Friday, October 30, 2009

Kelantanese Foods That I Love The Most...


Entah kenapa aku benar-benar merindui Kelantan, terutamanya masakan-masakannya yang membuatkan lidahku kecur... Teringin benar ku menikmatinya lagi... Buat you all yang lidah Kelantan pastinya merindui keenakan dan kemanisan makanan sama macam yang aku rasa ni, so boleh lah kita menjamu mata bersama-sama.


Pulut Sotong...

Tepung Pasong

Apam ( Aku suke sangat Kuih ni )



Nasi Kerabu


CeK Mek Molek

Tepung Boko ( Aku selalu beli di Pekan Jelawat, Kuih ni biasa dibungkus dalam daun pisang )


Puteri Mandi


Memang tak boleh lawan lah, pisang rebus ni memang really my favorite tau. Tapi jarang boleh dapat pisang rebus ni, melainkan nenek aku sendiri yang rebus pisang ni.. Setakat 3 biji sekali makan tu tak de rasa apa sangat....


Lompat Tikam

How Exercise Makes Your Health Great..







Thursday, October 29, 2009

Santai di Saba' Restaurant Cyberjaya

Barbican Strawberry Flavour.

Seronok boleh merasa kembali makanan Timur Tengah.

Lamb Kabsah


Shish Tawouk

UJIAN PERSONALITI

ARAHAN!
UNTUK KEBERKESANAN UJIAN, ANDA PERLU JAWAB SOALAN DULU BARU TENGOK JAWAPAN.

Test 1: Uji Keinginan Anda yang Tersembunyi
Soalan: Sebenarnya rambut, gaya rambut dan juga warna rambut anda juga mewakili perasaan yang tertentu? Marilah tukar rambut anda!! Dalam 4 warna di bawah ini, mana satukah yang menjadi pilihan anda?
A. Merah
B. Emas
C. Biru
D. Hijau

Jawapan:
A. Anda tidak akan memikirkan perkara lain selain KEBeBASAN. Anda sangat menitikberatkan perjalanan hidup anda. Jadi, mustahil anda akan dikongkong oleh seseorang atau sesuatu perkara.
B. Anda suka sesuatu yang mencabar kerana anda tidak ingin hidup anda tawar?. Anda bukan sahaja inginkan kepuasan dari segi kebendaan malah juga inginkan kepuasan dari segi mental atau rohani.
C. Anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu, anda selalu riang dan gembira. Tetapi mustahil anda tiada keinginan, Cuma apa yang anda inginkan tidaklah begitu banyak.
D. Anda adalah seorang yang manja. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda. Anda suka disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda ingin diri anda menjadi tumpuan ramai.


Test 2: Uji sejauh mana anda berasa segan dengan si dia
Soalan: Pada suatu hari anda telah disahkan menghidap penyakit pelik dan dikehendaki menerima rawatan di hospital. Rawatan yang mana satukah anda berasa sangat sengsara?
1. 7 hari tidak dibenarkan makan
2. Masukkan salur ke dalam perut
3. Disuntik sebanyak 30 suntikan
4. Rambut dan bulu roma dicukur

Jawapan;
1. Tahap Keseganan 45%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang tidak suka dipaksa. Tidak perlu buat lawak untuk mengambil hatinya. Tetapi apabila muncul pihak ketiga, maka dia akan membuat sedikit perubahan seperti memberi hadiah atau kata-kata manis
2. Tahap Keseganan 20%
Orang yang memilih jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama. Jadi, dia tidak kisah untuk buat apa saja untuk membuat si dia gembira. Dia berharap dengan cara ini maka dapat menyampaikan isi hatinya pada si dia.
3. Tahap Keseganan 1%
Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam cinta. Dia mementingkan keseronokan saja. Tak perlu ada segan dengan si dia. Tapi pastikan si dia tidak mempunyai masalah lemah jantung supaya si dia tidak terkejut dengan apa yang dibuatnya.
4. Tahap Keseganan 80%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang sangat muka nipis. Dia lebih mementingkan maruah diri. Walaupun terdapat salah anggap atau si dia tidak memahami, dia pun takkan membuat sebarang penjelasan.


Test 3: Uji Aspek Keutamaan Ketika Bercinta.
Kadang kala kita akan menghadapi keraguan untuk memilih cinta, buku atau pekerjaan. Sebenarnya apabila difikirkan dengan teliti, kesemua perkara dapat dijalankan dengan sistematik. Tapi, apabila anda tidak menahan kerinduan pada kekasih, maka anda akan tahu apa itu kesengsaraan bercinta. Marilah kita melihat keadaan anda apabila bercinta!

