Lokasi: Pizza Hut, Alamanda Putrajaya.
Tarikh: 8 Oktober 2009
Masa: 9:30 - 11:00 pm
Mood: Ceria, Tenang dan Gumbira.
Tarikh: 8 Oktober 2009
Masa: 9:30 - 11:00 pm
Mood: Ceria, Tenang dan Gumbira.
Tambahan Cerita: Sebenarnya aku berasa sangat bosan berada di rumah sewaku di Bangi.. Aku merasa seperti sudah tiada kawan-kawan yang boleh di ajak untuk berhibur menghilangkan segala tekanan dan bebanan fikiran sewaktu bekerja. Jadi, adik aku ( kakwe ) yang inilah yang menjadi mangsanya, menemani aku mengambil angin luar daripada Bangi. Dia bertolak dari Nilai menaiki KTM, berhenti di KTM stesyen UKM dan terus menuju Alamanda dengan keretaku. Seronok sangat ada adik-adik yang sekepala dan sporting ni. Tapi kalau diingatkan masa zaman kecil dulu, pantang jumpa asyik nak bergaduh je. Tapi alhamdulillah, lepas besar ni kami adik-beradik jadi sangat rapat dan saling memahami antara sesama sendiri. Mungkin dah matang sikit kot.
Haha.... barulah aku sedar rupenya aku sudah terlalu gemuk dulu, walaupun sekarang aku tidaklah berada dalam kategori kurus tapi perbezaannya memang jelas ketara. Patutlah adik aku suka ngutuk aku gemuk, padahal masa tu aku tak rasa pun yang aku ni dah gemuk... huhu...
*nurya: Antara masalah yang paling besar ialah apabila kita gemuk tapi kita tak menyedari yang kita gemuk... Anda pula macamane?
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!