Thursday, April 2, 2009

my sister 'Angkat' huhu...Fiera

Assalamualaikum wbt...



Minggu lepas aku berada di Kelantan selama 2 hari yang penuh bermakna bagi aku. Aku balik kerana ada urusan yang tak berapa penting bagi aku, just balik untuk bertemu dengan teman yang selamat melahirkan anak yang sulung dan juga untuk bertemu insan yang kusayang..



Lepas pada melawat member aku, Mala yang telah selamat melahirkan anak sulungnya di Kg. Kutan Hilir, aku dan kawan aku ingat nak singgah jap kat KBMall. KB Mall ni bagi aku tempat yang strategiklah untuk budak2 muda yang suka untuk hang out and window shopping berada. Kat dalam ni ada jual macam-macam dan yang bestnye ada bowling centre.. seronok tu.. Tapi bagi aku KB Mall ni bukanlah satu tarikan aku untuk pergi kalau berada di kelantan sebab barangan yang dijual di situ lebih kurang sama je dengan Times Square, The mines dan shopping kompleks lain yang besar kat KL ni. So, sebab dah takde tempat sangat nak di buang masa aku yang 'terlebih' ni, aku pun singgahlah untuk sembahyang asar dan maghrib dulu, tapi sebelum tu aku makan kat cafe di food court level atas sekali. Apa yang menariknya, ruangan Food court tu kita boleh melihat pemandangan luar melalui cermin kaca, dan semestinya ruangan jalan raya yang sibuk tu lah menjadi pemandangannya. Tapi masa tu waktu dah senja beransur malam dengan cahaya mataharinya yang remang-remang, memang cantik dan romantis sekali. Sedang aku berjalan-jalan, aku terserempak dengan adik angkat aku sewaktu aku bersekolah di SMU Darul Anwar Pulau melaka Kelantan, Joafira A'afiyah. Dia masih cantik macam dulu lagi dan bekerja di butik pakaian wanita. sempatlah juga aku bergambar dengan dia.







Sempena sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, waktu malam di bandar Kota Bharu memang sangat meriah dan sibuk dengan kereta dan orang ramai yang memenuhi setiap ruang. tempat yang paling meriah ialah di hadapan Istana dan Pejabat SUK. Lampu-lampu yang berwarna-warni menceriakan seluruh bandar kota bharu. Bagi aku yang biasa dengan kehidupan di bandar yang penuh dengan lampu yang berwarna warni di setiap tempat di Kuala Lumpur ini, menganggap tiada yang bestnye sekadar tengok lampu ni, cuma daripada satu sudut aku amat tertarik dengan budaya orang kelantan iaitu suka datang ke tempat sebegini bersama keluarga. Hiburan mereka juga tidak melampau seperti berkelah di tepi pantai, membeli belah di pasar and so on... Melihat lampu di malam hari memang cantik memandangkan Kelantan bukanlah seperti Kuala Lumpur yang malamnya seperti tidak pernah tidur, jadi tiada banyak lampu-lampu di pasang kecuali pada hari-hari tertentu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!