Monday, November 30, 2009

Sek Men Ugama Arab Darul Anwar Pulau Melaka.

Kepulangan aku ke Kelantan menyambut Aidiladha kali ni membuatkan aku berkesempatan untuk singgah di tempat yang pernah mendewasakan aku dan memberikan aku memori terindah melangkau alam remaja. Inilah tempat yang selalu kurindui dan kusayangi, Maahad Darul Anwar Pulau Melaka, Kelantan Darul Naim. Aku takkan terlepas untuk mengunjungi tempat tercintaku ini setiap kali aku pulang ke Kelantan...

Setiap kali aku melangkahkan kami ke kawasan ini, membuatkan seolah terbuka skrin yang besar di depanku lalu tersiarlah segala rakaman sewaktu aku menghuni kawasan Pulau Melaka. setiap sudut dan ruang ada kenangan aku cipta bersama teman-teman... huhu...

Kawasan luar masjid Pulau Melaka bahagian muslimat...




Kesan runtuhan rumah sewa yang dah takde lagi.... ini lah lorong laluan budak2 lelaki untuk ke masjid setiap kali waktu solat.. masa ni lah time mengintai mamat2 yang alim or yg diminati lalu.. bahagia rasa dapat tgk jejaka idaman..kihkih...

kawasan rumah sewa.


Belakang asarama batu...

Belakang rumah Tuan Guru Nik Aziz.


Inilah asrama yang banyak meninggalkan kenangan terindah aku bersama teman-teman. Tapi tempat ni dah bertukar menjadi sekolah rendah darul Anwar. Sewaktu aku melangkah menghampiri asrama ini air mataku hampir menitis sebab terlalu rindu... aku terlalu rindu dengan kenangan lama dulu. hmmm...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!