Thursday, August 13, 2009

Bagaimana Hati Seorang Ibu?

Assalamualaikum wbt...

13 Ogos 2009 11.35 mlm, ketika ini baru pulang daripada Concord Inn KLIA kerana membawa Dr. Che Noraini Hashim, Pensyarah UIAM untuk menyempurnakan slot 'Halangan Mencapai Integriti' kepada kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Aku tertarik dengan perbincangan dan perbualan aku di dalam kereta dengan Dr. mengenai hati seorang ibu. Ketika itu Dr. baru menerima panggilan telefon daripada si anak yang mengadu tentang si ibunya. Setelah agak lama berbicara melalui telefonnya, akhirnya perbualan antara mereka tamat. Lalu Dr. menceritakan kepada aku tentang masalah mereka adik beradik yang berjauh hati dengan sikap ibu mereka. Mereka 4 beradik termasuk si ayah terpaksa melarikan diri daripada si ibu.

Memang agak pelik kisah ini, tapi ianya satu realiti yang bukan fantasi. Si ibu memiliki seorang anak angkat yang merupakan penghisap dadah tegar yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri, dan kasih sayang si ibu itu terhadap anak angkatnya melebihi segalanya termasuk anak kandungnya sendiri. Dia yang sanggup berhabisan duit di dalam akaunnya untuk anak angkat itu telah membuatkan anak-anak kandungnya tergamam seketika setelah menjumpai resit bank transfer ibu mereka ke akaun si anak angkat sebanyak RM 200 sebulan.

Paling mengejutkan apabila si ayah menjumpai sepeket dadah dan jarum suntikan di dalam beg tangan si ibu sehingga memaksanya melaporkan kepada pihak polis. Tetapi si ibu menafikan dadah itu adalah miliknya. Akhirnya si anak angkat itu di tangkap oleh pihak polis walaubagaimanapun dia telah di jamin oleh si ibu. Ibu tersebut juga sanggup menderhakai suaminya kerana suaminya itu telah membuatkan anak angkat kesayangannya di tangkap polis sehingga sanggup meminta fasakh daripada suaminya...
Akhirnya kini si ibu tinggal berasingan dengan anak-anak dan suaminya.

1 comment:

  1. memang pelik sebab selalunya mak yang mengadu anak yang derhaka. tetapi kes ni memang kompleks dan perlu tahu dengan jelas sebab musababnya.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!