Wednesday, August 24, 2011

Saman dan insurans

Hari ni aku nak posting pasal cara pembayaran insurans, road-tax dan renew lesen memandu aku.. Jangan sape2 tanya kenapa.(tgh serius ni)

Last week ( Jumaat ) aku call agen Perodua ku untuk tanyakan berapa jumlah Insurans yang aku patut bayar tahun ni dan dia pun call balik Isnin lepas, dia bagitau harga semuanya RM515.55. 

Aku pun dengan gatai mulut pi tanya, tu harga btul ke? Sebab saya pernah excident tahun ni, dia tak restart balik ke discount insurans tu? Pastu diorang pun kata tak dapat nak check sebab aku punye road tax tu dah expired 12 hb Ogos yang lepas. Oklah, saya bayar RM515 dulu lah.. 

Semalam aku pun ke pejabat perodua di seksyen 4 tambahan ( GA TRADING ) tu untuk bayar jumlah insurans tu. Ok, setel!

Tapi pagi tadi orang perodua tu call, dia bagitahu insurans saya tak boleh nak proceed sebab ada saman yang belum setel. Aiiiikkkk!!!! bertambah confuse aku. Bile pulak aku ada saman ni, kan dah setel semua? So aku cepat2 buka tenet untuk cek apa jenis saman yang belum jelas ni.. Aku pun taip lah.....

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
sistem diorang automatic replied kat email aku camni...


Ghope2nye saman masa aku eksiden kat Highway Karak sebelum kahwin bulan Mei haritu.. adooii... aku tak ingat langsung pasal saman tu.. aku pun bergegaslah untuk bayar saman tu di kaunter pejabat POS Malaysia cawangan Bandar Baru Bangi. So setel!  melayang duit aku RM300...fly~~~

Ape aku nak kira di sini ialah berapa banyak wang aku habis untuk kereta sahaja bagi minggu ini..huk3...

Minyak Hitam & filter: RM108
Roadtax & Insurans  : RM 515
Saman Polis               : RM300 
Lesen Kereta             : RM32.00
Jumlah keseluruhan: RM955.00

Sekian berita dari Nuriah Mohamed, terima kasih.. (berlalu dengan hampa...hukhukhuk!

*baru je dapat bonus raya, tapi melayang begitu sahaja wang itu..

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!