Monday, April 20, 2009

TOT aku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah pun selesai menjalani kursus TOT anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Keseluruhannya kursus mencapai objektif walaupun ada sesetengah modul tu kami kurang mendapat penjelasan dan penerangan yang lebih terperinci. Namun begitu terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga bagi aku sepanjang aku berada dalam lingkungan konsultan-konsultan latihan yang hebat-hebat dan berpengalaman luas itu. Banyak yang aku belajar daripada pertemuan yang singkat itu memandangkan aku terlalu mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan yang masih boleh diperbaiki.

Antara game yang aku amat tertarik di dalam kursus itu ialah aktiviti melukis gambar diri sendiri menggunakan tangan kiri, dan apabila telah selesai, lukisan itu dipungut dan diagih kepada peserta lain. Aku juga mendapat satu lukisan yang tidak diketahui siapakah gerangan empunyanya. Arahannya ialah memberikan jenis pekerjaan sesuai berdasarkan gambar yang tertera. Aku jadi buntu seketika untuk menentukan apakah pekerjaan yang sesuai dengan rupa paras yang terlakar. Namun aku tuliskan juga ' orang angkat berat, bina badan'. Arahan terakhir ialah mencari tuan punya lukisan dan memulangkan semula lukisan tersebut, begitulah juga aku mendapat kembali lukisan aku. Apa yang membuatkan aku terlalu geli hati ialah tuan yang 'angkat berat' itu sebenarnya adalah terlalu kurus dan memang sah-sahlah takde muscle yang berketul-ketul di lengannya. Memang aku tak dapat nak tahan ketawa aku ni. Bagi lukisan aku pulak tertulis di situ pekerjaan Financial Officer. wah... hebat juga lukisan aku ni, haha... Apa yang teruknya ada juga yang mendapat pekerjaan seperti bekas banduan, pencabul kehormatan dan sebagainya.. kesian...

Namun kesimpulan daripada aktiviti ialah, itulah hakikat kehidupan ini bahawa penilaian manusia ini adalah pertama kalinya ialah melalui penampilan luaran. Jangan salahkan orang lain jika mereka silap menilai kita apabila apa yang kita tampilkan kepada mereka adalah penampilan pertama yang negatif ataupun sebaliknya. Kita punya pilihan untuk mengubah persepsi orang lain terhadap penilaian pertama mereka kepada kita. Janganlah menunggu sehingga perlu kenal rapat dulu baru tahu kita ini adalah baik sebenarnya, tetapi biarlah ianya bermula dengan tanggapan pertama yang positif dan seterusnya memudahkan mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik dan harmoni.

Bukan susah sebenarnya untuk memberikan tanggapan yang positif untuk pertemuan pertama kita dengan seseorang. Pertamanya ialah hanya dengan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka dan pandanglah ke dalam mata mereka dengan menyampaikan mesej bahawa saya berminat untuk mengenali kamu. Keduanya pula ialah berilah salam dan hulurkanlah salam perkenalan dan pamerkan wajah yang ceria dan berminat untuk melajutkan perbualan dan perkenalan. Maka di situ apabila terbukanya komunikasi Tidak susah bukan? Jadi bolehlah kita praktikkan selepas ini ok..


Game lukisan...

Keindahan panorama yang mengasyikkan di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka Aku edit shadow dan exposure...

Aku suka gambar ni... tengok mulut kakma tu..hahaha...ada kisahnya tu...



3 comments:

  1. Hm... memang best g program ni.. banyak ilmu dan idea baru yg kami dapat. Syukur dapat di beri peluang berkongsi pengalaman dengan konsultan2 lain..cik yah mu letak gambo aku yg cute tu,, huhu malu nyer...

    ReplyDelete
  2. aku bg komen gambo ni sebab ade gambo aku jer..bukan pasal design cyah..:)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!