Wednesday, April 29, 2009

So Yesterday _ Hillary Duff



Lyric..

You can change your life - if you wanna
You can change your clothes - if you wanna
If you change your mind
Well, that's the way it goes

But I'm gonna keep your jeans
And your old black hat - cause I wanna
They look good on me
You're never gonna get them back

At least not today, not today, not today
'cause

[Chorus:]
If it's over, let it go and
Come tomorrow it will seem
So yesterday, so yesterday
I'm just a bird that's already flown away

Laugh it off let it go and
When you wake up it will seem
So yesterday, so yesterday
Haven't you heard that I'm gonna be okay

You can say you're bored - if you wanna
You can act real tough - if you wanna
You can say you're torn
But I've heard enough

Thank you... you made my mind up for me
When you started to ignore me
Do you see a single tear
It isn't gonna happen here
At least not today, not today, not today
'cause

[Chorus]

If you're over me, I'm already over you
If it's all been done, what is left to do
How can you hang up if the line is dead
If you wanna walk, I'm a step ahead
If you're moving on, I'm already gone
If the light is off then it isn't on
At least not today, not today, not today
'cause

[Chorus 2X]

nURYA'S bIRTHDAY....




Last Night kuar ngan Liza n adik ye, ingat nk g makan2 je smpena birthday aku, smpai2 kat Restoran Kawana Kajang tibe-tibe adik dia bwak keluar kek... wahh.. meleret lah senyum aku dapat kek bthday.( tengoklah gmbar aku tu, senyum smpai telinga).. seronok sangat.. thanks sangat2 kat liza n ipah.. Walaupun birthday kali ni ada juga kesedihan yang telah melanda diri aku tapi aku takkan jadikannya satu belenggu dalam hidup aku..life must go on...

Tuesday, April 28, 2009

Kalau Bicara Bab Kahwin...


Assalamualaikum wbt..
Apa topik yang paling best kalo cerita bab kahwin dengan peringkat umur yang memang sepatutnya sudah melangkah ke arah itu? Aku tiada jawapan untuk pertanyaan itu sebenarnya.. Apa yang aku tahu aku masih belum pasti samada aku sudah bersedia ataupun belum ke arah itu... Mungkin ma dan abah dah risau tengok anak dia ni tak nampak pun tanda-tanda untuk menamatkan zaman bujang... aku faham semua tu...Mak aku pun dah teringin sangat nak dapat menantu, yang si adik aku pulak duk desak-desak aku supaya kahwin cepat sebab dia nak kahwin dah. Dia pun taknak langkah bendul sebab aku selalu berseloroh cakap kat dia langkah mayat aku dulu baru bleh kawin.. hahaha... aku sebenarnya tak dapat nak bayang apa perasaan aku saat kena langkah bendul ni.. malu ke, seronok ke, biasa-biasa ke, hmm... entahlah.. walau apapun aku rasa aku ni orang yang tabah, segala tu aku bleh atasi kot.. insyaallah... kahwinlah cik kalo dah jodoh ko sampai dulu, janji ada barangan kemas untuk aku, tak pun satu set wangian Lancome untuk aku ubat hati aku.. hehe.. lawak jer..( demand nampak )
Ok, berbalik pada bab asal, aku bukan tak mahu kahwin tau...Dan aku pulak bukannya tidak laku... cewahh.. Aku yakin, jodoh ni akan tiba bila seseorang itu telah bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri. Aku akui mungkin dari segi emosi aku masih belum bersedia. aku sekarang sedang berlatih untuk bersabar dan mengawal emosi aku ni... Lagi-lagi penyakit amarah aku ini yang melampau-lampau... Alhamdulillah, aku dapat rasa kesan positif apabila dapat mengawalnya, aku rasa lebih tenang dan selesa. Aku bukan menyalahkan zaman kanak-kanak aku dulu tapi mungkin inilah takdir yang telah tersurat untuk aku... Aku risau juga bila aku kahwin dalam keadaan yang belum bersedia, aku akan melakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga aku nanti.. So, sekarang ni aku perlu bersedia dan melakukan persiapan ke arah itu...
Mungkin juga keadaan sifat dan sikap aku yang terlalu berdikari ini menyebabkan aku tidak terlalu memerlukan lelaki dalam kehidupan aku ini, walaupun sebenarnya aku memang memerlukan mereka. Namun aku juga terlalu banyak merasakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kamu laki, yelah dah namanya berlainan jantina. Tapi aku cuba juga untuk memahami golongan Adam yang memang terlalu berbeza dari segi sikap dan tindak tanduknya, sebab suatu hari nanti aku akan berkahwin dengan lelaki bukannya perempuan.
Ada beberapa sikap'nya' yang begitu menambat hati aku yang kecil ini yang membuatkan aku terlalu mengaguminya... namun tak boleh lah untuk aku mention kan kat sini... biarlah hanya aku yang merasai dan menilainya sendiri dalam hati aku ini... Namun aku terlalu sangat menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi keikhlasan dia terhadap aku... Begini rupanya cinta ek? hmm... indah dan menarik sangat...huhu..

