Wednesday, August 26, 2009

Makan2 Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt..



Gambar ni adalah hari-hari terakhir aku dan family aku makan-makan sebelum bermulanya puasa. Abah membacakan doa kesyukuran sempena kenaikan pangkat aku.. alhamdulillah... aku ingin berkongsi kejayaan ni dengan keluarga aku, dan aku lihat wajah ma dan abah yang bahagia dengan kejayaan aku. Walaupun mungkin kejayaan ini tidaklah seberapa bagi orang lain, tapi bagi aku ia satu penghargaan dan kepercayaan yang besar yang telah diberikan bos kepada aku atas usahaku selama ini.. Apabila kita meraih sesuatu dengan usaha kita percayalah bahawa kejayaan itu benar2 bermakna dan bernilai sangat-sangat.. Bekerjalah dengan penuh minat dan tekun... Usahlah terlalu memikirkan kepada ganjaran yang bakal diperolehi, kerana dengan pemikiran itulah kau tidak akan memberi lebih daripada sepatutnya terhadap apa yang kau lakukan...

My lovely father, yang sanggup memberikan apa sahaja kepada anaknya demi keselesaan tetapi amat kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk rawatan kesihatannya sendiri. Aku harap aku dapat menyumbang kepada abahku ini yang terlalu banyak berjasa kepada aku... Ya Allah, bantu aku...

Inilah ibuku yang tercinta, seorang yang mempunyai kesabaran paling maksima... teguh dan tabah melalui kehidupan yang penuh cabaran membahagiakan dan membesarkan anak-anak yang penuh dengan kehendak dan kemahuan... Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan mu menjadikan aku insan yang berguna...


Nurya tidak akan melupakan semua orang yang telah berjasa kepadanya... Nurya mesti ingat semua tu, sbb nurya rasa sangat menghargainya... Nurya ingin mereka gembira dan berbahagia walaupun kadangkala sikap Nurya yang tidak terlalu caring. Nurya bukan tak mau caring tapi nurya tak pandai sbb nurya jarang sakit dan jarang merasakan kesusahan sendiri, jadi nurya tak pandai nak treat orang untuk rasa selesa dengan nurya... Kalau Nurya sakit atau rasa susah Nurya hanya mengadu dengan Allah sbb daripada situ Nurya rasa tenang. Nurya pernah dengar ustaz cakap, kalau kita selalu mengadu masalah kita kepada manusia nanti masalah kita akan lebih rumit, tetapi bila kita mengadu kepada Allah insyallah di situ Allah akan memberikan dan membuka jalan kepada penyelesaian masalah...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!