Monday, October 26, 2009

Kursus Hijrahku Bina Insan, Anjuran Akademi Zakat Selangor...

Assalamualaikum wbt..
Harini aku dapat posting gambar je dulu, sebab aku tak cukup masa... Sekarang buat pengetahuan korang, aku berada di Hotel Quality Shah Alam kerana menghadiri kursus Kaunseling bersama Tuan Haji Hushim. Insyallah, aku rasa kursus ni akan memberi sesuatu yang aku tak dapat sebelum ni, aku rasa ini adalah gerak Tuhan.... Allah yang menggerakkan aku ke kursus ni. Mungkin ada sesuatu di sini yang membuatkan aku terpanggil untuk menghadiri kursus ini. Insyaallah aku akan kongsikan pengalaman aku sepanjang berkursus ni di posting akan datang...


Ustaz Shukri menyampaikan slot Kenali Diri dan Kenali Allah.

Bagaimana peri pentingya kita mengenali diri sendiri untuk lebih mengenali Allah, Manusia yang tidak mengenali diri sendiri tidak akan mengenali Allah...

Asrul menyampaikan slot Pengurusan Diri... Menguruskan segala bentuk perkara yang ada dalam diri samada dalaman mahupun luaran adalah perkara yang paling asas perlu ada pada semua insan yang mahukan kecemerlangan.


Rakaman daripada Tv9 untuk rancangan Al-Barakah.


Majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Dr. Ruziah, Ketua Pengarah Akademi Zakat Selangor ( Anak Syarikat Lembaga Zakat Selangor)


Pemberian Wang Sara diri kepada asnaf yang menghadiri kursus.

Makcik ni seronok sangat dapat duit, bukan main lagi dia berterima kasih.. Alhamdulillah...

Para Fasilitator AZAS.

Anak asnaf yang sering mendapat perhatian...sebab comel sangat dan baik budaknya...

Aku dengan Ain...

Ni lah rupenye kalau dah nama hantu gambar....hahaha...


Si minah2 gediks.... Janji enjoy...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!