Wednesday, August 12, 2009

Seminar Zakat Kebangsaan 2009

Semalam, 11 Ogos 2009 aku, Iwah dan Ustaz Shukri mewaklili Fitrah Power menghadiri Seminar Zakat Kebangsaan 2009 di PWTC, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh JAWHAR dengan kerjasama MATA yang menempatkan kehadiran peserta seramai 400 orang. Majlis disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Mashitah Ibrahim. Tema zakat pada tahun ini ialah Zakat: "1 Kewajipan, 1 Juta Harapan". Seminar ini dilengkapi dengan penganugerahan kepada tokoh ushawan Asnaf iaitu Puan Rosnani binti Haji Kasim Lo dari Kepala Batas P.Pinang dan En. M. Tohid bin Sidek. Puan Rosnani menjalankan perniagaan hiasan dalam dan butik pengantin manakala En. M. Tohid menjalankan perniagaan bahulu. Semoga kejayaan mereka itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada para asnaf yang lain.

Ucapan perasmian daripada YB. Senator Dr. Mashitah Ibrahim

Sesi soal jawab yang dikemukakan oleh Ustaz Shukri.

Iwa dalam keadaan yang tenang tetapi penuh dengan seribu perasaan yang terpendam...huhu..


Nurya rasa banyak ilmu dan manfaat tentang zakat yang diperolehi setelah menghadiri seminar ini...

3 comments:

  1. Ya. Zakat. Salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Pelbagai persoalan dan isu mengenai zakat belum diselesaikan dengan hemah.

    ReplyDelete
  2. Nurya..wanita yang suka amik gambo sendiri cam sally jugak..huhu

    ReplyDelete
  3. amboi angah... suke kenakan org balik ek... angah pon suke gok amik gmbr sendiri..huhu...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!