Monday, October 19, 2009

Mengimbau Kenangan Lame Dulu...

Assalamualaikum...

Posting aku hari ni adalah berkenaan dengan kenangan lame dulu... Zaman kanak-kanak ku yang terlalu aktif dan buas..(Hehe)...
Tahun 1993, Juara Lumba Lari Berkumpulan Rumah Kuning, Sek. Ren. Keb. Gombak 2 Selangor.
*Nurya: Setiap kali sukan sekolah aku akan membawa balik berbondong-bondong piala, tapi mak ayah aku tak pernah datang untuk tengok aku dan adik-adik bertanding dalam sukan ni.. Aku tak kisah pon sebenarnya, yang penting aku boleh bawak balik piala yang banyak..

Gambar kenangan ni bersama family tersayang... Tapi aku tak pasti masa ni aku umur berapa.. Mungkin 5 tahun kot. Kisahnya masa ni adik aku yang laki ni ( amer ), dia yang sepatutnya duduk atas riba abah. Tapi bila dah nak ambik gambar tu, dia yang duk kat riba abah terus nangis dengan kuat sbb taknak duk kat situ.. Last-last kena tukar ngan aku, aku jugak yang kena.... Biasalah, kalau ayah garang ni memang lah anak-anak kecil yang macam kami ni takut nak duk dekat apatah lagi kalau kena duk atas riba. Tapi sekarang ni abah tak garang dah, tapi aku pulak yang ambil alih sikap abah tu..hahaha....

Ops! nampak aurat lah.. Tapi ni aku belom baligh lagi... Kira boleh lah ek...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!