Monday, November 30, 2009

Sek Men Ugama Arab Darul Anwar Pulau Melaka.

Kepulangan aku ke Kelantan menyambut Aidiladha kali ni membuatkan aku berkesempatan untuk singgah di tempat yang pernah mendewasakan aku dan memberikan aku memori terindah melangkau alam remaja. Inilah tempat yang selalu kurindui dan kusayangi, Maahad Darul Anwar Pulau Melaka, Kelantan Darul Naim. Aku takkan terlepas untuk mengunjungi tempat tercintaku ini setiap kali aku pulang ke Kelantan...

Setiap kali aku melangkahkan kami ke kawasan ini, membuatkan seolah terbuka skrin yang besar di depanku lalu tersiarlah segala rakaman sewaktu aku menghuni kawasan Pulau Melaka. setiap sudut dan ruang ada kenangan aku cipta bersama teman-teman... huhu...

Kawasan luar masjid Pulau Melaka bahagian muslimat...




Kesan runtuhan rumah sewa yang dah takde lagi.... ini lah lorong laluan budak2 lelaki untuk ke masjid setiap kali waktu solat.. masa ni lah time mengintai mamat2 yang alim or yg diminati lalu.. bahagia rasa dapat tgk jejaka idaman..kihkih...

kawasan rumah sewa.


Belakang asarama batu...

Belakang rumah Tuan Guru Nik Aziz.


Inilah asrama yang banyak meninggalkan kenangan terindah aku bersama teman-teman. Tapi tempat ni dah bertukar menjadi sekolah rendah darul Anwar. Sewaktu aku melangkah menghampiri asrama ini air mataku hampir menitis sebab terlalu rindu... aku terlalu rindu dengan kenangan lama dulu. hmmm...

Jahanam kete aku gara2 Jalan yang berlubang...

Cover Rim kete aku yang tercabut selepas terlanggar lubang kat jalan di daerah Bachok...

Aku hantar kat kedai accessories kete kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi Selangor.

Hati-hati yer...

Harga Cover Rim ni RM 7 per item. Jadi aku tukar 4 rim so jadi RM 28 lah... Nasib baik tk mahal sangat...

Wednesday, November 18, 2009

Bahagianya team FP

Alhamdulillah... FP dah lame tak buat gathering camni, semalam berkesempatan sempena nak ucap selamat sambung belajar kepada piah ke Mesir.... Kitorang berkumpul di Samuri Sate Kajang. Sume dalam 20 orang jugak. Seronok rasanya dapat berkumpul bersama...
yang hadir, adalah staff tetap fitrah power dan fasilitator part time..

Senyum kambing nampak...hehehe..

Keluarga FP

Piah makan banyak nye.... Fath dah kenyang..huhu...

Athirah tak tahan tengok sate yang mengiurkan... nyummm...

Ustaz bergambar kenangan dengan keluarga kakak piah...

Minah gediks ni memang takkan terlepas daripada berposing.... layyaaaannn...

Sibuk memilih wallpaper... 3 for RM 10.... so cheap...

Minah ala-ala gaya retro lah tu...

MY ART ( nurya lOVES colorfull moment )


Monday, November 9, 2009

Kursus Hijrahku Bina Insan AZAS Tahap Pemantapan

Kursus: Hijrahku Bina Insan Tahap 2 Pemantapan Solat.
Tarikh: 7-8 November 2009
Tempat: Excel Training Resorts Lenggeng N. Sembilan.
Jumlah Peserta: 90 Orang
Zon Terlibat: Gombak
Fasilitator : Nuriah, Farah, Ain, Cikgu Rosli, Zulkifli dan Hanafiah
Penceramah: Ustaz Shukri Yusoff, Ustaz Husni Abd. Rahman dan Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Dato' Menyampaikan Slot Kesempurnaan Dalam Solat


Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.

Penerimaan wang sara diri.


Minah yang tak habis2 dengan gediksnye....

Tuesday, November 3, 2009

Pantai Itu Memberikan Keindahan Pada Perasaan...

Apabila bercerita tentang lautan yang luas, ombak yang memukul pantai dan angin yang meniup lembut, pastinya akan terbayanglah betapa romantisnya suasana di ketika itu... dan begitulah juga indahnya perasaan bagi hati insan yang sedang bercinta... Membuai kasih di tepian pantai, bercerita dan bergurau senda pastinya itulah saat yang paling membahagiakan. Menikmati keindahan dan keagungan ciptaan Allah ini membuatkan dalamnya hati ini bersyukur.

Ketenangan lautan itu ibarat tenangnya hati mengharungi tenangnya cintamu padaku...

Tiada kata seindahnya untukku lafazkan bagi menyatakan kecintaan pada insan yang membuatkan hatiku rasa bahagia...







Cinta....
Satu kurniaan dan anugerah Allah swt yang tidak ternilai harganya...

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah para makhluk saling berkasih-sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak."
Subhanallah...
*nurya: Tidak salah dan tidak mengapa mengasihi dan menyintai, namun bersederhanalah dalam segala hal kerana kasih sayang yang berlebihan juga boleh merosakkan hubungan. betul ker?

Monday, November 2, 2009

Cinta Dalam Hati - Ungu



Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[Reff:]
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Nasi Kerabu dalam Blog Customer.

