Friday, June 5, 2009

Setelah Impian Hancur...



Bagai tiada yang lebih baik akan ku jumpa selepas ini setelah kutemuimu...
Bagai tiada yang lebih mengerti aku selain kau memahamiku...
Bagai tiada yang lebih menerimaku setelah kau terimaku seadanya..
Bagi tiada lagi yang mencintaiku setelah kau mengasihiku bagai anak kecil...
Setelah kau jelma, hidupku terasa cukup segala...
Walau adakalanya jiwaku kosong... kau penuhinya dengan kasih sayangmu...

Sayang... Terima kasih kerana telah menyinari hidupku...
Terima kasih juga kerana pengertianmu terhadap diri kerdil ini...
Terima kasih jua kerana membawaku lari dari dunia kelamku...
Membawaku jauh ke dalam duniamu yang gemerlapan..
Dan duniaku ini kurasakan kembali bermakna...
Setelah terasa seolah kehancuran dan kemusnahan pada impian dulu...
Kau telah sedarkan aku bahawa impian itu tidak mesti jadi realiti...
Kau sedarkan aku juga bahawa impian indah itu senang untuk dicipta...
Tapi bukan senang untuk merealisasikannya....
Kini aku tidak lagi gemar berimpian dan bermimpi..
Kerana impian untuk memiliki cinta sejati telah ku miliki...
Impian itu telah kuperoleh darimu....



Terima Kasih sayang kerana cinta yang indah ini....

2 comments:

  1. karatnya ko nye entry kali ni nyah..sape jantan ko nyahhh...exited mak nk tau..ko tau la nyahh..mak ni kan kepoci....ehehe

    ReplyDelete
  2. ko ni ucop... mmg nyah btol ar... haha... ko ni, suke sgt nk tau rahsia aku... nnt lah ek...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!