Monday, April 27, 2009

Tahap Kegilaan Nurya yg Maksima...


Tak kira tempat, tak kira orang..aku belasah semua...
I'm Really sick of everything.... don't dare to say anything to me...

Really Crazy of Driving... Drifting much more exciting...

Everytime we need friends...

Shopaholic..

Tuesday, April 21, 2009

Program Didik Fitrah PDF ( remaja )

Program Didik Fitrah.
The latest program is on 25th April 2009 ( Saturday ) at Danau Golf Club Resort, UKM.
All teenagers are invited to join this real great program handled by Fitrah Power's team.
For registration and further information, please visit our website http://www.fitrahpower.com/

Monday, April 20, 2009

Design cubaan Aku...


Penghubung cinta tersemai...

Loveable moments....


Angah & Ina...
New Style Shadow...

Kenangan itu mengajarku satu perkara bahawa Allah tidak memberi apa yang kita minta tetapi menggantikan sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai untuk kita...


TOT aku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah pun selesai menjalani kursus TOT anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Keseluruhannya kursus mencapai objektif walaupun ada sesetengah modul tu kami kurang mendapat penjelasan dan penerangan yang lebih terperinci. Namun begitu terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga bagi aku sepanjang aku berada dalam lingkungan konsultan-konsultan latihan yang hebat-hebat dan berpengalaman luas itu. Banyak yang aku belajar daripada pertemuan yang singkat itu memandangkan aku terlalu mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan yang masih boleh diperbaiki.

Antara game yang aku amat tertarik di dalam kursus itu ialah aktiviti melukis gambar diri sendiri menggunakan tangan kiri, dan apabila telah selesai, lukisan itu dipungut dan diagih kepada peserta lain. Aku juga mendapat satu lukisan yang tidak diketahui siapakah gerangan empunyanya. Arahannya ialah memberikan jenis pekerjaan sesuai berdasarkan gambar yang tertera. Aku jadi buntu seketika untuk menentukan apakah pekerjaan yang sesuai dengan rupa paras yang terlakar. Namun aku tuliskan juga ' orang angkat berat, bina badan'. Arahan terakhir ialah mencari tuan punya lukisan dan memulangkan semula lukisan tersebut, begitulah juga aku mendapat kembali lukisan aku. Apa yang membuatkan aku terlalu geli hati ialah tuan yang 'angkat berat' itu sebenarnya adalah terlalu kurus dan memang sah-sahlah takde muscle yang berketul-ketul di lengannya. Memang aku tak dapat nak tahan ketawa aku ni. Bagi lukisan aku pulak tertulis di situ pekerjaan Financial Officer. wah... hebat juga lukisan aku ni, haha... Apa yang teruknya ada juga yang mendapat pekerjaan seperti bekas banduan, pencabul kehormatan dan sebagainya.. kesian...

