Sape kata hidup ni indah sokmo? hmmm... tkde maknenye... Tapi kita boleh buat hidup ni indah selalu, yang penting hati kasi baikkk....barulah semuanya nampak indah je...
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, July 1, 2010
Hidup Tidak Selalunya iNdah......
Sape kata hidup ni indah sokmo? hmmm... tkde maknenye... Tapi kita boleh buat hidup ni indah selalu, yang penting hati kasi baikkk....barulah semuanya nampak indah je...
Tuesday, June 29, 2010
Kenapa Perlu ada persaingan dalam kerja?
PERSAINGAN..
Tidak dinafikan lagi, persaingan ini perlu ada dalam kerjaya Aku sangat positif tentang perkara ni. Di mana saja kita bekerja, persaingan adalah motivasi terbaik untuk kita terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk syarikat. Persaingan yang positif di antara staff mampu membawa sesebuah organisasi itu ke tempat yang paling tinggi dalam meraih keuntungan dan pencapaian. Namun, sebaliknya persaingan yang negatif mampu menjadi punca utama kejatuhan sesebuah syarikat jika ianya tidak dikendali dan diuruskan dengan baik. Pendek kata hati mesti mau baik wookkk! Hati mau kasi polish baik2, jgn asyik duk dengki je dengan orang... Buat kerja sendiri sudah, tk payah nak pertikaikan kerja org lain... Ok Chow!

Saturday, June 26, 2010
How To think Positively?
ermmm.....
Satu soalan yang senang untuk dapat jawapan bertulis. Kalau soalan ni ditanya dalam peperiksaan sekalipun, sure ramai punya orang yang boleh jawab dengan lancar walaupun menulis dalam keadaan mata tertutup. Tapi berapa ramai yang boleh menggunakan dan mengaplikasikan positive thinking ni dalam kehidupan seharian? Bukan sesuatu yang mudah kan? Kalau ditanya mana buktinya? hmmm.... tanyalah diri anda sendiri. Berapa banyak anda berfikir secara positif dalam 24jam sehari?
Bukan mudah untuk positif kan pemikiran kalau hati tak bersih. Ada je debu dan kotoran yang melekat di hati tu. Sikit2 syak wasangka, sikit2 nak marah. Ada je yang tak kena dengan apa yang orang lain buat.

Thursday, March 11, 2010
Cabaran Besar
Selalu terhimpit dengan situasi dan desakan?
Memang dalam bidang kerja, aku selalu sahaja terhimpit. Bukan tidak cukup merancang, tetapi sistem yang mengekang membuatkan kerja tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Mungkin juga kerana kurangnya pengalaman yang ada membuatkan sikap proaktif itu belum dapat berfungsi dengan baik. Aku buntu dan kaku, entah kenapa perasaan itu berlaku walaupun sudah 3 tahun aku berkhidmat dalam bidang training ini.

Walaupun aku sukakan cabaran, namun kadangkala aku hampir tewas untuk melawan perasaan putus asa. Putus asa untuk memikirkan jalan penyelesaian dan menghadapi kerenah manusia. Tapi, nasib baik aku reset balik minded aku untuk tidak terus jatuh. Berkat bantuan dan dorongan rakan sepejabat dan bos, membuatkan kerunduman perasaan ini tak lama, sekejap je.
Aku yakin, setiap kesukaran dan halangan yang dilalui ni adalah sebagai pengalaman mematangkan fikiran. Walau apapun, i'll never give up!
Monday, March 8, 2010
Bibir Yang Cantik Untuk Kata-kata Yang Indah...
Bibir dan mulut ini adalah kurniaan Allah, Pencipta seluruh alam dan manusia...
Apa salah jika kata-kata yang dilontar daripadanya kata2 yang indah dan penuh hikmah. Bibir yang sempurna ini akan kelihatan lebih menarik apabila ianya hanya mengeluarkan kata2 yang baik dan berisi.
Bibirmu akan bertambah indah pabila.....
- Jenaka yang keluar darinya menghiburkan dan mengurangkan tekanan.
- Tuturnya membuatkan hati yang resah bertambah baik.
- Sengketa mereka menjadi saudara.
- Musuh menjadi sahabat.
- Orang jahil menjadi celik..
- Orang yang buntu mendapat cahaya..
Namun mengapa selalunya bibir ini mengakibatkan:
- Musuh menjadi seteru.
- Saudara menjadi berpecah-belah...
- Kejayaan yang hampir ditempa hancur musnah sekelip mata.
- Kata-kata yang keluar darinya menjatuhkan keyakinan, bukan memotivasikan.
- Kata-katanya ibarat pedang yang menghiris lengan.
- Tuturnya membuatkannya jauh dari masyarakat, lalu dibenci.
Nurya: Anda adalah apa yang anda lakukan!
Friday, January 22, 2010
Wanita yang Patut dijauhi daripada Mengahwininya.
Aku tertarik dengan 1 artikel ni.. So aku link kan di atas untuk rujukan. Kisahnya tentang jenis2 wanita yang tak harus dikahwini oleh orang lelaki. Mohon2 aku takde tergolong dalam kalangan yang berikut, insyaallah...
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yangMananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yangBaraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Thursday, August 13, 2009
Bagaimana Hati Seorang Ibu?
Assalamualaikum wbt...
13 Ogos 2009 11.35 mlm, ketika ini baru pulang daripada Concord Inn KLIA kerana membawa Dr. Che Noraini Hashim, Pensyarah UIAM untuk menyempurnakan slot 'Halangan Mencapai Integriti' kepada kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Aku tertarik dengan perbincangan dan perbualan aku di dalam kereta dengan Dr. mengenai hati seorang ibu. Ketika itu Dr. baru menerima panggilan telefon daripada si anak yang mengadu tentang si ibunya. Setelah agak lama berbicara melalui telefonnya, akhirnya perbualan antara mereka tamat. Lalu Dr. menceritakan kepada aku tentang masalah mereka adik beradik yang berjauh hati dengan sikap ibu mereka. Mereka 4 beradik termasuk si ayah terpaksa melarikan diri daripada si ibu.
Memang agak pelik kisah ini, tapi ianya satu realiti yang bukan fantasi. Si ibu memiliki seorang anak angkat yang merupakan penghisap dadah tegar yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri, dan kasih sayang si ibu itu terhadap anak angkatnya melebihi segalanya termasuk anak kandungnya sendiri. Dia yang sanggup berhabisan duit di dalam akaunnya untuk anak angkat itu telah membuatkan anak-anak kandungnya tergamam seketika setelah menjumpai resit bank transfer ibu mereka ke akaun si anak angkat sebanyak RM 200 sebulan.
Paling mengejutkan apabila si ayah menjumpai sepeket dadah dan jarum suntikan di dalam beg tangan si ibu sehingga memaksanya melaporkan kepada pihak polis. Tetapi si ibu menafikan dadah itu adalah miliknya. Akhirnya si anak angkat itu di tangkap oleh pihak polis walaubagaimanapun dia telah di jamin oleh si ibu. Ibu tersebut juga sanggup menderhakai suaminya kerana suaminya itu telah membuatkan anak angkat kesayangannya di tangkap polis sehingga sanggup meminta fasakh daripada suaminya...

