Wednesday, August 26, 2009

Makan2 Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt..



Gambar ni adalah hari-hari terakhir aku dan family aku makan-makan sebelum bermulanya puasa. Abah membacakan doa kesyukuran sempena kenaikan pangkat aku.. alhamdulillah... aku ingin berkongsi kejayaan ni dengan keluarga aku, dan aku lihat wajah ma dan abah yang bahagia dengan kejayaan aku. Walaupun mungkin kejayaan ini tidaklah seberapa bagi orang lain, tapi bagi aku ia satu penghargaan dan kepercayaan yang besar yang telah diberikan bos kepada aku atas usahaku selama ini.. Apabila kita meraih sesuatu dengan usaha kita percayalah bahawa kejayaan itu benar2 bermakna dan bernilai sangat-sangat.. Bekerjalah dengan penuh minat dan tekun... Usahlah terlalu memikirkan kepada ganjaran yang bakal diperolehi, kerana dengan pemikiran itulah kau tidak akan memberi lebih daripada sepatutnya terhadap apa yang kau lakukan...

My lovely father, yang sanggup memberikan apa sahaja kepada anaknya demi keselesaan tetapi amat kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk rawatan kesihatannya sendiri. Aku harap aku dapat menyumbang kepada abahku ini yang terlalu banyak berjasa kepada aku... Ya Allah, bantu aku...

Inilah ibuku yang tercinta, seorang yang mempunyai kesabaran paling maksima... teguh dan tabah melalui kehidupan yang penuh cabaran membahagiakan dan membesarkan anak-anak yang penuh dengan kehendak dan kemahuan... Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan mu menjadikan aku insan yang berguna...


Nurya tidak akan melupakan semua orang yang telah berjasa kepadanya... Nurya mesti ingat semua tu, sbb nurya rasa sangat menghargainya... Nurya ingin mereka gembira dan berbahagia walaupun kadangkala sikap Nurya yang tidak terlalu caring. Nurya bukan tak mau caring tapi nurya tak pandai sbb nurya jarang sakit dan jarang merasakan kesusahan sendiri, jadi nurya tak pandai nak treat orang untuk rasa selesa dengan nurya... Kalau Nurya sakit atau rasa susah Nurya hanya mengadu dengan Allah sbb daripada situ Nurya rasa tenang. Nurya pernah dengar ustaz cakap, kalau kita selalu mengadu masalah kita kepada manusia nanti masalah kita akan lebih rumit, tetapi bila kita mengadu kepada Allah insyallah di situ Allah akan memberikan dan membuka jalan kepada penyelesaian masalah...

Wednesday, August 19, 2009

Lepak2 Kat Hartz Chicken @ Times Square

Last day, balik dari SUK Shah Alam, aku, Uop dan Iwah singgah jap kat Times Square untuk celebrate Hanapiah nye kejayaan dalam Imtihan dia kat Mesir, Alhamdulillah semuanya najah... tapi makan sendiri bayarlah..huhu.. tunggu punye tunggu, last2 budak2 ni sampailah jugak.. borak2 dan gelak2 sambil makan, dah lama tak rasa friendship yang mcm ni... agak lama juga aku tak merasa suasana meriah ngn kengkawan gini sbb terlalu sibuk ngan kerja, lagipun almaklumlah dah semakin dewasa ni, kuranglah sikit melepak ngn kengkawan. [ lagipun ramai yang dah kawen].. yang paling tak tahannya bebudak ni suke nyakat si hanan, sbb muke hanan katanya muka sedih...lawak gile.. kat sini sekali kita masuk bayar RM 19.50, makan lah berapa banyak ko nak makan n minum tapi untuk tempoh masa 2 jam jerlah, kalau nk kuar ke tandas lak kena 10 minit jer...hahah..

3 ekspresi wajah yang berbeza...

tak tahan nengok hanan kena buli ngan budak2 ni...haaha


Sidqi sampai lambat, so makan sorang lah ek...tapi Helmi dah speachless sbb dah sooo full....hihi

ucop merajuk ke korek idung?!!!.. kompius...

jom minum!....

Ucop ajuk gaya n ekpresi wajah hanan.. lawak giler...

Ini lah antara fasi penggerak SPIES 09... Iwah pula sbgai pemantau gitu.. Smoga kite jumpe lagi di lain program k...

Monday, August 17, 2009

Athirah the cutest baby..

Athirah is my boss's daughter... mula2 dia sampai opis ngan mama dia, dia tunjuk wajah yang agak konfius dan takut-takut, maklumlah jarang boleh datang opis abah dia... aku ambil dia dari mama dia, lama jugak aku boleh dukung dia and suapkan dia coklat cupcake tapi last2 dia nangis juga.huhu.. tapi lama-lama bila dia dah biasa dengan suasana opis bukan main lagi galok nye dia, melawak dan menegur orang... eh eh, tadi cam takut dan pasif tapi lain benar karakter sebenar dia bila dia dah rasa selesa.. hehehe.... ni lah athirah, dah makin besar dan tembam pipi tu..tapi cikyah tak cubit pipi athirah sbb takut sakit. ( baiknye cikyah)hehe...

Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan Siri 3

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Remaja SPIES siri ke 3 bagi DUN Balakong dan Semenyih pada 15-16 Ogos 2009 yang dihadiri peserta seramai 86 orang.



