Friday, April 3, 2009

My Twin

Malam tadi aku ke Kajang sebab nak teman Liza pegi jumpa kaklin di Putrajaya, dia nak serah dokumen pindah milik kereta Myvi dia tulah. Kitorang lepak kat kedai mamak, minum2 air dan aku oder roti canai sardin, memang itulah kebiasaan aku kalau datang kedai mamak...sedap sehh... sedang borak-borak, liza cerita pasal kak shimah, aku tanyalah shimah mana? dia cakaplah gini-gini orangnya, n last-last dia tunjuk gambar. Lahhhaii...kak shimah, kakak angkat aku. Punyalah lama aku tertanya-tanya kat mana dia sekang, rupa-rupanya dia satu kampung ngan kawan baik aku sendiri... dulu aku dan kak shimah ni, oranglah kata yang muka kitorang sama, macam kembar. Aku pun tak pastilah kat mana yang samanya rupa aku dengan dia ni... Korang tengoklah ye, boleh komen samada betul ke rupa kami ni macam kembar atau tidak. Kami dulu bersekolah sekali di Darul Anwar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan...


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!