Assalamualaikum wbt..
Apa topik yang paling best kalo cerita bab kahwin dengan peringkat umur yang memang sepatutnya sudah melangkah ke arah itu? Aku tiada jawapan untuk pertanyaan itu sebenarnya.. Apa yang aku tahu aku masih belum pasti samada aku sudah bersedia ataupun belum ke arah itu... Mungkin ma dan abah dah risau tengok anak dia ni tak nampak pun tanda-tanda untuk menamatkan zaman bujang... aku faham semua tu...Mak aku pun dah teringin sangat nak dapat menantu, yang si adik aku pulak duk desak-desak aku supaya kahwin cepat sebab dia nak kahwin dah. Dia pun taknak langkah bendul sebab aku selalu berseloroh cakap kat dia langkah mayat aku dulu baru bleh kawin.. hahaha... aku sebenarnya tak dapat nak bayang apa perasaan aku saat kena langkah bendul ni.. malu ke, seronok ke, biasa-biasa ke, hmm... entahlah.. walau apapun aku rasa aku ni orang yang tabah, segala tu aku bleh atasi kot.. insyaallah... kahwinlah cik kalo dah jodoh ko sampai dulu, janji ada barangan kemas untuk aku, tak pun satu set wangian Lancome untuk aku ubat hati aku.. hehe.. lawak jer..( demand nampak )
Ok, berbalik pada bab asal, aku bukan tak mahu kahwin tau...Dan aku pulak bukannya tidak laku... cewahh.. Aku yakin, jodoh ni akan tiba bila seseorang itu telah bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri. Aku akui mungkin dari segi emosi aku masih belum bersedia. aku sekarang sedang berlatih untuk bersabar dan mengawal emosi aku ni... Lagi-lagi penyakit amarah aku ini yang melampau-lampau... Alhamdulillah, aku dapat rasa kesan positif apabila dapat mengawalnya, aku rasa lebih tenang dan selesa. Aku bukan menyalahkan zaman kanak-kanak aku dulu tapi mungkin inilah takdir yang telah tersurat untuk aku... Aku risau juga bila aku kahwin dalam keadaan yang belum bersedia, aku akan melakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga aku nanti.. So, sekarang ni aku perlu bersedia dan melakukan persiapan ke arah itu...
Mungkin juga keadaan sifat dan sikap aku yang terlalu berdikari ini menyebabkan aku tidak terlalu memerlukan lelaki dalam kehidupan aku ini, walaupun sebenarnya aku memang memerlukan mereka. Namun aku juga terlalu banyak merasakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kamu laki, yelah dah namanya berlainan jantina. Tapi aku cuba juga untuk memahami golongan Adam yang memang terlalu berbeza dari segi sikap dan tindak tanduknya, sebab suatu hari nanti aku akan berkahwin dengan lelaki bukannya perempuan.
Ada beberapa sikap'nya' yang begitu menambat hati aku yang kecil ini yang membuatkan aku terlalu mengaguminya... namun tak boleh lah untuk aku mention kan kat sini... biarlah hanya aku yang merasai dan menilainya sendiri dalam hati aku ini... Namun aku terlalu sangat menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi keikhlasan dia terhadap aku... Begini rupanya cinta ek? hmm... indah dan menarik sangat...huhu..
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!