Sunday, November 1, 2009

Penyakit Lelah....

Last 3 days aku dijangkiti demam dan selsema. Jadi batuk yang sememangnya menjadi teman tidurku setiap malam ni semakin melarat dan hebatlah.. Namun, aku tetap teruskan juga kerja macam biasa, pergi menghadiri kursus di Excel Training Resorts. Memang kalau ikutkan hati aku nak rehat jer kat rumah namun kerana tugas, ku turutkan juga. Sepanjang berada di sana memang aku akan selalu batuk dan semput, berjalan tak boleh laju-laju, tak boleh angkat barang berat-berat dan tak boleh bercakap banyak-banyak. Segalanya terbatas. Sampailah malam tadi aku mula rasakan tahap klimaksnya untuk aku bertahan lagi, makan madu pun tak jalan, ubat batuk berbotol-botol habis. Seluruh tubuh aku mengeras sebab batuk yang terlalu kuat.

Dipendekkan cerita aku minta pulang awal dari tempat kursus untuk ke klinik. Sesampai di klinik, jumpa doktor aku cerita semua masalah aku. Doktor tanya " Awak ni lelah ni, berapa lama dah batuk?" aku jawablah baru je. " em.. Nafas awak kuat, sebab tu batuk awak lambat sembuh, awak lelah.". Doktor pun tanya lah aku nak ubat ke inhaler? aku cakap buat inhaler lah sebab ubat tak jadi sangat. Dia pon suh masuk kat dalam bilik dan aku bernafas menggunakan pam yang dia sediakan tu. Lepas aku guna menda alah tu nafas jadi lancar skit. Alhamdulillah.


Inhaler yang akan aku selalu guna...

Di sini aku ada sedikit info tentang penyakit lelah yang aku dapatkan daripada satu website.
Antara simptom atau tanda-tanda orang yang berpenyakit lelah. (Info ni amat penting khususnya untuk orang yang tak amik kisah pasal penyakit-penyakit macam aku ni..hehe..)

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti

v Batuk.
v Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
v Perasaan ketat pada dada.
v Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
v Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
dalam semasa bernafas.
v Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos
(pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

So, nasihat aku untuk mereka yang batuk tak sembuh-sembuh ni, cuba try rawatan pam ni kat klinik-klinik terdekat. Kita usaha jerlah dulu ek..Insyallah, kalau kena cara kita sembuh, selebihnya tawakal kat Allah jerlah...

2 comments:

  1. Bila sakit baru kita akan hargai masa sihat. Pesan saya janganlah tidur berdepan dengan kipas sekalipun panas. Angin kipas bahaya untuk dada. Sekali dah kena asma susah nak baik. Banyakkan bersenam juga kalau tak nanti langsung xleh wat aktiviti lasak.

    ReplyDelete
  2. baik doktor....memang kesukaan tido ngn kipas ni...huhu..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!