Kebelakangan ni aku fikir2 balik banyak kerugian yang aku alami.. Saman, dan saman dan saman dan eksiden... Petang semalam ( marin: kalau dalam bahasa kelantan ) otw balik dari econsave amik member rumah aku balik dari keje di jalan reko. bile sampai di simpang, aku ingin melintas ke seberang kanan hala ke UKM. Memang time tu jem dan kereta di jalan yang aku nk cross tu dah berhenti untuk beri laluan kepada aku, tapi belum sempat aku habis lintas, tetibe moto yang datang laju di celah2 kereta tu melanggar pintu bahagian penumpang belakang aku.. adooiiii... memang menggeletar jugak lutut aku ni.. membe sebelah aku ni memang angin jugak dgn budak tu.. aku pun keluar lah, tanya camne nak setel ni? dia kata report ar, salah akak ni. Aku cakap lah, tak berbaloi nk report kalu setakat rosak sikit je. Dia kata nak report jugak, ok lah kalau camtu, kita report jelah.
|
Nilah suasana jem ketika time berlanggar tu, memang kete slow tak bergerak, moto tu je yang laju tak hengat.. |
|
Ni lah budak yang cakap macam bagus.. Kelam kabut bawak moto sbb nak masuk keje... |
|
Taklah teruk sangat, tapi 200 hengget jugak melayang ni kalu gi ketuk... |
Malam tu lepas solat maghrib aku gi bt report kat pejabat traffic kajang. Silap aku gi lambat, sepatutnye lepas berlaku tu terus berkejar ke pejabat polis. Sebabnye bile aku dah sampai tu, polis tu tanya "awak cakap ape kat dia tadi?" Seolah2 soalan tu ditanya sebab aku ada bercakap kasar dengan budak tu tadi..( apalah yang budak tu mengadu kat dia ni ).
Masa tu aku fikir aku akan fight betul2 sebab aku tak bersalah. Memang sebelum2 ni aku mengaku salah aku, tapi kali ni aku tak salah. Tapi polis tu bagitau aku yang salah, sbb laluan tu adalah laluan motor tu. Aku kena lebih berhati2 lagi, sebab once aku menyebabkan kemalangan di laluan orang lain, aku akan dikira salah, walaupun motor bawak laju sampai 200km/j pun. Aku jawab, oo kalau camtu kalau saya dilaluan moto tu, dan saya sengaja langgar orang lain kira saya tidak salah jugak lah.. polis tu jawab, terpulang pada awaklah nak langgar ke ape sbb tu laluan awak. Korang boleh fikir tak logiknye alasan tu. Dia kata kesalahan aku yang menyebabkan kemalangan tu ada akta, yang aku ingat no nye 1798 akta pengangkutan jalan, lebih kurang cam gitulah..
Aku memang nak nangis time tu, tapi polis tu cakap awak tetap di tempat orang yang salah. Tapi dari riak wajah dia tu mmg tak sampai hati nak saman aku, sbb dia nampak aku tak puas hati. Aku tak kira dah dia polis ke sape, aku memang nak pertahankan hak aku. Memang lambat jugaklah dia nk tulis surat saman tu, dia kata samada aku nk byr kompaun atau nk fight kat mahkamah. kalau tak byr saman dan tak gi mahkamah, lesen aku akan di black listed kan. Aku pun jawab, kalau saya fight kat mahkamah pun tak gune sbb dah ade akta, buang masa jugak dan saya takkan menang. Dia pun senyum, dan cakap " terpulang pada awak" Dia nak perangkap aku kat situ... Bayangkan betapa rimasnya perasaan aku ketika tu... Begini rupenye rasa sebagai orang yang tak bersalah tapi dipersalahkan. Baru aku faham perasaan itu.. (serius)
|
Suasana perbincangan... |
|
Salinan report polis... |
Kesimpulan aku boleh buat disini:
1) Lepas je eksiden, terus berkejar ke balai polis kalau dah setuju masing2 nak buat report polis ( jangan bagi pihak lawan sampai dulu sebab kemungkinan besar dia akan mempengaruhi minda polis tu ).
2) Kalau lawan dah buat report, kita tak boleh tak report, mesti kena report jugak, kalu tidak nanti saman akan automatik kena kat kite..( daripada menyerah je, baik kite fight )
3) Kena tahu law jalan raya, senang nanti.
4) Kalau kita menyebabkan kemalangan yang bukan di lorong laluan kita, kita tetap akan disabitkan salah walaupun orang tu bawak laju ( itu polis tu yang cakap tau, aku tak reka ).
5) ( Ni kes lain, berkenaan law yang tak pentingkan sape salah or betul ) :Kalau kita dilanggar orang belakang, orang belakang yang salah.
6) dan ini kesimpulan aku sendiri, tak tau betul tidak; aku tukar situasi ye. Kalau aku yang jadi moto tadi, dan kete melintas jalan mcam aku tu budak tu tadi, kemudian aku langgar kete tu dan penunggangnya ( budak tu ) mati sbb aku langgar, so aku tak akan disabit salah, sebaliknya kete tu yang salah.. (aku tak tau ayat aku ni korang faham ke idak )
see... betapa teruknye law jalan raya ni kalau kita tak arif tentangnya... Sebab tu ape2 yang kita buat kita kena ade ilmu. Jangan main redah je, nanti senang orang nak buat jahat.
So, lepas ni sebagai pengajaran aku akan alert lagi dengan undang2 jalan raya dan lebih berhati2.. Kompaun / saman ni aku kena setelkan sebelum 20 / 11 /2010 atau ke mahkamah pada 26 / 11 / 2010 sebanyak RM300 ( tak boleh buat rayuan sebab kemalangan jalan raya ). Kalau aku tak buat kedua2nya aku akan di black listed kan..
* Ade orang kata aku terlalu berani di atas jalan raya, tak berhati- hati.. Aku akui semua tu, dan lepas ni aku kena dengar apa yang orang cakap pasal aku tu. Walaupun memang susah nak berubah, tapi aku kena usaha sebab semua ni membuatkan aku selalu kerugian bukannya makin untung pun...