Ini adalah antara fasilitator2 KemRemajaSpiesbagi sepanjang tahun 2009. kalau ada yang tak termasuk gambarnya, mintak ampun dan maaf yer sbb gambar tiada dalam stock.. sorry...

Thursday, August 13, 2009

Atas Permintaan Seseorang, AKu men'upload Gambar Kenangan di Ayer Hitam untuk Tatapannya..





cinta terlarang yang tiada kesampaian

Bagaimana Hati Seorang Ibu?

Assalamualaikum wbt...

13 Ogos 2009 11.35 mlm, ketika ini baru pulang daripada Concord Inn KLIA kerana membawa Dr. Che Noraini Hashim, Pensyarah UIAM untuk menyempurnakan slot 'Halangan Mencapai Integriti' kepada kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Aku tertarik dengan perbincangan dan perbualan aku di dalam kereta dengan Dr. mengenai hati seorang ibu. Ketika itu Dr. baru menerima panggilan telefon daripada si anak yang mengadu tentang si ibunya. Setelah agak lama berbicara melalui telefonnya, akhirnya perbualan antara mereka tamat. Lalu Dr. menceritakan kepada aku tentang masalah mereka adik beradik yang berjauh hati dengan sikap ibu mereka. Mereka 4 beradik termasuk si ayah terpaksa melarikan diri daripada si ibu.

Memang agak pelik kisah ini, tapi ianya satu realiti yang bukan fantasi. Si ibu memiliki seorang anak angkat yang merupakan penghisap dadah tegar yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri, dan kasih sayang si ibu itu terhadap anak angkatnya melebihi segalanya termasuk anak kandungnya sendiri. Dia yang sanggup berhabisan duit di dalam akaunnya untuk anak angkat itu telah membuatkan anak-anak kandungnya tergamam seketika setelah menjumpai resit bank transfer ibu mereka ke akaun si anak angkat sebanyak RM 200 sebulan.

Paling mengejutkan apabila si ayah menjumpai sepeket dadah dan jarum suntikan di dalam beg tangan si ibu sehingga memaksanya melaporkan kepada pihak polis. Tetapi si ibu menafikan dadah itu adalah miliknya. Akhirnya si anak angkat itu di tangkap oleh pihak polis walaubagaimanapun dia telah di jamin oleh si ibu. Ibu tersebut juga sanggup menderhakai suaminya kerana suaminya itu telah membuatkan anak angkat kesayangannya di tangkap polis sehingga sanggup meminta fasakh daripada suaminya...
Akhirnya kini si ibu tinggal berasingan dengan anak-anak dan suaminya.

Wednesday, August 12, 2009

It's All About Nurya....

Nurya has her own attitude...

Nurya likes to be a motivator...




Kembara Hutan




To talk about Counselling in Islam..

Seminar Zakat Kebangsaan 2009

Semalam, 11 Ogos 2009 aku, Iwah dan Ustaz Shukri mewaklili Fitrah Power menghadiri Seminar Zakat Kebangsaan 2009 di PWTC, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh JAWHAR dengan kerjasama MATA yang menempatkan kehadiran peserta seramai 400 orang. Majlis disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Mashitah Ibrahim. Tema zakat pada tahun ini ialah Zakat: "1 Kewajipan, 1 Juta Harapan". Seminar ini dilengkapi dengan penganugerahan kepada tokoh ushawan Asnaf iaitu Puan Rosnani binti Haji Kasim Lo dari Kepala Batas P.Pinang dan En. M. Tohid bin Sidek. Puan Rosnani menjalankan perniagaan hiasan dalam dan butik pengantin manakala En. M. Tohid menjalankan perniagaan bahulu. Semoga kejayaan mereka itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada para asnaf yang lain.

Ucapan perasmian daripada YB. Senator Dr. Mashitah Ibrahim

Sesi soal jawab yang dikemukakan oleh Ustaz Shukri.

Iwa dalam keadaan yang tenang tetapi penuh dengan seribu perasaan yang terpendam...huhu..


Nurya rasa banyak ilmu dan manfaat tentang zakat yang diperolehi setelah menghadiri seminar ini...

Monday, August 10, 2009

Nuya Loves To Be A Photographer..

Bunga raya di Excel Training Resorts Negeri Sembilan menggunakan Canon, Power Shot -10.0mp.



Wednesday, August 5, 2009

Kenangan Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

Kenapa dengan Wajah Monalisa?

Hihi... knapa monalisa berwajah pelik sebegini? Arghh.. kenapa, kenapa? Rupa siape ni?

Apa Rasa Cinta?

Adakala cinta rasa manis...
Manis apabila segalanya menyenangkan...
Segala yang ditutur enak di dengar...
Segala yang dilakukan indah di pandang...
Segala yang dirasa menyejukkan...


Adakala cinta rasa bahagia...
Bahagia pabila dia berada didepan dengan senyum...
Bahagia pabila dia di depan membawa bunga..
Bahagia pabila dia tiada namun dia tidak lupa...
Bahagia pabila segala kata diturutinya...


Namun....


Cinta rasa menyakitkan pabila cinta tak dihargai..
Cinta begitu menyiksakan pabila dia mengasari...
Cinta begitu sukar pabila dia jauh dan melupakan...
Cinta rasa begitu jelik tatkala dia menduakan...



CInta.... Mengapa perlu merasa begitu begini....
Cinta..... Mengapa perlu menyiksakan jiwa yang seharusnya indah...