulak dia..haha

Dah tak pelik bila sekarang ni ramai perempuan yang gila bola, ni contoh teredekat.

Bunga api ni dibakar selepas sahaja pengumuman kemenangan Malaysia yang menewaskan Indonesia 4-2 bagi piala ini. P/S: buat indonesia, jangan sedih ye, adat pertandingan semua ni. ( Lain kali jangan cakap besar ye, dan jangan nak cari pasal ngn MSIA, sedor lah diri sikit yang rakyat awak tu ramai yang mencari rejeki di sini...)

Hai abang, camane kami nak beli ni kalau duk tinggi sangat..





First time dapat buat bokeh, huhu teruja gile makkkkk...

Haaa.. kasut nike ni bukan milik aku ye. Yang ni beli kat down town danau kota.

Tuesday, December 28, 2010

Jalan-jalan: Times Square, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur

Hai..hoi...
di sini aku hidangkan gambar2 yang telah ku snap sekitar Times Square sempena sambutan krismas di hari minggu.. Orang? memang takyah cakap lah tipah oiii.... memang bersusun lah.. berpeluh2 aku cari parking kat bawah dowh... Banyak betul pertembungan di hari minggu kali ni ( sebab tu ramai orang );  hari krismas, cuti sekolah, orang dapat gaji dan juga YES dah nak abih...

Yang ini adalah lunch aku di McD Bangi.. Nampak meriah dan melazatkan kaannn....
Aku suka kemeriahan dan melihat gelagat manusia di tengah2 bandar KL
Sweet kan?
Merah punye...
Aku terfikir satu idea bile melihat kerusi ni....haaaa, ape dia ek?
Mek ni mencuba neck shawl... hmmmm.... not really nice!
Haaa...this one is really suit to u n very colorfull...
Kalau orang kelantan panggil mende ni jokong... tapi orang kalalumpur panggil batu bata..
Erk, terbalik pulak! No hal lah kan.... bukan dapat markah pun kan...

Makan-makan: Kedai Air Buah Gelas Besar, Jalan Datuk Keramat KL

Tadaaaaa.... Haaaa.... dah lama rasanya tak pekena air buah yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran aku. Lantaran kesibukan, aku jadi jarang untuk dapat singgah ke kedai air buah paling best ni... Rasa buahnya meriah dolll.... Paling best dan menjadi regular order aku ialah air buah durian belanda.... 
Lokasinye tak jauh, sekitar KL. dekat je dengan stesen LRT Datok Keramat. 

Aku jugak pernah cuba minum air buah di Gelas Besar, Trengganu tapi takleh lawan yang ni lahhhh.... (sory ore ganu deh) memang pure punye rasa buah... boleh cube ye..






Saturday, December 25, 2010

Kursus Photographer bersama Saiful Nang on 24 Disember 2010

Tadaaaa..... gambar kenangan bersama orang yang paling aku admire.... Tuan Saiful Nang...

Posting & Posing Perasan

Muke sembab2 pun mau posing juga..
Walaupun mengantok, tapi aku tetap gagahkan diri di pagi Jumaat ni untuk berjumpa Tuan SN
Alright, I am ready to go.....
Nurya said: Semua orang tidak dapat lari daripada ada perasaan perasan, dan ramai orang yang tak perasan yang dia perasan. Perasaan perasan itu tidak salah, tetapi ianya menjadi salah apabila dia perasan tidak kena tempat dan terlebih perasan... Perasaan perasan itu layak untuk ada dalam diri seseorang kerana ia diterjemahkan sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan keyakinan diri... 

Wednesday, December 15, 2010

Fesyen terbaru tudung Yuna...

Yuna sangat update dengan fesyen yang dikenakannya... dan dia seorang yang sangat berani bergaya, tetapi masih dalam fesyen yang sopan dan tertutup... I like it..

Very da unique lah... credit to Mysaa for these photos..

Anyway, aku teruja melihat penampilan baru Yuna ni, di sebelah kanannya itu Hana Tajima

yang empunya web stylecovered merupakan jururunding imej Yuna.. Aku memang seriously minat dengan imej Yuna sekarang ni, nampak lebih matang dan elegan sangat.. Keep it up Yuna..




Baby's Photography: Auliya episodes..

"Uihh... cuaca panaslah, silau makk"
"Ermmm... my feveret sunglass"
"Haaaa,,,, baru selesa, tak berkerut muke mak tahan panas"

Baby's Photographer ~ My Hobby

Alya dengan keletahnya yang suka menarik perhatian orang..

Amma....  nak uyun... ( mama, nak turun )

Si gadis cilik yang comel turut gembira bermain bersama,...
"macam mana alya nak gelongsor ni, kesatlah lantai ni"

Saya pun nak main juga..

Buai laju-laju...