Dah 3 hari aku duk sorang je kat opis ni... Kak ma n angah cuti blik kampung uruskan hal nikah diorang, Ucop pun balik kelate sbb dia nak sambung blaja kat Mesir so dia jumpelah kaum keluarga kak nora di kg tu, ina plak kena transfer kejap jaga taska ustaz yang tak pernahnya tkder masalah pekerja... cik mat plak sibuk ngan keje luar dia tu, Ustaz plak mmg takkan masuk opis kalu tinggal sorang je staf pompuan kat opis, almaklumlah, menjaga adab dan batas agama, aku respek sangatlah...
Sedang aku sibuk untuk setelkan nota Kursus Bina Insan yang akan diadakan di Ayer Keroh Resort Melaka 11 - 12 April ni tiba-tiba tepon ringing... aku pun angkat dan seperti biasa " hello, Assalamualaikum, fitrah power resources" dan di sana kedengaran suara perempuan bercakap. tanpa tanya siapa aku dia terus perkenalkan diri dan ceritakan masalah dia dengan suaminya.ceritanya dia bekerja dan suaminya juga bekerja, tetapi dia tidak pernah mendapat nafkah daripada suaminya malah duit hasil kerjanya juga dipegang oleh suaminya sehinggakan dia nak membeli barang keperluan sendiri pun terpaksa dipendamkan sahaja. tetapi duit gajinya itu bukanlah dijimatkan oleh suami sebaliknya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan suaminya, seperti memasang astro dan membeli televisyen baru. perkahwinan mereka dah menjangkau 5 tahun, dan perkara ini telah berlaku sejak awal perkahwinan lagi. Si isteri ni pula sering menengking dan marah-marah sebab benda yang telah terbuku dalam hati sejak sekian lama ni membuatkan dia hilang hormat dan kepercayaan kepada suaminya.
Dia kata juga nafkah batin pun sering diabaikan oleh suami... aku tak tanya lebihlah bab nafkah batin ni sebab aku tak kawin lagi, jadi banyak menda yang aku tak tahu... aku hanya mendengar dan memberikan pendapat sedikit sebanyak je, lagipun ini adalah first time aku diminta memberi pendapat pasal masalah rumahtangga yang bagi aku agak janggal juga kalu aku komen lebih2 kan.. tapi aku bersimpatilah dengan nasib wanita tersebut. Namun aku tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tu berpunca daripada suami dia melainkan kalu aku boleh dengar pula pendapat atau reason daripada suaminya. tapi perkara yang agak ralatnya, si suami hanya bagi RM 50 sahaja setiap kali si isteri minta, malah nafkah daripadanya juga takder. Mungkin isteri juga punya keinginan untuk memiliki barangan untuk bergaya seperti rakan-rakan setugasnya yang lain, memandangkan dia juga bekerja dan duit itu adalah dari hasil titik peluhnya sendiri...wallahua'lam...
hebat dah cik yah sekarang..one step above.
ReplyDeletehehe.. susah jugak nk dengar masalah orang ni, tapi kalo bleh bagi pendapat setakat yang mampu tu oklah...
ReplyDelete