Assalamualaikum wbt...
Sejak 2 menjak ni banyak pula hal yang berlaku di sekeliling aku... Sampai kadangkala hati ni rasa tak kuat nak hadapi semuanya...Tapi aku bertuah kerana punyai keluarga yang memahami. Aku juga punya Tuhan yang selalu ada di hati ini. Baru aku dapat faham kenapa ada orang yang sanggup bunuh diri, mgkin sebab dia rasa tiada lagi tempat penggantungan. Manusia ni bila rasa ketuhanan dia tinggi, insyallah hati dia akan kuat dan tidak mudah goyah.
Aku pula bukanlah nak kata terlalu stress or tension sangat. Tapi aku macam belum cukup kuat lagi untuk menghadapi tekanan dari orang lain. Selalu sangat nak push2 aku, cakap elok2 tkleh ke? Nak marah2 je, pastu nak paksa aku guna cara dia. Pastu cara dia tu mcam tak relevan langsung dengan aku. Macam mana aku nak terima. Memang dalam kerja ni banyak cabarannya. aku pula kadangkala kalau boleh tahan tu aku tahanlah tapi kadang tu kalau tk tahan sangat aku diam jelah.. Nak nangis memang takkan keluar air mata aku ni... Aku susah skit nak nangis berbanding nak marah. mintak maaflah kawan!
Harini walaupun cuti aku akan berada di Ofis tepat jam 2.00petang ni untuk last discussion tentang SPIES Masyarakat di Hulu Selangor yang akan diadakan esok. Peralatan dan kelengkapan diri yang perlu aku sediakan:
- Baju sukan | Seluar sukan | kasut sukan ( aku belum basuh lagi kasut ni )
- Kain sembahyang
- Kelengkapan diri lain; pencuci muka, sunblock.
- Baju spare | baju Kurung.
Walau dalam kesibukan ni hati aku selalu teringatkan rumah yang kurindui..... ~ Ma, Abah... i love u both....
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!