Soalan: Esok ada peperiksaan, tetapi rancangan TV sedang menyiarkan filem yang anda ingin tonton. Apakah yang akan anda lakukan?
1. Menonton TV
2. Merakan filem itu.
3. Sambil menonton dan sambil mengulangkaji
4. Mengulangkaji


Jawapan:
1. Kategori Cinta Diutamakan.
Anda adalah seorang yang akan memberi keutamaan kepada cinta berbanding dengan aspek lain. Walaupun anda sibuk dengan kerja anda atau kena mengulangkaji, asalkan terfikir ingin berjumpa si dia, maka anda akan mengetepikan semua perkara yang anda sedang buat lalu pergi mencari si dia. Tapi ingat, kena memikirkan pendiriannya juga.
2. Kategori Mempunyai Perancangan
Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja atau membaca buku dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun. Anda adalah calon suami atau isteri yang bestari. Tapi pada pandangan sesetengah orang pula, anda adalah seorang yang dingin dan ?alim?.
3. Kategori Beremosi
Anda tetap tidak dapat mengulangkaji pelajaran? Orang dikategori ini ingin menjaga kesemua aspek serentak. Oleh itu, pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat!
4. Kategori Kerja atau Membaca Buku Diutamakan
Pada pendapat anda, percintaan berada di tempat kedua. Walaupun sudah berkahwin, anda tetap menganggap pekerjaan adalah penting. Orang kategori ini akan berkerja keras untuk pekerjaan atau persekolahannya. Dia juga seorang yang berdikari dan sangat tegas.


Test 4: Uji Penarik Minat AndaIni adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana.
Soalan: Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih?
A. Arnab
B. Kambing
C. Rusa
D. Kuda


Jawapan:
A. Arnab: Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah
B. Kambing: Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain
C. Rusa: Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun
D. Kuda: Seorang yang inginkan hidup bebas

Test 5: Adakah anda seorang yang berniat jahat? Berapa orang yang suka berkawan dengan orang yang mempunyai niat jahat? Jom pergi ke hutan rimba untuk mencari jawapan!

Soalan: Cuaca cerah amat sesuai untuk mengadakan aktiviti luar rumah. Bayangkan anda dan kawan anda bersiar-siar di dalam hutan rimba. Tiba-tiba anda semua mendapati sebuah bangunan yang tersembunyi. Melalui ilusi anda, apakah bangunan itu?
A. Rumah kayu
B. Rumah Banglo
C. Istana
D. Kota Istana


Jawapan:
A. Orang yang pilih Rumah Kayu
Anda adalah seorang yang penyabar. Anda boleh bersabar dengan banyak perkara atau perkara yang orang lain tak boleh bersabar. Anda mengharapkan keamanan dan kedamaian dalam semua aspek. Oleh itu, anda adalah seorang yang amat sempurna!
B. Orang yang pilih Rumah Banglo
Anda seorang yang tidak mempunyai cita-cita atau impian. Boleh dikatakan anda tidak mempunyai sebarang niat. Walaupun prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, namun anda berkelakuan biasa saja. Anda tiada sebarang masalah kerana mengekalkan hati yang tenang.
C. Orang yang pilih Istana
Anda adalah seorang yang amat prihatin dan teliti. Anda dapat melaksanakan tugas atau perkara dengan memuaskan. Walaupun bukannya pakar, namun anda dapat menguruskan perhubungan sesama manusia.
D. Orang yang pilih Kota Istana
Anda boleh dikatakan pehandal dalam generasi ini. Anda mempunyai daya pemerhatian yang tajam malah dapat mendalami isi hati orang lain. Anda yang menguasai dan mengawal keadaan. Oleh itu, anda selalu bermegah dengan diri sendiri.

Wednesday, October 28, 2009

Pemandangan Dari Tingkat 19 Quality Hotel Shah Alam.


Batik Eksklusif Terengganu.

Batik Eksklusif Floral Motifs... Harga? RM 300 je... Nak dapat kat mana? Haa.. yang ni boleh beli dari bos aku, Ustaz Shukri... Kain lembut, sejuk, corak yang menarik... Kalau aku punya uwang berjuta, kan ku milikinya...hikhik..




Tak dapat beli, boleh try je pon cukuplah...

Aku suka yang ni, true roses design tau...


Kursus Kemahirah Asas Kaunseling.

Kursus Kemahiran Asas Kaunseling, Anjuran Hushim Motivational & Counselling Consultancy.
Bertempat di Quality Hotel, Shah Alam.