Namun kesimpulan daripada aktiviti ialah, itulah hakikat kehidupan ini bahawa penilaian manusia ini adalah pertama kalinya ialah melalui penampilan luaran. Jangan salahkan orang lain jika mereka silap menilai kita apabila apa yang kita tampilkan kepada mereka adalah penampilan pertama yang negatif ataupun sebaliknya. Kita punya pilihan untuk mengubah persepsi orang lain terhadap penilaian pertama mereka kepada kita. Janganlah menunggu sehingga perlu kenal rapat dulu baru tahu kita ini adalah baik sebenarnya, tetapi biarlah ianya bermula dengan tanggapan pertama yang positif dan seterusnya memudahkan mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik dan harmoni.

Bukan susah sebenarnya untuk memberikan tanggapan yang positif untuk pertemuan pertama kita dengan seseorang. Pertamanya ialah hanya dengan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka dan pandanglah ke dalam mata mereka dengan menyampaikan mesej bahawa saya berminat untuk mengenali kamu. Keduanya pula ialah berilah salam dan hulurkanlah salam perkenalan dan pamerkan wajah yang ceria dan berminat untuk melajutkan perbualan dan perkenalan. Maka di situ apabila terbukanya komunikasi Tidak susah bukan? Jadi bolehlah kita praktikkan selepas ini ok..


Game lukisan...

Keindahan panorama yang mengasyikkan di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka Aku edit shadow dan exposure...

Aku suka gambar ni... tengok mulut kakma tu..hahaha...ada kisahnya tu...



Thursday, April 16, 2009

Kursus TOT Program Belia Bistari.

Assalamualaikum...

Hari ni aku akan bertolak ke Ayer Keroh untuk menghadiri kursus ToT anjuran kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka. Setakat bulan april ni, ini adalah lah kali kedua aku ke Ayer Keroh untuk memenuhi tanggungjawab aku bertugas di Fitrah Power. Kursus TOT ini adalah bagi latihan kepada pelatih yang akan melatih peserta Program Belia Bistari di Jerteh Terengganu seramai 100 orang dan peserta adalah terdiri daripada remaja negeri Kelantan dan Terengganu. Aku harap something new and experience i will get from this meeting. Insyallah...

Wednesday, April 15, 2009

Rindu itu sungguh menyiksakan...



Mengapakah aku perlu ada rasa rindu?
Benarkah kata orang rindu itu satu rasa yang siksa?
Benarkah juga rindu itu penguat kasih dan cinta?
Tetapi Mengapa aku rasa sakit dengan rindu itu?
Mengapa aku rasa gelisah bila saja rindu itu tiba?

Rindu...
Jauhlah kau seketika...
Dan jauhlah buat selamanya...
Kerana aku tidak perlukan rindu pada dia...
Tiada guna rindu datang sedang hati terguris luka..
Luka yang tiada hadir penawarnya...
Namun luka ini tidak berbisa bagiku.
Aku tiada sakit pada luka ini,
Kerana aku lebih sakit pada rindu yang ada untuknya...
Mengapa tidak pernah hilang rindu ini?
Mengapa tiada menjauh rindu ini?
Semakin ku ingin jauh, semakin itulah ia hampir...
Rindu yang memeluk seluruh perasaan dan jiwa ini...
Rindu yang menenggelamkan pemikiran yang waras...
benar ku tersiksa pada rindunya...
mengapa tiada ruang untuk aku lupakan dirinya?

Sesungguhnya Ya Allah...
aku terima segala ketentuan-MU pada ku...
namun aku tetap insan yang hina dan lemah...
punya terlalu banyak kekurangan...
aku tiada berdaya menahan sakit rasa hati...
walau sesekali aku cuba untuk melupakan segala kisah...
namun ia tetap kukuh berlegar-legar di ruang pemikiran...
ku harap suatu hari, walau tidak dapat kulupa,
tetapi biarlah ku tidak sakit dengan rindu ini...

itu lah kisah rinduku...

