Wednesday, July 22, 2009

Kelahiranmu Membahagiakan Ibu dan Ayahmu.....

Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada sepasang suami dan isteri benar-benar dinantikan dan ditunggu-tunggu... Kelahiran yang bakal menyemarakkan lagi cinta dan mawaddah yang melingkari perasaan dan ketenangan dalam perkahwinan yang telah terikat dengan satu lafaz dan kalimah yang menyatukan hati dua insan..

Lahirmu menjengah dunia yang penuh dengan pelbagai warna ini dengan semangat dan harapan yang menggunung daripada insan yang telah melahirkanmu supaya suatu masa kelak kau akan mampu menjadi khalifah yang mentadbir alam ini dengan segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah... Insyallah...

Dengan lahirnya insan kecil yang telah diberi nama Nur Imanina binti Mohd. Nasrul Hadi ini, yang telah menlengkapkan sebahagian daripada hidup pasangan Mohd Nasrul Hadi dan Siti Khadijah binti Lee, maka di sini ingin aku melahirkan kegembiraan dan melafazkan tahniah buat kedua sahabat baik aku ini.... Semoga kalian tidak mensia-siakan amanat dan tanggungjawab yang telah dipikulkan ke bahumu itu...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!