Thursday, April 22, 2010

Ada apa dengn 27 April 2010 ?

Kalau ditanya, memang malu nak bagitau orang.. Yelahkan, dah jadi tradisi bahawa menyatakan atau memberitahu tarikh lahir kita ni sesuatu yang menyegankan ( erk, btul ke word aku ni?) takut nanti orang kata mesti nak perhatian lebih, pastu mesti mengharapkan hadiah... Hmmm.... bagi aku semua tu bukanlah menjadi keutamaan lagi, sebab dengan umur sekarang ada banyak perkara lagi yang perlu aku ambil berat dan tumpukan... Walaubagaimanapun dalam hati kecil ni memang benar2 mengharapkan insan2 yang teristimewa dan terbaik dalam hidup aku ni dapat mengingati tarikh lahirku, kerana hanya dengan ingatan tu lah aku dapat yakin dan percaya bahawa kewujudanku dihargai di sisi mereka. Aku benar2 menghargai insan2 yang lama bertakhta di hati ini, namun mungkin mereka tidak perasan.

Sabtu ni masuklah umur aku 27 tahun. hmmm... agak berusia dah tu. Orang lain dah bawak anak ke hulu ke hilir dengan umur ni, tapi aku jugak yang masih belum berkepastian bila akan berakhirnya episod hidup solo ni. Memang kadangkala datang juga perasaan cemburu melihat orang lain berbahagia memiliki anak, namun aku tidak boleh mengeluh tentang itu sebab aku yakin jodoh akan datang bila2 masa saja mengikut ketentuan Allah. Nasib setiap orang tidak akan mungkin sama walaupun dibesarkan dan dididik dalam kelompok yang sama. Allah telah tentukan bahawa jodohku lambat lagi, dan aku terima semua itu. Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Memiliki keluarga yang baik, teman yang memahami dan si dia yang begitu menenangkan jiwaku... Cukuplah aku rasa semua tu.... Aku bersyukur sangat2...


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!