Tuesday, April 14, 2009

uCOP berlepas ke Mesir di KLIA

Last night aku dan krew FP pergi ke Klia untuk menghantar Ucop salah seorang warga FP kami yang akan menyambung pelajaran dan menghadapi peperiksaan tahun akhir di Al-Azhar Mesir. Kami doakan semoga Ucop selamat kat sana, dan jangan lupakan kami n rajin-rajinlah hantar berita kat kami di sini k.




Pasangan bahagia Ucop dan Kak Nora.


sempat lagi berposing tuu..

Soalan yang menarik

Beberapa soalan ni aku copy dari satu blog tu, aku pun rasa tertarik nak jawab soalan-soalan ni. Jadi inilah beberapa soalan yang sempat aku jawab.

5 brand that you like the most

1] Lancome
2] Nichii
3] Esarli
4] Mac
5] Bonia


5 brand that you dislike the most

•Bundle (hehe)
•Mustika Ratu
•Adidas
•Guess

5 countries that you want to go

•Abu dhabi
•Paris
•Euthopia ( teringat 1 kisah dan 1 orang yang tak mungkin ku lupa)
•Korea
•Emirates

5 countries that you do not want to go

•UK
•Indonesia
•Thailand
•Bangladesh
•Nigeria


5 item that you like the most

•My laptop
•My sony handphone ( nyawaku )
•My Viva: WRR….
•My room
•My shoes…

5 item that you dislike

•Baju yang semakin ketat ( bdan akulah tu yang semakin naik )
•Beg baju yang tak dpt muat baju yg banyak.
•Alat mekap aku yang cepat no abis..
•Baju kurung aku yang salah jahit
•Bantal aku yang busuk sbb air liur basi..Huhu…


5 people that you love the most

•ma, abah
•ahli kerja FP
•adik-adik
•my friends
•my future dear :)

5 people that you hate the most

•setakat ni aku mudah memaafkan kesilapan orang kecuali kesilapan tu dilakukan berkali-kali..( memang aku angin)

5 color that you like the most

•putih
•pink
•hijau
•hitam
•peach


5 color that you dislike the most?

•Kelabu
•Oren
•Biru tua
•Hijau tua

5 things that you dream the most

•Suami yang penyayang dan penyabar
•Suami yang pandai cari duit
•Kereta BMW 7 series ( wow… meriah makk)
•Travel around the world
•Ilmu pengetahuan agama yang luas.


5 things that you not dream at all

•Bercinta dengan si dia… huhu.. ( last-last hatiku tertakluk juga)
•Bekerja kerajaan

5 of your positive character

•penyayang
•yakin dan berani
•peramah
•berseni
•pandai berbual dengan orang yang pendiam.. ( susah tu…)


5 of your negative character

•Tak sabar
•Pemarah (kadang-kadang boleh control jugak)
•Kadang-kadang berkira wp dengan pakwe sendiri…adoi…
•Kurang teliti dalam kerja dan apa-apa je yang aku buat
•Suka buang masa


5 moments that you miss the most

•Aku rindu saat bekerja di KLIA dan perkenalan ku dengannya. Seronok.
•Moment aku spent dengan family di Cameron dan Tanjung Bidara
•Time member-member celebrate birthday aku kat klcc dan main boling kat times square.
•Moment di genting dengan mek dal…
•Raya aidilfitri aku 2 tahun dengan kehadirannya…


5 moments that you do not want to remember at all

•Satu peristiwa hitam pertama yang tercalit dalam lipatan sejarah aku.
•Kenangan pahit semasa zaman kanak-kanak aku…isk3..
•Kenangan sewaktu aku gilakan seseorang yang tak sukakan aku…