Proses kemahiran kaunseling. Kaedah prafrasa maklumat dan kandungan permasalahan yang diluahkan oleh client. Bagaimana menggunakan 7 step kaunseling.

Caunselor membuat repo kemudian mengenalpasti masalah client.

Monday, October 26, 2009

Kursus Hijrahku Bina Insan, Anjuran Akademi Zakat Selangor...

Assalamualaikum wbt..
Harini aku dapat posting gambar je dulu, sebab aku tak cukup masa... Sekarang buat pengetahuan korang, aku berada di Hotel Quality Shah Alam kerana menghadiri kursus Kaunseling bersama Tuan Haji Hushim. Insyallah, aku rasa kursus ni akan memberi sesuatu yang aku tak dapat sebelum ni, aku rasa ini adalah gerak Tuhan.... Allah yang menggerakkan aku ke kursus ni. Mungkin ada sesuatu di sini yang membuatkan aku terpanggil untuk menghadiri kursus ini. Insyaallah aku akan kongsikan pengalaman aku sepanjang berkursus ni di posting akan datang...


Ustaz Shukri menyampaikan slot Kenali Diri dan Kenali Allah.

Bagaimana peri pentingya kita mengenali diri sendiri untuk lebih mengenali Allah, Manusia yang tidak mengenali diri sendiri tidak akan mengenali Allah...

Asrul menyampaikan slot Pengurusan Diri... Menguruskan segala bentuk perkara yang ada dalam diri samada dalaman mahupun luaran adalah perkara yang paling asas perlu ada pada semua insan yang mahukan kecemerlangan.


Rakaman daripada Tv9 untuk rancangan Al-Barakah.


Majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Dr. Ruziah, Ketua Pengarah Akademi Zakat Selangor ( Anak Syarikat Lembaga Zakat Selangor)


Pemberian Wang Sara diri kepada asnaf yang menghadiri kursus.

Makcik ni seronok sangat dapat duit, bukan main lagi dia berterima kasih.. Alhamdulillah...

Para Fasilitator AZAS.

Anak asnaf yang sering mendapat perhatian...sebab comel sangat dan baik budaknya...

Aku dengan Ain...

Ni lah rupenye kalau dah nama hantu gambar....hahaha...


Si minah2 gediks.... Janji enjoy...

Tuesday, October 20, 2009

Sacrifice



It's a human sign
When things go wrong
When the scent of her lingers
And temptation's strong

Into the boundary
Of each married man
Sweet deceit comes calling
And negativity lands

Cold cold heart
Hard done by you
Some things look better baby
Just passing through

And it's no sacrifice
Just a simple word
It's two hearts living
In two separate worlds
But it's no sacrifice
No sacrifice
It's no sacrifice at all

Mutual misunderstanding
After the fact
Sensitivity builds a prison
In the final act

We lose direction
No stone unturned
No tears to damn you
When jealousy burns

Monday, October 19, 2009

Mengimbau Kenangan Lame Dulu...

Assalamualaikum...

Posting aku hari ni adalah berkenaan dengan kenangan lame dulu... Zaman kanak-kanak ku yang terlalu aktif dan buas..(Hehe)...
Tahun 1993, Juara Lumba Lari Berkumpulan Rumah Kuning, Sek. Ren. Keb. Gombak 2 Selangor.
*Nurya: Setiap kali sukan sekolah aku akan membawa balik berbondong-bondong piala, tapi mak ayah aku tak pernah datang untuk tengok aku dan adik-adik bertanding dalam sukan ni.. Aku tak kisah pon sebenarnya, yang penting aku boleh bawak balik piala yang banyak..

Gambar kenangan ni bersama family tersayang... Tapi aku tak pasti masa ni aku umur berapa.. Mungkin 5 tahun kot. Kisahnya masa ni adik aku yang laki ni ( amer ), dia yang sepatutnya duduk atas riba abah. Tapi bila dah nak ambik gambar tu, dia yang duk kat riba abah terus nangis dengan kuat sbb taknak duk kat situ.. Last-last kena tukar ngan aku, aku jugak yang kena.... Biasalah, kalau ayah garang ni memang lah anak-anak kecil yang macam kami ni takut nak duk dekat apatah lagi kalau kena duk atas riba. Tapi sekarang ni abah tak garang dah, tapi aku pulak yang ambil alih sikap abah tu..hahaha....

Ops! nampak aurat lah.. Tapi ni aku belom baligh lagi... Kira boleh lah ek...