Friday, January 27, 2012

Custom Album NANI & AIZAD




























Untuk tempahan jurugambar:
+6017- 2192502
nurya mohd
Atau emelkan permohonan anda ke; nuriah_fitrahpower@yahoo.com dan kami akan hantarkan pakej kepada anda. 
~Biarkan kami realisasikan kenangan terindah anda di hari perkahwinan anda dalam album kenangan anda dengan harga yang amat berpatutan~

Monday, January 16, 2012

Nurya Mohd


Nurya Mohd
Dilahirkan pada 27 April 1983
Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai Muaz.
Wanita berkelahiran Zodiak Taurus
Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Gombak 2 Selangor,
dan Menengah di Sek Men Ugama Arab Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan dan SMUDA.
Melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Malaysia ( KUIM ) atau sekarang dikenali sebagai USIM di Nilai Negeri Sembilan. 
Bekerja di sebuah syarikat perundingan Motivasi Islami secara sepenuh masa. 

Minat dan kebolehan:

Memang dari kecil lagi minat dengan kamera atau segala macam gadget yang elektronik punyelah... Dari sekolah menengah memang kamera mak sedara kena slalu ade dalam beg, tabiat ni terbawa2 sampai bila dah melanjutkan pelajaran di IPT. 
Minat melukis dan menulis memang dari kecil lagi, tapi abah selalu pesan tak baik kalau suka melukis gambar orang. Katanya nnati kat akhirat dia minta nyawa kat kita nak bagi camne. So minat melukis pudar sikit demi sikit. Tapi bila di KUIM, minat baru iaitu mengedit gambar dan Adobe Photoshop mula membuak2. Belajar sendiri di bilik menggunakan Adobe. Namun melukis tetap ade juga, walaupun pudar sikit. Buktinya, aku menang pertandingan melukis poster anjuran perpustakaan, Juara dua kategori sebab aku hantar 2 poster.hikhik... Pertandingan melukis kartun beserta dialog dalam bahasa Arab anjuran Asrama Sutera Indah, juara juga. Ade satu lagi pertandingan melukis sempena Hari Merdeka, aku hantar 2 lukisan, lukisan pertama juara dan yang kedua dapat no 2. Tapi nama penyertaan tu aku bagi nama member rumah aku Zura. Tiba masa dapat hadiah, dia taknak bagi hadiah tu..siallltull...hihi.. Dan yang aku ingat lagi, bilik aku menang pertandingan bilik paling bersih dan kreatif sempena Hari Merdeka. Itulah kenangan2 kemenangan aku yang aku masih ingat, yang lain dah tak ingat...hohoho....

Pengalaman

Aku tidak pernah mendapat mana2 pendidikan fotography secara formal. Cuma melalui minta yang mendalam terhadap bidang photography membuatkan aku tak sayang duit untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar bagi aku untuk membeli kelengkapan kamera termasuk aksesori yang lain dan juga mengikuti kursus2 photography yang dianjurkan oleh orang2 hebat di Malaysia seperti Saiful Nang.

Hubungi

Nurya Mohd
+6017 2192502
" Harga itu tidak penting, tapi kepuasan itu yang penting "