Monday, April 13, 2009

Kursus Bina Insan Anjuran Kementerian Pelancongan Malayisa



Kursus Bina Insan ini telah pun berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang, dan para peserta juga menyatakan kepuasan kerana hampir keseluruhannya kursus mencapai objektif. Kursus anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia ini telah diadakan di Ayer Keroh Country Resort Melaka pada 10- 12 April 2009 dengan penyertaan peserta seramai 18 orang. Para peserta yang ramah dan komited menyenangkan dan melancarkan lagi perjalanan program.

Kenangan bersama KPL tidak akan dilupakan. Terima Kasih atas kerjasama anda. Semoga segala ilmu yang kita kongsikan bersama sepanjang kursus ini tidak hanya sekadar diingati dalam kursus sahaja tetapi semoga ianya diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan, seterusnya melahirkan Insan Kamil. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!