5 positive characters of your best buddy

•Penyayang
•Suka mendengar permasalahan aku
•Betul2 sayangkan aku. (dialah yang kata)
•Dia buat something yang aku tak sangka. (surprise lah tu)
•Dia memiliki segala yang aku impikan

5 negative characters of your best buddy

•Entahlah… takder kot sbb aku terima seadanya dia dalam hidupku

Monday, April 13, 2009

Kursus Bina Insan Anjuran Kementerian Pelancongan Malayisa



Kursus Bina Insan ini telah pun berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang, dan para peserta juga menyatakan kepuasan kerana hampir keseluruhannya kursus mencapai objektif. Kursus anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia ini telah diadakan di Ayer Keroh Country Resort Melaka pada 10- 12 April 2009 dengan penyertaan peserta seramai 18 orang. Para peserta yang ramah dan komited menyenangkan dan melancarkan lagi perjalanan program.

Kenangan bersama KPL tidak akan dilupakan. Terima Kasih atas kerjasama anda. Semoga segala ilmu yang kita kongsikan bersama sepanjang kursus ini tidak hanya sekadar diingati dalam kursus sahaja tetapi semoga ianya diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan, seterusnya melahirkan Insan Kamil. Wallahua'lam.

Thursday, April 9, 2009

Dan Sebenarnya lirik by Yuna EP




oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–

Cici dan Ciko

Inilah CICI dan Ciko...

Semalam aku balik Gombak aku tengok adik aku beli wonder pet ni..hehe... tikus mondok lah... Comel sangat.. 2 ekor ni dia beli dengan harga RM30... Member aku cakap tikus ni akan membusukkan rumah dengan bau najis dia yang semerbak tu, tengok jelah nanti samada rumah aku berbau busuk ke idak nanti... tapi cute gile tengok keletah hamster ni... adik aku tanya nak bagi nama pe ek? aku pun dgn spontannya cakap cici dan ciko... tak sangka idea aku tu diterima bulat2... layann...





Wednesday, April 8, 2009

Tuesday, April 7, 2009

Masalah....

Dah 3 hari aku duk sorang je kat opis ni... Kak ma n angah cuti blik kampung uruskan hal nikah diorang, Ucop pun balik kelate sbb dia nak sambung blaja kat Mesir so dia jumpelah kaum keluarga kak nora di kg tu, ina plak kena transfer kejap jaga taska ustaz yang tak pernahnya tkder masalah pekerja... cik mat plak sibuk ngan keje luar dia tu, Ustaz plak mmg takkan masuk opis kalu tinggal sorang je staf pompuan kat opis, almaklumlah, menjaga adab dan batas agama, aku respek sangatlah...

Sedang aku sibuk untuk setelkan nota Kursus Bina Insan yang akan diadakan di Ayer Keroh Resort Melaka 11 - 12 April ni tiba-tiba tepon ringing... aku pun angkat dan seperti biasa " hello, Assalamualaikum, fitrah power resources" dan di sana kedengaran suara perempuan bercakap. tanpa tanya siapa aku dia terus perkenalkan diri dan ceritakan masalah dia dengan suaminya.ceritanya dia bekerja dan suaminya juga bekerja, tetapi dia tidak pernah mendapat nafkah daripada suaminya malah duit hasil kerjanya juga dipegang oleh suaminya sehinggakan dia nak membeli barang keperluan sendiri pun terpaksa dipendamkan sahaja. tetapi duit gajinya itu bukanlah dijimatkan oleh suami sebaliknya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan suaminya, seperti memasang astro dan membeli televisyen baru. perkahwinan mereka dah menjangkau 5 tahun, dan perkara ini telah berlaku sejak awal perkahwinan lagi. Si isteri ni pula sering menengking dan marah-marah sebab benda yang telah terbuku dalam hati sejak sekian lama ni membuatkan dia hilang hormat dan kepercayaan kepada suaminya.

