Monday, July 27, 2009

Kem Remaja SPIES siri 5 di Excel Training Resorts,Lenggeng Negeri Sembilan.




Assalamualaikum wbt...
2 hari berada di Excel Training Resorts, Lenggeng Negeri Sembilan untuk menguruskan Kem Remaja SPIES siri kelima bagi DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan. Peserta yang hadir seramai 138 orang menggegarkan kem, sudah semestinya menjadi 1 cabaran yang sangat hebat kepada kami fasilitator yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Fasilitator yang hebat dan berpengalaman memudahkan lagi pengurusan peserta daripada segi disiplin dan pengawalan masa.

Jangkaan sebenar peserta adalah seramai 100 orang, namun kerana sambutan yang hebat terhadap program ini, maka kehadiran seramai ini agak membebankan aku yang selaku pengurus SPIES untuk mengurus dan meng'ejas' kembali keperluan dan peralatan peserta yang hanya disediakan untuk 100 orang. Perasaan aku saat pertama kali mendapat tahu jumlah keseluruhan peserta itu memang mengejutkan, dan tiba-tiba juga otak aku seakan berhenti untuk berfungsi. Namun aku gagahkan juga ia untuk bertugas memikirkan apakah tindakan selanjutnya untuk aku lakukan bagi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar. Semasa itu aku berada di dalam kereta selepas menempatkan wakil fasi di dalam setiap bas, lalu aku membelok ke pejabat, mengambil bahan-bahan tambahan dan fotostet borang-borang yang perlu.

Fasilitator seperti Helmi, Yusoff, Hanafiah, Hadi, Sidqi, Sarah dan Hanan benar-benar banyak membantu menjayakan program ini. Terima kasih kepada kamu semua, semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang. Aku di sini hanya untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan selagi aku masih berkhidmat di Fitrah Power ini. Semoga apa yang aku lakukan ini akan memberatkan lagi timbangan pahalaku di akhirat nanti, insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!