Akhirnya kini si ibu tinggal berasingan dengan anak-anak dan suaminya.
Wednesday, July 22, 2009
Kelahiranmu Membahagiakan Ibu dan Ayahmu.....
Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada sepasang suami dan isteri benar-benar dinantikan dan ditunggu-tunggu... Kelahiran yang bakal menyemarakkan lagi cinta dan mawaddah yang melingkari perasaan dan ketenangan dalam perkahwinan yang telah terikat dengan satu lafaz dan kalimah yang menyatukan hati dua insan..
Lahirmu menjengah dunia yang penuh dengan pelbagai warna ini dengan semangat dan harapan yang menggunung daripada insan yang telah melahirkanmu supaya suatu masa kelak kau akan mampu menjadi khalifah yang mentadbir alam ini dengan segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah... Insyallah...
Dengan lahirnya insan kecil yang telah diberi nama Nur Imanina binti Mohd. Nasrul Hadi ini, yang telah menlengkapkan sebahagian daripada hidup pasangan Mohd Nasrul Hadi dan Siti Khadijah binti Lee, maka di sini ingin aku melahirkan kegembiraan dan melafazkan tahniah buat kedua sahabat baik aku ini.... Semoga kalian tidak mensia-siakan amanat dan tanggungjawab yang telah dipikulkan ke bahumu itu...

Tuesday, April 7, 2009
Masalah....
Dah 3 hari aku duk sorang je kat opis ni... Kak ma n angah cuti blik kampung uruskan hal nikah diorang, Ucop pun balik kelate sbb dia nak sambung blaja kat Mesir so dia jumpelah kaum keluarga kak nora di kg tu, ina plak kena transfer kejap jaga taska ustaz yang tak pernahnya tkder masalah pekerja... cik mat plak sibuk ngan keje luar dia tu, Ustaz plak mmg takkan masuk opis kalu tinggal sorang je staf pompuan kat opis, almaklumlah, menjaga adab dan batas agama, aku respek sangatlah...
Sedang aku sibuk untuk setelkan nota Kursus Bina Insan yang akan diadakan di Ayer Keroh Resort Melaka 11 - 12 April ni tiba-tiba tepon ringing... aku pun angkat dan seperti biasa " hello, Assalamualaikum, fitrah power resources" dan di sana kedengaran suara perempuan bercakap. tanpa tanya siapa aku dia terus perkenalkan diri dan ceritakan masalah dia dengan suaminya.ceritanya dia bekerja dan suaminya juga bekerja, tetapi dia tidak pernah mendapat nafkah daripada suaminya malah duit hasil kerjanya juga dipegang oleh suaminya sehinggakan dia nak membeli barang keperluan sendiri pun terpaksa dipendamkan sahaja. tetapi duit gajinya itu bukanlah dijimatkan oleh suami sebaliknya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan suaminya, seperti memasang astro dan membeli televisyen baru. perkahwinan mereka dah menjangkau 5 tahun, dan perkara ini telah berlaku sejak awal perkahwinan lagi. Si isteri ni pula sering menengking dan marah-marah sebab benda yang telah terbuku dalam hati sejak sekian lama ni membuatkan dia hilang hormat dan kepercayaan kepada suaminya.
Dia kata juga nafkah batin pun sering diabaikan oleh suami... aku tak tanya lebihlah bab nafkah batin ni sebab aku tak kawin lagi, jadi banyak menda yang aku tak tahu... aku hanya mendengar dan memberikan pendapat sedikit sebanyak je, lagipun ini adalah first time aku diminta memberi pendapat pasal masalah rumahtangga yang bagi aku agak janggal juga kalu aku komen lebih2 kan.. tapi aku bersimpatilah dengan nasib wanita tersebut. Namun aku tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tu berpunca daripada suami dia melainkan kalu aku boleh dengar pula pendapat atau reason daripada suaminya. tapi perkara yang agak ralatnya, si suami hanya bagi RM 50 sahaja setiap kali si isteri minta, malah nafkah daripadanya juga takder. Mungkin isteri juga punya keinginan untuk memiliki barangan untuk bergaya seperti rakan-rakan setugasnya yang lain, memandangkan dia juga bekerja dan duit itu adalah dari hasil titik peluhnya sendiri...wallahua'lam...

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)