Dia kata juga nafkah batin pun sering diabaikan oleh suami... aku tak tanya lebihlah bab nafkah batin ni sebab aku tak kawin lagi, jadi banyak menda yang aku tak tahu... aku hanya mendengar dan memberikan pendapat sedikit sebanyak je, lagipun ini adalah first time aku diminta memberi pendapat pasal masalah rumahtangga yang bagi aku agak janggal juga kalu aku komen lebih2 kan.. tapi aku bersimpatilah dengan nasib wanita tersebut. Namun aku tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tu berpunca daripada suami dia melainkan kalu aku boleh dengar pula pendapat atau reason daripada suaminya. tapi perkara yang agak ralatnya, si suami hanya bagi RM 50 sahaja setiap kali si isteri minta, malah nafkah daripadanya juga takder. Mungkin isteri juga punya keinginan untuk memiliki barangan untuk bergaya seperti rakan-rakan setugasnya yang lain, memandangkan dia juga bekerja dan duit itu adalah dari hasil titik peluhnya sendiri...wallahua'lam...

Fesyen tudung Yuna EP

Aku suke nengok fesyen tudung Yuna ni, colorful.. nanti nak cube gini gaklah..heheh... harap2 sesuailah bila aku kenakan kat kepala aku ek...











Yuna EP

Pertama kali aku dengar suara gadis yang sempoi dan santai ni, aku terpikat untuk mendengar dengan lebih lagi... namanya komersialnya ialah yuna EP..

Monday, April 6, 2009

Boling Hari Minggu

Hari Sabtu lepas aku hang out ngan kengkawan kat The Mines. Ingat nak join kaklin yang katanya lija terer main. aku pun set masa ngan lija, dia lah yang ajak kak siti dan kaklin untuk main. sesampai di sana, aku tengok kaklin ngn beg bola bolingnye, ngn glove nye...mmg nmpak hebat r. aku pulak dengan dah lamanya tak pernah sentuh bola boling ni, mmg mula2 main asyik jatuh longkang je..smpaikan kaklin pun kata, ko ni minta longkang ek? kelakar gile soklan tu..
Last-last aku dapat ranking yang ketiga antara 5 orang pemain ni... oklah tu... anyway rasa lebih bersemangat kalau kita main ngan orang yang expert daripada main ngn orang yang kureng ni..hehe..terpulanglah...

wahhh....Indahnya cinta....

Merasakan cinta yang benar-benar tulus, ikhlas dan jernih memang sangat indah... tak terucap di bibir akan indahnya... dia kini benar-benar menguasai seluruh jiwaku yang kosong ini... dan tidak pernah terlintas di benakku untuk aku membenarkannya bertakhta di sanubari ini... namun kini dia telah berjaya menguasai seluruh jiwaku ini.. terima kasih sayang kerana berusaha menakluki jiwa dan diriku ini dengan kasih sayang mu yang lembut dan indah itu... Aku benar- benar bahagia mendampingimu, kau benar-benar memiliki segala yang ku impikan di dunia ini... kau juga menjadi pendorong untukku supaya lebih dekat dengan Penciptaku...Kaulah kini yang kudambakan menjadi putera hatiku...

COnvert and Manipulation


Actual Photo downloaded from flickr.



After editting by me...

Friday, April 3, 2009

Before and after edited

first photo downloaded from Internet

second touched..



My last touced in only 10 minutes...see..

Kenangan Darul Anwar yang tak bisa kulupa...

Shalwinn-Memorable moment...

Kumpulan Nasyid Dorm Melor. 1996-1997

Mekdah, Izzy, Fiezah, Sarah dan Aku..

Kenangan saf awal 3 1996.
dari kiri: Maisarah, hidayah, Nuriah, Ustazah kamariah, Izzyati,Farah Diana, Durratul Izzah,
Duduk: Nik Azlina, Rozita, Nurul Amalina dan Halimah.