Harini aku balik rumah, adik aku cerita dia jumpe gambar nasi kerabu yang mak aku jual dalam website someone (blogger). Bila taip nasi kerabu dalam google.com, gambar first sekali akan keluar gambar nasi kerabu dalam bungkusan. Adik aku kata gambar daging bakar tu sebiji macam yang mak aku jual. Tap mak aku tak yakin, katanya mungkin orang lain punya kot. Aku pun buka tenet ni dan search nasi kerabu dan keluarlah gambar yang macam adik aku bagitau. Sekali aku tegok memang aku yakin lah. Then aku buka lah home website dia, sekali keluarlah macam gambar kat bawah ni..


Komen dia:
I love nasi kerabu. There’s something about the blueness of the rice, the crispy freshness of the ulam that accompanies it and of course, my favourite keropok!
We chanced upon a stall selling this in the Pasar Ramadhan/Pasar Malam. Both markets had merged into one big market and this stall was terribly popular! It was full of people and we could barely squeeze through the crowd to see what they were selling.
Sambungan lagi:
When we finally got near enough, we saw that they were selling both nasi kerabu and nasi dagang with the most delicious looking accompaniments. We opted for a nasi kerabu which comes with a default scoop of ulam, a delicious mixture of sambal and chilli over the rice, a few dashes of budu which although sounds rather disgusting adds the most delicious flavour, a green chilli stuffed with a mixture of fish and grated coconut and a handful of keropok pieces. You can then opt to add-on other things like the grilled beef that we had, fried chicken, fried fish and lots more.
That huge packet costed us a mere RM3 with lots of beef which is my favourite too! No wonder they were so popular! The next time we head there, nasi kerabu AND nasi dagang is up on the menu!

Ini pula gambar yang aku jumpa dalam fotopages:
Link dia: http://astiazhar.fotopages.com/?entry=1630558


Komen dia:

Pasar Malam Tmn Selaseh

Just to share my food momentos...

gerai nih mmg specialize ngn makanan kelate' ...selain nasi kabu,nasi dagey,laksam & makanan2 yg seangkatan dgnnyer ada trdapt digerai nih...

gerai inilah yg paling sesak ngn org everytime pasar mlm...mmg gerai nih plg outstanding

selain dr pasar kt Tmn Selaseh...gerai nih ada gak kt Pasar Tmn Melati on Tuesdays....mcm biasa...PADAT!!

oh...FYI tokey nih mmg layan 1st come 1st serve basis...jeritlaa dr blakng ke, depan kemasa order..die x layan..die bley igt sape yg dtg dulu & order...u'll be amaze!




Nurya: Hehehe.... bangga sekejap rasanya... Boleh tahan lah mak abah aku punya nasi kerabu ni. Kalau ada yang nak merasa nasi kerabu ni, mak aku menjual di 4 tempat seminggu. Isnin di Pasar Malam Seri Gombak, Selasa di Taman Melati, Gombak. Hari Khamis P.Malam Taman Koperasi Polis, Taman Selasih Gombak dan Jumaat di Bandar Baru Sentul berdekatan dengan LRT Rapid stesyen Sentul Timur.

Sunday, November 1, 2009

Penyakit Lelah....

Last 3 days aku dijangkiti demam dan selsema. Jadi batuk yang sememangnya menjadi teman tidurku setiap malam ni semakin melarat dan hebatlah.. Namun, aku tetap teruskan juga kerja macam biasa, pergi menghadiri kursus di Excel Training Resorts. Memang kalau ikutkan hati aku nak rehat jer kat rumah namun kerana tugas, ku turutkan juga. Sepanjang berada di sana memang aku akan selalu batuk dan semput, berjalan tak boleh laju-laju, tak boleh angkat barang berat-berat dan tak boleh bercakap banyak-banyak. Segalanya terbatas. Sampailah malam tadi aku mula rasakan tahap klimaksnya untuk aku bertahan lagi, makan madu pun tak jalan, ubat batuk berbotol-botol habis. Seluruh tubuh aku mengeras sebab batuk yang terlalu kuat.

Dipendekkan cerita aku minta pulang awal dari tempat kursus untuk ke klinik. Sesampai di klinik, jumpa doktor aku cerita semua masalah aku. Doktor tanya " Awak ni lelah ni, berapa lama dah batuk?" aku jawablah baru je. " em.. Nafas awak kuat, sebab tu batuk awak lambat sembuh, awak lelah.". Doktor pun tanya lah aku nak ubat ke inhaler? aku cakap buat inhaler lah sebab ubat tak jadi sangat. Dia pon suh masuk kat dalam bilik dan aku bernafas menggunakan pam yang dia sediakan tu. Lepas aku guna menda alah tu nafas jadi lancar skit. Alhamdulillah.


Inhaler yang akan aku selalu guna...

Di sini aku ada sedikit info tentang penyakit lelah yang aku dapatkan daripada satu website.
Antara simptom atau tanda-tanda orang yang berpenyakit lelah. (Info ni amat penting khususnya untuk orang yang tak amik kisah pasal penyakit-penyakit macam aku ni..hehe..)

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti

v Batuk.
v Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
v Perasaan ketat pada dada.
v Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
v Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
dalam semasa bernafas.
v Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos
(pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

So, nasihat aku untuk mereka yang batuk tak sembuh-sembuh ni, cuba try rawatan pam ni kat klinik-klinik terdekat. Kita usaha jerlah dulu ek..Insyallah, kalau kena cara kita sembuh, selebihnya tawakal kat Allah jerlah...