Friday, March 27, 2009

Cintakah kalau begitu?




Bercinta itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang susah. Tetapi kenapa kita selalu rasa susah apabila bercinta? Sering sahaja ada yang mengeluh sewaktu bercinta. Mari kita selidik kenapa cinta tu susah sangat..

1. Gelojoh

Percintaan akan menjadi susah apabila kita terlalu gelojoh. Gelojoh dalam erti kata terlalu cepat membuat penilaian dan tidakan juga yang sering melulu. Kita sering tidak sabar ketika berhadapan dengan sesuatu perkara, ataupun permasalahan yang dihadapi dalam percintaan. Bertenang, jangan terlalu mengikut perasaan, jauhi sikap gelabah anda itu.

2. Perfectionist

Anda seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan sehinggakan pasangan anda itu pun kena perfect juga walaupun anda tahu bahawa anda tidaklah sempurna sangat pun. Jika anda dalam kategori ini, anda perlulah ubah diri sebelum terlambat. Tidak salah kalau kita cintakan kesempurnaan tetapi jangan terlalu ingin nampak segalanya sempurna sehingga ada hati-hati khususnya hati pasangan anda itu terluka kerana sikap anda itu. Terimalah hakikat bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini, tetapi kita boleh mengubah keadaan menjadi lebih sempurna.

3. Kurang memahami

Persefahaman antara pasangan sememangnya amat perlu dalam menjamin kesejahteraan didalam melayari alam percintaan. Wanita haruslah memahami pemikiran, naluri dan kehendak lelaki begitulah sebaliknya. Dunia wanita dan lelaki adalah sangat berbeza, dari situlah anda perlu mencari ilmu tentang wanita ataupun lelaki melalui pembacaan, pengalaman orang lain dan sebagainya. Sebagai contohnya lelaki perlulah mengetahui bahawa wanita amat perlukan insan yang boleh mendengar luahan perasaannya ketika dilanda masalah. Lelaki tidak perlu terlalu memberi pendapat atau memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan itu, tetapi cukuplah sekadar dapat mendengar dengan penuh empati.


4. Matlamat tidak sehaluan


Matlamat tidak sehaluan ini adalah antara masalah yang amat berat bagi sesetengah pasangan bercinta. Seharusnya apabila bercinta ini kita bermatlamat untuk mengakhirinya dengan alam rumah tangga, tetapi jika hanya salah seorang sahaja yang bermatlamat ke arah itu jadi hubungan akan menghadapi masalah. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang bercinta sekadar untuk menghilangkan kesunyian ataupun apa sahaja niat yang tersimpan di hati, jadi ubahlah niat tersebut jika merasakan pasangan anda itu adalah insan yang paling sesuai untuk menjadi pasangan sehidup semati. Janganlah hanya kerana matlamat yang berbeza itu kita bermasam muka dan merosakkan hubungan.

5. Memendam perasaan

Adakalanya kita memendam sahaja perasaan tidak puas hati atau tidak senang terhadap tindakan atau kata-kata daripada pasangan kita tanpa kita meluahkan kepadanya. Mungkin ia berlaku kerana niat untuk tidak mahu mengguris hati pasangan. Tetapi sedarkah bahawa memendam ini tidak akan dapat membetulkan keadaan atau menyedarkan kesilapan si dia? jadi apa guna memendam jika hati sakit, hubungan pun renggang.. jadi carilah jalan penyelesaian sebaik dan sehemah mungkin ok...


Wednesday, March 25, 2009

Creativity comes through your real heart...

Tadika Fitrah Center Drawing and Painting Moment..














Pengalaman itu mengajar sesuatu yang tak mungkin diajar....

Kursus Pengurusan Islam with KPT at KL International Hotel by 23-26 February 2009









Sesungguhnya pengalaman itu benar-benar mengajar sesuatu yang perlu kita belajar.... jangan takut untuk belajar dari pengalaman, tetapkan hati, jauhi kegusaran dan rendah diri... Jadilah dirimu sendiri, usahlah biarkan diri dibayangi oleh orang lain yang hanya akan menjatuhkan self esteem mu.... Carilah teman yang akan sentiasa memotivasikan mu, meningkatkan keyakinan dan mampu bersama walau jatuh atau bangunmu... Yang pastinya usahlah mudah merasa puas hati atas setiap apa yang kau lakukan, sebaliknya carilah kekurangannya dan cubalah untuk memperbaiki diri, insyaAllah kau akan menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik. Salam Sayang, Nurya..

design Nurya@gallery


Designer touch....


creativity during free...



my first try to compile the photo....

Tuesday, March 24, 2009

My latest try...


i'm behind of swan....



parrot over the frame...


Bagaimana nak menghidupkan design....

Pertama kalinya aku posting tips-tips untuk jadikan design yang kita buat tu nampak menarik dan kreatif. Antaranya ialah:

1. Buat lah design atas kesukaan dan minat sendiri... ada sesetengah orang suka design yang bermotifkan pemandangan, objek, suasana dan apa saja. tapi aku lebih suka design gambar wajah aku sendiri dan di campur dengan unsur-unsur yang colorful seperti bunga-bungaan.

2. Pemilihan warna; untuk warna ni kita perlu pilih warna yang cerah dan ceria. jangan gunakan warna yang malap dan kusam. Aku lebih berminat dengan warna pink hijau dan kuning ceria dalam setiap desgn yang aku hasilkan. kalo nak guna warna hitam pun boleh tapi biarlah warna contra dia tu warna yang cerah macam pink or hijau, barulah naik seri gambar tu.

3. Mood masa capture photo: ok, untuk yang suka ambil gambar diri sendiri tu, perlulah tahu macamana nak main mood. Ok, kalau anda hendak design gambar tu untuk tema cinta, so masa nak capture gambar tu u have to think about love. tak kiralah nak fikir pasal buah hati atau sesuatu yang menggembirakan tentang cinta tu.. daripada situ sinaran mata anda tidak akan nampak kosong sebaliknya terisi dengan cinta, gambar pun nampak naik seri tau.. macam tu juga kalau nak buat tema sedih, perlu fikirkan tentang perkara yang sedih jadi automaticly gambar akan appearkan mood yang sedih dan akan dapat di rasai oleh orang yang melihat gambar tu....

4. Design jangan crowded sangat: tak perlu tambah gambar yang entah apa-apa dalam sesuatu design tu... kalau nak masukkan gambar yang di download daripada internet tu mestilah cari gambar yang dimension and pixel yang tinggi. Jangan ambil gambar yang pixel kecil nanti gambar akan jadi kurang menarik dan pecah-pecah.

design gallery



Masjid kristal Terengganu kite....

[ edit warna sky and lighting ]

Design 1


jika ingin menyinta, carilah yang sudi....


colorfull design....

with teddy bear....

design lain


Kajang Moment-Friendship Valueable....

Combination and editting of colorful...

Kakwe kat Putrajaya....

Deesign Creative Manipulation


Scene kat Putrajaya


Editting sky and clouds colour...

designku...


haii...

Selamat bertemu di Blog yang indah ini...