Penghancur hati wanita memang sesuai jadi pekerjaanmu...
Menabur kata-kata indah dengan suara merdu, itu lazimmu...
Menawan dan menggetar nafsu wanita dengan tingkahmu, itu biasa bagimu...
Mematah dan meremuk hati wanita yang halus itu tiada apa bagimu...
Sedarkah kau...
Bahawa kau tidakkan ketemu lagi wanita sebaiknya...
Tiada lagi wanita yang sanggup menyintaimu sebegitu dalam...
Wanita itu yang rela menyerahkan seluruh jiwa raganya...
Kau tiada tahu betapa cintanya dia padamu...
Kerana kau tiada pernah membuka mata hatimu melihat cintanya...
Kerana kau menutup segala deria cintamu merasai cintanya...
Kau tidak pernah ingin mendengar cerita tentang kisah cintanya..
Cerita tentang cintanya yang tidak pernah pudar sedari dulu...
Tahukah engkau lelaki..
Bahwa wanita itu benar-benar sangat patah hatinya kernamu..
Bahwa wanita itu sangat terluka kernamu...
Begitu lama dia menantimu wahai arjuna...
Namun apa jaminan bahagiamu padanya?
Terus teranglah lelaki tentang rahsia hatimu,
Biar dia jelas segalanya...
Biar dia sedar apa yang dia tidak sedar...
Matanya tertutup oleh cinta yang dia rasa..
Matanya tertutup oleh cinta yang dia ada...
Melihat keindahan cinta yang dia beri untuk dia rasa kembali...
Namun apa yang dia peroleh hanyalah rasa sakit yang kau beri wahai lelaki...
Cukuplah mematahkan hati wanita...
Cukuplah mengguris hatinya...
Cubalah kau fahami bahawa hatinya terlalu halus dan dan nipis...
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!